"Berusahalah
dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin
tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang
akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"
"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati" "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus" "Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran" "Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan" "Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai" "Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian" "Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah" "Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya" "Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan" "Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket" "Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan" "Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri" "Janganlah kamu berkawan dengan orang yang suka melakukan maksiat, nanti hilang kebencian kamu terhadap maksiat" "Tiada sesuatu yang lebih bahaya kepada seseorang selain daripada kawan yang elok percakapannya tetapi buruk perbuatannya" "Orang yang sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan" "Jangan dilupa pada yang putih. Ianya suci, bersih sudi juga mengingatkan kita pada usia" "Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai" "Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan" "Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir" "Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali dengan ubat-ubatan. Akan tetapi waktu yang hilang pasti tidak akan kembali" "Bila anda dapat bangun dari tidur pada suatu pagi, bermakna anda harus menjadikan hidup anda lebih bermakna sebagai tanda kesyukuranmu kepada Ilahi" "Bersedekah dengan senyuman lebih baik daripada bersedekah dengan harta kerana bersedekah dengan senyum, manusia tidak terasa terhutang apa-apa dan tidak pula terasa dihina" "Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik, sekalipun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu" "Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu tetapi dibalas dengan buah" "Manusia tidak dapat mengubah rupa bentuk mukanya, tetapi jika dia mahu, dia boleh mempercantikkan budinya" "Perkataan yang baik tidak akan muncul dalam jiwa yang kotor seperti biji benih yang tidak akan tumbuh pada tanah yang gersang" "Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik" "Yang menentukan masa depan anda bukan kekayaan, kedudukan dan kebahagiaan yang anda capai, tetapi ke arah mana akan anda bawa semua itu" "Orang yang sibuk mengejar kepentingan dirinya sendiri akan mencipta banyak lawan" "Jika kita bukan pelita yang menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam" "Hidup adalah komedi bagi sesiapa yang hidupnya dengan akal. Dan merupakan tragedi bagi sesiapa yang hidup dengan emosi" "Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan" "Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan" "Yang bernama perwira bukanlah yang banyak menjatuhkan lawan, tetapi perwira sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah" "Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir" "Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat" "Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya" "Cintailah yang memberi nikmat dan jangan engkau cintai nikmat yang diberikan"
"Dengan
hatilah seseorang itu melihat dengan betul, apa yang penting tidak dapat
dilihat dengan mata" Antoine de Saint-Exupery The Little Prince.
"Kerana anda dapat mengawal kehidupan anda. Jangan sesekali lupa bahawa anda adalah diri anda setelah pilihan yang anda buat secara sedar atau tidak sedar" Barbara Hall. "Cara yang paling cepat melakukan banyak perkara ialah dengan melakukan satu perkara dalam satu masa" Samuel Smiles "Sokong mereka yang kuat, galakkan mereka yang pemalu, ingatkan mereka yang cuai, dan beri amaran kepada mereka yang menentang" Whitney W Young "Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga" Dr. Mahathir Mohamad. "Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit" Allen Tate
"Kegagalan
hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti
kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di
langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi"
"Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa. Didiklah hati dengan keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan kedewasaan" "Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri" "Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu" "Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan" "Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu" "Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya" "Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya" "Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri" "Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA" "Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan" "Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki, menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki yang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati" "Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada dikesani oleh orang lain" "Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama" "Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah" "Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan" "Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka" "Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar" "Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik" "Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan seumur hidupnya" "Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai" "Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya" "Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu" "Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya" "Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia" "Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada kemiskinan mereka"
"Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka"
"Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada lelaki yang beliau cintai" "Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut" "Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam" "Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar" "Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana" "Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain" "Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari" "Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan" "Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan......... " "Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai........." "Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya" "Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat" "Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah" "Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan" "Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan terhadap orang lain" "Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya" "Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya" ''Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya'' ''Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan'' ''Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda' "Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup" 'Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama'' ''Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda perlindungan dengan tidak memusnahkannya'' ''Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah'' ''Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini'' ''Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca'' ''Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masa depan masih ada'' ''Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak pada diri manusia'' ''Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yang orang lain capai'' ''Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal'' "Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku" ''Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada yang berlidah manusia'' ''Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk kita rasai nikmatnya'' ''Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan'' ''Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula jatuh ke bumi'' ''Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui perlaksanaan'' "Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan" ''Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya dirinya ditipu'' ''Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan'' "Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya" ''Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama'' "Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian" "Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita & kejayaan" "Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat" "Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan" ''Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri'' "Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri kita yang sebenar" "Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api di dalamnya kita terbakar" "Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan akan menamatkan manusia" "Arus masa depan telah tiba & tiada cara melawannya" ''Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya'' "Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan" "Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri" "Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan" "Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang" "Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati" ''Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit'' ''Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian''
''Sungguhpun
bertanya itu memalukan, tetapi disitulah kebenaran yang mudah
diperolehi. Malu bertanya sesat jalan. Bertanyalah pada mereka yang
arif''
''Perkara yang paling manis dalam dunia ini ialah pujian seorang kekasih daripada perasaan cintanya. Ia lebih manis daripada madu yang paling enak di dunia ini'' ''Pemimpin yang paling berkuasa ialah yang disegani oleh rakyatnya, manakala seorang pemimpin yang tidak baik akan menipu rakyatnya'' ''Anak yang soleh sentiasa bermanis muka ketika bercakap, tidak berwajah garang atau bermasam muka kepada orang lain'' ''Ilmu yang tidak dimenafaatkan umpama pohon yang tidak berbuah'' ''Tiap-tiap perkara yang tidak dimulai dengan BISMILLAH, maka akan terputus keberkatannya" ''Janganlah kita bersikap sombong dan bermegah-megah dengan kelebihan yang ada pada diri kita. Orang yang sombong selalunya akan dibenci'' ''Bercakaplah yang benar walaupun ianya pahit'' ''Sesungguhnya Allah s.w.t itu tidak melihat kepada tubuhmu, tidak pula melihat bentuk rupamu, tetapi Dia melihat kepada hatimu'' ''Janganlah takut mencuba sesuatu yang baru, asalkan kalau kita yakin dengan kebaikan yang akan diperolehinya ''Janganlah mudah kita melemparkan kata-kata nista kepada orang lain sebab mungkin orang yang dinista itu lebih baik daripada kita. Orang yang baik juga sentiasa menjaga lidahnya daripada menyakiti hati orang lain'' Fikirkanlah dosa dan pahala...lalu laksanakanlah yang berpahala dan tinggalkan yang berdosa'' 'Orang Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih disukai oleh Allah daripada orang Mukmin yang lemah'' ''Berbuat baiklah, sesungguhnya Allah s.w.t menyukai orang-orang yang berbuat baik'' ''Jadikanlah hari ini lebih baik dari hari semalam'' ''Tidak akan masuk syurga bagi orang yang memutuskan silaturrahim'. ''Tunaikanlah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita dengan jujur'' ''Berusahalah untuk menjadi kawan yang setia....kita tetap bersama walaupun dalam keadaan yang susah'' ''Ingatlah, kita tidak akan menjadi miskin atau susah hanya kerana kita berkongsi sedikit daripada harta kita dengan orang lain'' ''Tidak kira betapa kecil atau besar sumbangan yang boleh kita berikan, yang penting kita berusaha sebaik mungkin dengan keupayaan yang ada pada diri kita'' ''Sesuatu kejayaan adalah lebih bermakna apabila ia disertai usaha yang bersungguh-sungguh...orang yang mudah berputus asa tidak mungkin beroleh kejayaan yang cemerlang. Biarlah bersusah dahulu, asalkan senang kemudian'' ''Pentingkan yang lebih penting kerana yang lebih penting itu lebih penting dari yang penting'' ''Jangan terlalu memandang tinggi kepada orang lain sehingga memandang rendah kepada diri sendiri'' ''Janganlah kita mudah lupa diri apabila mendengar puji-pujian sebab tidak semua puji-pujian itu dapat memberi kebaikan kepada kita''
"Berusahalah
dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin
tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang
akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"
"Jalan terbaik untuk keluar dari suatu kesulitan ialah menghadapi dan mengatasi kesulitan itu" "Apabila kita mendengar sesuatu berita , kita selalu harus menunggu keputusannya" "Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan" "Manusia yang dapat membina dunia serta kemajuannya adalah manusia yang dapat memuji dan mengkritik" "Perancangan yang teliti memainkan peranan yang penting dalam hidup manusia, jika anda mempunyai matlamat atau tujuan hidup jelas, anda harus merancangnya dengan teliti agar dapat menuju kearah sasaran dengan tepat" "Keadilan adalah timbangan kebenaran, kesederhanaan adalah timbangan keberanian" "Jika kita tidak mampu bertindak seperti yang kita harapkan maka kita harus bertindak apa yang kita mampu" "Angan-angan, harapan, keinginan, kehendak dan cita-cita dapat diubah sehingga menjadi kenyataan, setelah melalui pengalaman pahit dan kegagalan dan tetap bertekad untuk berjalan terus maju terus tanpa mengenal lelah dan putus asa sekalipun orang lain sudah menghalangnya" "Tidak sekali-kali panjang fikiran seseorang selain ia telah berilmu. Dan tidak sekali-kali berilmu seseorang itu selain ia beramal" "Keyakinan yang mendalam akan membuat seseorang itu kebal terhadap ejekkan dan hinaan" "Untuk mencapai cita-cita yang anda idam-idamkan, anda harus ada kemahuan , kebolehan, kesanggupan dan penentuan yang teguh" "Modal paling baik dari seorang ialah kerajinannya" "Jangan melepaskan apa yang berada berhampiran kita dengan bermimpi tentang apa yang jauh daripada kita" "Barang siapa yang menjadikan dirinya pemimpin maka hendaklah ia mulai memimpin dirinya sebelum ia memimpin orang lain" "Kalau kamu melihat seseorang berbudi luhur, berusahalah menyamai kebaikannya dan kalau kamu bertemu dengan seorang berbudi rendah, periksalah dirimu sendiri" "Hargailah diri sendiri, peliharalah maruah dan martabat demi menjadi insan yang sempurna" "Waktu sangat berharga, maka itu janganlah engkau habiskan kecuali untuk sesuatu yang berharga"
"Tidak ada yang lebih mencelakakan daripada bekerja tanpa menggunakan pengetahuan."
"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati" "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus" "Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah" "Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya" "Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan" "Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket" "Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan" "Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain" "Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi" "Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal" "Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu" "Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda" "Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain" "Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya" "Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah" "Perkara yang paling manis dalam dunia ini ialah pujian seorang kekasih daripada perasaan cintanya. Ia lebih manis daripada madu yang paling enak di dunia ini" |
Ilmu itu
lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta.
Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila
dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.
-Saidina Ali bin Abi Talib
Kecantikan
bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada
keelokan akhlak dan budi pekerti. - Saidina Ali bin Abi Thalib
Jadilah
seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar
buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah. -Saidina Abu
Bakar As-Siddiq
Alangkah buruknya kepapaan, kalau aku mengadu aku malu, kalau aku berdiam diri aku binasa -Saidina Ali bin Abi Talib
Jangan
berkawan dgn orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin
membahagiakanmu tapi hakikatnya dia akan mencelakan . Jauhilah berteman
dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat lari
daripadamu dan sebaliknya .Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil
kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukannya dan jauhilah
bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu
untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah - Saidina Ali bin Abi
Thalib
Hanya lidah
yang mahu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, hayunan kedua
belah tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh
anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah -Khalifah
Ali bin Abi Talib
Jangan
engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka
teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai
sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya -Khalifah Umar al-Khattab
Nilai
seseorang sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya sesuai dengan kadar
kemanusiaannya, keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap
perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar
kepekaannya terhadap kehormatan dirinya -Khalifah Ali bin Abi Talib
Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-kata lemah-lembut
-Saidina Umar bin Al-Khatab
Orang yang
terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai
bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani -Khalifah Ali bin
Abi Talib
Agama buat
kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang
tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama
merasa lebih sengsara -Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Kekayaan yg
sebenar ialah akal , kepapaan yg sebenar ialah rosak akal . Sepi yang
sebenarnya ialah kagum dengan diri sendiri dan kemuliaan yang sebenar
ialah akhlak yg baik. - Saidina Ali bin Abi Thalib
Barangsiapa
menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka
janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya -Saidina Umar
al-Khattab
Semulia-mulia
manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika
berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil
ketika kuat - Khalifah Abdul Malik bin Marwan
Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan - Saidina Ali bin Abi Thalib
Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat -Saidina Umar bin Al-Khatab
Orang
berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan
berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapat suatu
kekosongan selain oleh penggantinya (yang berilmu juga) -Saidina Ali bin
Abi Talib
Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya. -Saidina Umar bin Al-Khatab
Sesiapa yang
dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah mengajar
dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan dia hendaklah
memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan
dengan lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta
memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka
yang mengajar dan memperelokkan manusia yang lain. - Saidina Ali bin Abi
Thalib
Ingin aku jadi rumput sahaja, supaya dimakan oleh kuda kerana amat ngerinya siksaan Allah- Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Bagi setiap
nikmat ada kunci yang membukanya dan ada kunci yang akan menyelaknya
yang mana kunci pembukanya adalah sabar dan kunci penyelaknya adalah
malas - Saidina Ali bin Abi Thalib
Kemarahan
orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya dan kemarahan yang ada
pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya. - Saidina Ali
bin Abi Thalib
Apabila kamu
merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu
akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya
kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan
hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal. -Saidina Ali bin Abi
Thalib
Dua nikmat yang sering dilupakan ialah kesihatan dan keselamatan. - Saidina Ali bin Abi Thalib
Peliharalah
iman kamu dengan memperbanyakkan sedekah, bentenglah hartamu dengan
mengeluarkan zakat dan tolaklah gelombang bencana bala dengan sentiasa
berdoa kepada Allah - Saidina Ali bin Abi Thalib
Orang-orang yang suka berkata jujur mendapatkan tiga hal, kepercayaan, cinta, dan rasa hormat. - Saidina Ali bin Abi Thalib
Keadilan itu
syurga bagi orang yang dizalimi tetapi keadilan itu adalah neraka bagi
orang-orang yang bersifat zalim - Saidina Umar bin Al-Khatab
Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya -Khalifah Ali bin Abi Talib
Kalau
engkau berasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingatlah
pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya -Saidina Umar bin
Al-Khatab
Saidina Ali berkata: “Wahai manusia, jagalah wasiatku. Jika kamu memegangnya erat-erat dengan segala kesiapan sehingga kamu dapat melaksanakannya, kamu tidak akan dapat keuntungan yang lebih besar darinya. Wasiat itu adalah : 1.Hendaklah kamu tidak berharap kecuali kepada Tuhanmu. 2.Hendaklah kamu tidak takut kecuali kepada dosa-dosamu. 3.Hendaklah kamu tidak malu untuk belajar jika tidak tahu. 4.Hendaklah orang yang alim berkata : “Aku tidak tahu, “ apabila dia memang tidak tahu. Saidina Abu Bakar r.a berkata : Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu: · Ia akan mati and hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; · Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; · Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat and akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau; · Adakalanya harta itu akan dicuri and dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna . Saidina Umar bin Al-Khatab r.a. berkata : · Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. · Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. · Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya. · Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. Saidina Othman Ibnu Affan r.a. berkata : Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah: · Hatinya selalu berniat suci · Lidahnya selalu basah dengan zikrullah · Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa) · Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah · Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia. Saidina Ali r.a berkata : · Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'. · Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia. · Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya. · Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara' (memelihara diri & hati-hati dari dosa). · Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi. · Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki. · Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan. · Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya,maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, berarti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu berarti hatinya mati.
Semua perangai tercela ditempatkan dalam sebuah rumah, dan kunci rumah itu adalah ketidak jujuran. -Imam Hasan Al-Askari
Islam memiliki dinding dan pintu yang kuat. Dinding Islam ialah kebenaran dan pintunya ialah keadilan.
Islam akan tetap jaya, selama penguasa-penguasa bersikap keras dan tegas, tetapi itu dilakukan tidak bererti mesti dengan pedang dan cemeti, melainkan dengan hak dan keadilan. -Said bin Suwaid
Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan. Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan. Tidak ada kebaikan bagi sedekah kecuali niyt yang ikhlas. Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan. -Al-Ahnaf bin Qais Hai anakku! Apabila perut penuh, nescaya tidurlah fikiran, bisulah ilmu hikmah dan duduklah (masalah) anggota tubuh daripada beribadah - Nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya.
Abu Laits as-Samarqandi
berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah
melazimkan empat perkara semuanya :
1. Hendaklah ia menjaga solatnya 2. Hendaklah dia bersedekah 3. Hendaklah dia membaca al-Quran 4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya. Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :- 1. Jangan berdusta 2. Jangan mengkhianat 3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini) 4. Jangan kencing sambil berdiri Hatim Azzahid berkata : 4 perkara yang tidak diketahui kadarnya melainkan oleh 4 perkara 1) Muda tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang tua 2) Kesejahteraan tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang terkena bala 3) Kesihatan tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang sakit 4) Hidup tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang telah mati
Kamu menutup pintumu dan
menurunkan tabirmu dan berasa malu kepada manusia tetapi tidak malu
kepada Al-Quran yang ada di dadamu dan tidak malu kepada Allah yang Maha
Besar yang tidak ada sesuatu yang dapat bersembunyi dariNya. - Al
Fudhail bin Iyaadh
Orang yang
tidur mesti dikejutkan, orang yang lupa mesti diperingatkan. Sesiapa
yang tidak pernah mendapat nasihat dan peringatan maka dia sebenarnya
telah mati. Peringatan itu begitu bermanfaat buat sesiapa yang menerima
dengan hati yang mempunyai ciri-ciri " Dan tidak diberi peringatan
melainkan sesiapa yang segera bertaubat.-Imam Abdullah bin Alwi
al-Haddad al-Husaini
Orang akan
tetap menjadi ahli ilmu yang sejati selama dia masih menuntut. Tetapi
apabila pada suatu ketika dia berkata "Aku sudah pintar", maka
sesungguhnya dia sudah menjadi bodoh dengan sendirinya. -Luqman Hakim
Siapa yang mengamalkan apa yang telah diketahui maka akan diberi taufiq untuk mencapai apa yang belum diketahui - Al-Auzaa'i
Siapa yang
mendamaikan dua orang yang sedang bersengketa Allah akan memberinya
pahala untuk tiap kalimat yang diucapkannya sama dengan memerdekakan
budak - Anas r.a
Manusia yang paling lemah ialah orang yang tak sanggup cari teman dan yang paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang telah diperolehinya -Imam Al-Ghazali
Kamu tidak
boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi kamu boleh memberi
kepuasan kepada golongan yang berakal, beradab dan terpilih - Ibnu
Maqaffa
Usaha yang halal itu lebih berat daripada memindah bukit ke atas bukit -Ibnu Abbas
Adab dan akhlak yang buruk seperti tembikar yang sudah pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah - Wahab Munabih
Seseorang
tidak akan mencapai darjat kesolehan, kecuali melalui enam rintangan:
menutup pintu kemuliaan dan membuka pintu kehinaan, menutup pintu nikmat
dan membuka pintu kesukaran, menutup pintu istirehat dan membuka pintu
perjuangan, menutup pintu tidur dan membuka pintu jaga, menutup pintu
kekayaan dan membuka pintu kemiskinan, menutup pintu harapan dan membuka
pintu bersiap menghadapi maut -Ibrahim bin Adham
Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan - Ibnu Abbas Sesungguhnya yang lebih lama susahnya di dunia ialah lama gembiranya di akhirat dan lebih lama kenyang di dunia akan lebih banyak lapar di akhirat - Ibnu Asahir
Tiga macam yang tidak diketahui kecuali pada tiga macam:
1. Orang yang sabar tidak diketahui kecuali ketika marah. 2. Orang yang berani tidak diketahui kecuali ketika perang 3. Saudara tidak diketahui kecuali ketika berhajat (ada kepentingan) -Luqman Al-Hakim Hendaklah engkau bergaul dengan para ulama' dan dengarlah (renunglah) kata-kata hukama' kerana Allah SWT menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana ia suburkan bumi dengan hujan yang lebat- Al-Hukama'
Keadaan
hamba ini hanya ada empat macam: Nikmat, bala, taat dan maksiat. Maka
jika ada di dalam nikmat, kewajipan hamba adalah bersyukur kepada Allah
dan jika menerima bala harus sabar. Dan jika dapat melakukan ketaatan
harus merasa mendapat taufik hidayat dari Allah. Dan bila tergelincir
dalam dosa maksiat, maka harus membaca istighfar -Abul -Abbas Al Masri
Perkataan itu seperti ubat, kalau sedikit bercakap memberi manfaat, tetapi terlalu banyak bercakap nescaya membunuh -Amru Al-As
Abu Laits berkata : "Awaslah kamu dari ketawa berlebih-lebihan kerana ketawa mengandung 8 bahaya.
· Tercela oleh ulama dan orang yang sopan sempurna akal. · Memberanikan orang bodoh kepadamu · Jika engkau bodoh nescaya betambah kebodohanmu dan bila engkau alim berkurang ilmumu sebab ada riwayat: Seorang alim jika ketawa beerti telah memuntahkan ilmunya. · Melupakan dosa-dosa yang lampau · Memberanikan membuat dosa di masa depan, sebab bila ketawa terbahak membekukan hatimu. · Melupakan mati dan akhirat · Engkau menanggung dosa orang yang ketawa kerana ketawamu · Ketawa terbahak-bahak itu menyebabkan banyak menangis di akhirat. Buku adalah: Teman bicara yang tidak mendahuluimu. Teman bicara yang tidak memanggilmu ketika kamu bekerja. Teman bicara yang tidak memaksamu berdandan ketika menghadapinya. Teman hidup yang tidak menyanjungmu. Kawan yang tidak membosankan. Penasihat yang tidak mencari-cari kesalahan. -Ahmad bin Ismail
Adakalanya
seseorang melepas satu kalimat untuk mentertawakan orang-orang di
sekitarnya, maka Allah murka padanya. Lalu murka Allah itu merata kepada
orang-orang disekitarnya. Dan adakalanya seseorang berkata kalimat yang
diredai Allah maka ia mendapat rahmat dan rahmat Allah itu merata
kepada orang-orang disekitarnya. - Ibrahim Annakha'i
Di antara fitnah orang yang berilmu (orang alim) ialah berkata-kata lebih disukai daripada mendengar. Padahal mendengar itu lebih selamat daripada berkata-kata kerana dalam berkata-kata orang cenderung untuk mengisi, menambah dan mengurangi -Yazid bin Abi Habib Solat itu menghantarmu setengah jalan, puasa itu menghantarmu ke pintu kerajaan dan sedekah itu membawamu masuk ke dalamnya -Sahl bin Abdullah At-Tusturi
Ketika
Haatim al-Asham datang berkunjung kepada Imam Ahmad, Imam
bertanya,"Beritahukan kepadaku,bagaimana caranya mencari selamat dari
manusia ?" Haatim menjawab, "Dengan tiga hal:
1. Anda memberi harta kepada mereka, dan jangan mengambil harta mereka. 2. Berikan hak-hak mereka dan janganlah menuntut hak Anda dari mereka 3. Bersabarlah menghadapi gangguan mereka dan jangan mengganggu mereka Siapa yang berasa senang dengan pujian orang terhadap dirinya, bererti ia telah mengizinkan syaitan untuk masuk ke dalam perutnya -Ahmad Athaillah
Berhati-hatilah
kamu. Jangan sampai menulis masalah apapun dari ahlul ahwa` sedikit
ataupun banyak. Dan berpeganglah dengan ahli atsar dan sunnah. -Imam
Ahmad
Kunci amal-amal dunia ialah kenyang manakala kunci akhirat pula adalah lapar - Syeikh Abu Sulaiman ad-Darani
Allah mengasihani kaum yang menganggap dunia sebagai barang simpanan. Lalu mereka menyerahkannya kepada orang yang sanggup memegang amanah mereka terhadap barang simpanan tersebut. Kemudian, mereka merasa senang dengan ringannya beban -Al-Hassan Al-Bashri Ada empat hal yang dapat mengangkat seseorang kepada darjat yang tertinggi, walaupun amal dan ibadahnya sedikit, iaitu sifat-sifat penyantun, merendah diri, pemurah dan budi pekerti yang baik. Itulah kesempurnaan iman -Abul Qasim Al-Junaid Kaum muda membuat sejarah dengan hati mereka. Cendikiawan membuat sejarah dengan akal pikiran mereka. Orang arif membuat sejarah dengan jiwa mereka. Apabila hati, akal dan jiwa saling menunjang untuk membuat sejarah, pasti sejarah tak akan pudar sinarnya dan tak akan padam obornya. -Dr. Mustafa Assiba'i
Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukannya ilmu apa yang hanya dihafaz semata-mata-Imam Syafi'e
Barangsiapa berilmu dan beramal serta mengajar, maka orang itu pantas disebut orang besar di segala petala langit -Nabi Isa A.S Orang kaya itu tetap tempatnya di bawah orang yang miskin baik di syurga atau neraka kecuali yang selalu bersedekah. Namun sedikit sekali yang berbuat demikian kerana syaitan merintangi mereka untuk bersedekah. - Abu Laits
Muliakanlah
rakanmu dengan kemuliaan yang mampu engkau lakukannya secara berterusan.
Jika tidak maka kemuliaanmu itu akan membawa kepada perkara yang
memutuskan persahabatan. -Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Husaini
Apabila
adanya sahabat engkau datang menziarahi engkau maka jangan kamu bertanya
kepadanya : Adakah engaku sudah makan? atau : Bolehkah aku menyediakan
untuk engkau makanan?. Tetapi hendaklah engkau menghidangkan makanan
samada dia akan makan atau jika tidak maka angkatlah makanan itu. -Imam
Sufian ath-Thauri
Syaitan
lebih suka untuk menyesatkan orang yang alim daripada orang jahil kerana
orang alim apabila sesat maka dia akan turut menyesatkan orang lain
dengan kejahilannya sedangkan orang jahil tidak begitu -Imam Abdullah
bin Alwi al-Haddad al-Husaini
Jangan
engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada
engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila
masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan
persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian
dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar,
memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau
sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. -Imam Umar bin Abdul Aziz
Musibah itu
hanya satu bala tetapi jika orangnya mengeluh maka menjadi dua bala.
Yang satu bala musibah dan yang kedua hilangnya pahala musibah itu -
Abdullah bin Almubarak
Gantunglah
cita-citamu di tempat yang tinggi supaya ia tidak dapat dimusnahkan oleh
orang lain kerana cita-cita itu adalah sumber kekuatan perjuangan yang
tidak terhingga dari segi zahir dan batinnya - Imam Abu Hanifah
Sesiapa yang
merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan
sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat
menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan
Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahNya -Imam Syafi'e
Kebaikan itu
ada pada lima perkara iaitu mampu mengawal diri, menjauhkan diri
daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal, berserah
diri kepada Allah dan menyakini segala kekuasan Allah.-Imam Syafi'
Aku tidak
pernah melihat kezuhudan yang lebih sulit daripada kezuhudan terhadap
kekuasaan. Kita banyak menemui orang-orang yang zuhud dalam masalah
makanan, minuman, harta dan pakaian. Namun ketika diberikan kekuasaan
kepadanya maka ia pun akan mempertahankan dan berani bermusuhan demi
membelanya - Sufyan Ats-Tsauri
Sekiranya
manusia mengetahui keburukan percakapan dan hawa nafsu maka mereka akan
melarikan diri daripada keduanya sebagaimana mereka melarikan diri dari
harimau -Imam Syafi'
Orang
berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang
belum diketahuinya. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu
yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui.Orang jahil
pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti
daripada belajar -Imam Syafi'
Tiada bekal
yang lebih utama daripada takwa. Tiada sesuatu yang lebih baik daripada
diam. Tiada musuh yang lebih berbahaya daripada kebodohan. Tiada
penyakit yang lebih parah daripada berbohong. -Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq
Sesiapa yang
merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan
sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat
menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan
Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahNya -Imam Syafi'
Sesiapa yang
memberi peringatan dan nasihat kepada rakannya dalam keadaan sembunyi
maka sesungguhnya dia telah menasihati dan memperelokkannya. Sesiapa
yang menasihati secara terang maka dia telah menyakiti dan
mengkhianatinya. Dan bila tidak berguna nasihat secara sembunyi , maka
minta tolonglah orang-orang yang baik untuk mencegahnya dari perbuatan
maksiat. Maka jika tidak dikerjakan yang demikian, pasti perbuatan
maksiat itu akan menjalar dan bermaharajalela sehingga menghancurkan
semua - Abu Dardaa' r.a
Satu dirham
disedekahkan ketika masa sihat dan bakhil lebih afdal (baik) dari
seratus dirham diwasiatkan ketika akan mati. - Ibnu Mas'ud
Orang yang
menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada mereka
yang tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang
tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang
tidak dikenalinya -Imam Syafi'
Jika engkau
mendengar suatu kalimat dari seorang muslim, maka bawalah kalimat itu
pada sebaik-baiknya tempat yang engkau temui. Jika engkau tak mampu
untuk mendapatkan wadah tempat kalimat tersebut, maka celalah dirimu
sendiri. -Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq
Jika engkau
berbuat dosa, maka memohon ampunlah, karena sesungguhnya dosa-dosa itu
telah dibebankan di leher-leher manusia sebelum ia diciptakan. Dan
sesungguhnya kebinasaan yang dahsyat itu adalah terletak pada melakukan
dosa secara terus-menerus. -Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq"
Barangsiapa
yang rizkinya lambat, maka perbanyaklah istighfar. Barangsiapa yang
dibuat kagum oleh sesuatu dan menginginkannya demikian terus, maka
perbanyaklah ucapan maa syaa-allah laa quwwata illa billah -Al-Imam
Ja'far Ash-Shodiq
Allah telah
memerintahkan kepada dunia, 'Berkhidmatlah kepada orang yang berkhidmat
kepadaku, dan buatlah payah orang yang berkhidmat kepadamu. -Al-Imam
Ja'far Ash-Shodiq
Tidaklah
kebaikan itu sempurna kecuali dengan tiga hal : menganggapnya rendah
(tidak bererti apa-apa), menutupinya dan mempercepatnya. Sesungguhnya
jika engkau merendahkannya, ia akan menjadi agung. Jika engkau
menutupinya, engkau telah menyempurnakannya. Jika engkau mempercepatnya,
engkau akan dibahagiakannya. -Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq
Fugaha itu orang yang memegang amanah para rasul, selama tidak masuk ke dalam pintu-pintu penguasa. -Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq
Jika engkau
menjumpai sesuatu yang tidak engkau sukai dari perbuatan saudaramu, maka
carilah satu, atau bahkan sampai tujuh puluh alasan, untuk membenarkan
perbuatan saudaramu itu. Jika engkau masih belum mendapatkannya, maka
katakanlah, 'Semoga ia mempunyai alasan tertentu (kenapa berbuat
demikian) yang aku tidak mengetahuinya. -Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq
Empat hal
yang tidak seharusnya bagi seorang yang mulia untuk memandang rendah :
bangunnya dia dari tempat duduknya untuk menemui ayahnya, berkhidmatnya
dia kepada tamunya, bangunnya dia dari atas binatang tunggangannya, dan
berkhidmatnya dia kepada seorang yang menuntut ilmu kepadanya. -Al-Imam
Ja'far Ash-Shodiq
Barangsiapa
yang masuk ke dalam tempat-tempat orang-orang bodoh, maka ia akan
dipandang rendah. Barangsiapa yang bergaul dengan ulama, ia akan
dipandang mulia. Barangsiapa yang masuk ke dalam tempat-tempat
kejelekan, maka ia akan dituduh melakukan kejelekan itu.-Al-Imam Ja'far
Ash-Shodiq
Barangsiapa
yang membuka kesalahan orang lain, maka akan dibukakanlah
kesalahan-kesalahan keturunannya. Barangsiapa yang menghunuskan pedang
kezaliman, maka ia akan terbunuh dengannya. Barangsiapa yang menggali
sumur agar saudaranya masuk ke dalamnya, maka ia sendirilah yang nanti
akan jatuh ke dalamnya.- Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq
Ibrahim bin Adham berkata. " Ada sepuluh hal yang membuat do'a tidak dikabulkan : "
1. Kalian telah mengenal Allah tetapi tidak menunaikan hak-haknya. 2. Kalian telah membaca Al Qur'an tetapi tidak mengamalkan isinya. 3. Kalian mengaku cinta kepada Rasulullah tetapi meninggalkan sunnahnya. 4. Kalian mengaku benci kepada syaitan tetapi tetap memenuhi ajakannya. 5. Kalian mengaku ingin masuk surga tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya. 6. Kelian menginginkan selamat dari api neraka tetapi kalian menjerumuskan diri kepadanya. 7. Kalian menyakini kematian merupakan suatu kepastian tetapi tidak pernah mempersiapkan diri menghadapinya. 8. Kalian sibuk mengurusi aib orang lain tetapi mengabaikan aib sendiri. 9. Setiap waktu kalian menguburkan orang yang wafat tetapi setiap itu pula kalian tak pernah mengambil pelajaran daripadanya. 10.Kalian telah menikmati kurniaan Allah tetapi kalian tidak pernah mensyukurinya. Aku dapati bahawa manusia yang paling lama mengalami kesusahan ialah pendengki. Yang paling tenang hidupnya, orang yang qana'ah. Yang paling rendah kehidupannya, mereka yang menolak dunia. Dan yang paling besar penyesalannya, orang yang berilmu yang melampaui batas -Ahli Hikmah
Sesungguhnya modal dunia ialah hawa nafsu dan keuntungannya ialah api neraka -Ahli Hikmah
Musibah manusia di dunia:
· Sakit pada waktu mengembara · Miskin di hari tua · Maut pada waktu masih muda · Buta setelah melihat · Dilupakan orang setelah disanjung-sanjung -Ahli Hikmah
Sesungguhnya
Allah SWT menyukai orang yang tidak lekas marah, yang pemalu, yang
merasa cukup, yang menjaga diri dari meminta, bapa keluarga yang
bertaqwa dan Allah marah pada orang yang keji perbuatannya, buruk
lidahnya, suka meminta, yang memaksa dan yang kurang cerdik -Ahli Hikmah
Ada tiga hal yang meningkatkan kemuliaan seseorang: · memaafkan orang lain dan menghilangkan bekas-bekas kesalahannya; · memberi sesuatu kepada orang lain yang tidak memberi sesuatu kepadanya; · menghubungkan silaturahmi dengan orang yang memutuskannya.
Hati itu
adalah tempat rahsia dan bibir itu kuncinya sementara lidah adalah anak
kuncinya. Oleh itu hendaklah setiap orang menjaga anak kunci rahsianya
Waktu adalah
kehidupan manusia. Jika digunakan untuk membaca akan menjadi sumber
kebijaksanaan. Jika digunakan untuk berfikir akan menjadi kekuatan. Jika
digunakan untuk berdoa akan menjadi keberkahan dan rahmat. Jika
digunakan untuk bekerja akan menjadi keberhasilan. Jika digunakan untuk
beramal akan menghantarkan menuju syurga. Semua itu adalah kewajiban
seorang hamba terhadap Tuhannya. Gunakanlah waktu untuk kehidupan yang
sebenarnya. Sesungguhnya kewajipan-kewajipan hamba didunia lebih banyak
daripada waktu yang tersedia.
Mata yang
berasal dari unsur air memiliki sifat adil. Dengan malihat sinar mata
seseorang, kita boleh mengetahui isi hatinya. Mulut boleh berdusta,
tetapi pancaran mata seseorang akan mengatakan yang sebenarnya
memantulkan kata hati yang sesungguhnya.
Barangsiapa
yang meremehkan penguasa, dia akan kehilangan dunianya. Barangsiapa yang
meremehkan ulama, dia akan kehilangan agamanya. Dan barangsiapa yang
meremehkan kawannya, dia akan kehilangan kemanusiannya.
Bohong,
orang yang berpendapat bahwa kejahatan harus diredam dengan kejahatan,
Apabila dia benar, silakan dia menyalakan dua api. Apakah api yang satu
dapat memadamkan api yang lain? Yang dapat meredam kejahatan adalah
kebaikan,sebagaimana air dapat memadamkan api.
Seorang alim harus mengajar
dirinya sebelum mengajar orang lain, dan hendaknya mengajar dengan
perilakunya sebelum mengajar dengan ucapan-ucapannya
Ibrahim bin Adham terkenal
sebagai seorang yang zahid. Kata-katanya penuh dengan hikmah dan selalu
dijadikan pedoman orang-orang yang mendekatkan diri kepada Allah. Pernah
suatu ketika seorang muslim datang kepadanya meminta kepada beliau,
"Wahai Ibrahim, berilah kami wasiat agar seluruh kehidupan kami
bermanfaat !". Maka Ibrahim Al Adham menjawab :
1. Jika engkau melihat orang-orang sibuk dengan dunia, maka sibukkanlah dirimu dengan akhirat. 2. Jika engkau melihat orang-orang sibuk dengan memperindah penampilan fizik maka sibukkanlah dirimu dengan memperindah dan mempercantikkan batinmu. 3. Jika engkau melihat orang-orang sibuk mengurus perkebunan maka sibukkanlah dirimu dengan memakmurkan kuburan. 4. Jika engkau melihat orang-orang sibuk mengabdikan diri kepada sesama manusia, maka sibukkanlah dirimu dengan mengabdikan diri kepada Rabbul Alamin. 5. Jika engkau melihat orang-orang sibuk mengatakan aib orang lain, maka sibukkanlah dirimu dengan keburukan dirimu sendiri. 6. Jadikanlah kehidupan di dunia ini sebagai taman pertanian yang akan menghantarkan engkau ke pohon raya di akhirat kelak.
Wahai
anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir.
Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga
perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya
(mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya
(keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah
orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya.
-Luqman Hakim
TIGA wali Allah terkenal
selepas zaman Rasulullah meninggalkan pesanan dan peringatan kepada umat
Islam mengenai cara terbaik menjalani kehidupan di dunia. Mereka ialah
Abu Muhammad Royam, Al-Syibli dan Hasan al-Basri.
Pesanan Abu Royam: – Ingatlah bahawa Allah menjadikan manusia untuk memperhambakan diri kepada-Nya, bukan untuk tujuan lain. – Semakin kaya orang itu, semakin jauh dia daripada Allah. – Ketika berseorangan, menangislah sambil berdoa kepada Allah agar hati menjadi bersih. Pesanan Al-Syibli: – Sesuatu yang Allah takdirkan untukmu, pasti akan dapat walaupun terpaksa melalui seribu halangan. – Orang yang tidur satu jam pada waktu malam dengan melupakan Allah, adalah tertinggal seribu tahun ke belakang dalam perlumbaan kerohanian. – Waktu sekarang yang sedang kamu lalui lebih berharga daripada seribu tahun lalu dan seribu tahun akan datang. Untuk itu jangan terpedaya dengan kebendaan. Pesanan Hasan: – Orang yang menggali asas dasar dunia ini dan membina bangunan akhirat di atasnya adalah orang yang bijak. – Kawan yang jahat suka merosakkan orang yang sedang menuju ke jalan Allah. – Barang siapa yang terlalu menyintai emas dan perak, dia akan dihina Allah.
10 Wasiat Luqman Hakim
1. Kamu hendaklah sentiasa
berada dalam majlis para ulama' dan dengarlah kata-kata para
hukama'(orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati
dengan hikmat sebagaimana Dia menghidupkan bumi yang mati dengan hujan
yang lebat.
2. Berkawan dan hampirilah
ulama' serta duduk dan ziarahilah rumah mereka agar kamu akan menjadi
seumpama mereka. Sentiasalah bersama-sama mereka dan tumpanglah kebaikan
mereka. Kemungkinan besar apabila Allah menurunkan kebaikan kepada
mereka, kamu turut merasai nikmat itu.
3. Sekiranya engkau seorang
yang soleh, jauhilah dirimu daripada orang yang buruk budi pekerti dan
keras kepala kerana ditakuti apabila diturunkan bala Allah, engkau turut
menjadi mangsanya. -Luqman Hakim
4. Janganlah engkau menjadi
lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi
hari sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.
5. Jangan sekali-kali engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang bila-bila masa sahaja.
6. Dunia ini bagaikan
lautan yang dalam yang mana sudah ramai mereka yang sudah
ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya dan iman
pula sebagai air yang menyirami tanaman.
7. Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air yang menyirami tanaman.
8. Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan iaitu:
a. Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah. b. Orang yang berani melainkan ketika berperang. c. Saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripada mereka.
9. Sesungguhnya dunia ini
sedikit sahaja, sedangkan keseluruhan umurmu lebih sedikit daripada itu.
Manakala umurmu yang masih lagi berbaki amat sedikit daripada yang
lebih sedikit tadi.
10. Tanda-tanda seorang pendengki itu ada tiga iaitu:
a. Mengumpat kawannya apabila ketiadaan kawan mereka. b. Memuji-muji kawannya apabila berada berasama mereka. c. Merasa gembira jika kawannya ditimpa bala. Wasiat Nabi junjungan kepada Saidina Ali R.A
Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya :
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia 2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita 3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia
Wahai Ali,
Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya : 1) Jujur dalam berkata-kata 2) Menjauhi segala yang haram 3) Merendahkan diri
Wahai Ali,
Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya : 1) Takut berlaku dusta dan keji 2) Menjauhi kejahatan 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman
Wahai Ali,
Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya : 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya
Wahai Ali,
Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya : 1) Mengawasi dirinya 2) Menghisab dirinya 3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.
10 Wasiat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna
1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah untuk bersolat pada waktunya walau bagaimana keadaan sekalipun. 2) Bacalah Al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah Zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah. 3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul (Fusha), kerana bahasa Arab yg betul itu adalah merupakan syiar-syiar Islam. 4) Janganlah banyak berselisih dalam apa-apa perkara sekalipun kerana perselisihan kosong itu tidak memberi sebarang apa kebaikan jua pun. 5) Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu, sentiasa tenang lagi tenteram. 6) Jangnlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara. 7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikhendaki oleh para pendengar, kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu tabiat yang sia-sia malah menyakiti hati orang lain. 8) Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan lain, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan. 9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara seAqidah yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara mengenalinya; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan. 10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu, bantulah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dgn berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka segerakanlah perlaksanaannya.
Imam al-Ghazali pernah berwasiat agar ditinggalkan 4 perkara bagi menjaga keelokan akhlak iaitu :
1. Janganlah kamu suka
berbahas dengan seseorang mengenai sesuatu perkara seboleh yang mungkin
kerana ia lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. Ia
adalah punca akhlak buruk seperti riya', hasad dengki, bermusuhan,
bangga diri dan sebagainya. Jika terpaksa juga berbahas maka kamu mesti
mempunyai 2 tanda pada niat dalam hatimu iaitu :
a. Kamu mengakui sesuatu kebenaran tidak kira ia berada di sebelah kamu atau pihak lain
b. Kamu lebih suka mencari kelemahan dirimu daripada mencari kelemahan orang lain
2. Elakkan dirimu daripada menjadi pendakwah yang mengajak kepada kebaikan sekiranya kamu sendiri belum melaksanakannya
3. Jangan bergaul dengan
pemimpin atau pembesar yang zalim malah jika boleh jangan berjumpa
dengan mereka kerana lebih banyak padahnya daripada faedah
4. Jangan menerima sebarang
pemberian daripada golongan pembesar walau pun kamu tahu pemberian itu
adalah daripada sumber yang halal kerana dibimbangi kamu akan terhutang
budi sehingga takut untuk menegur kesalahannya
Imam al-Ghazali pernah berpesan agar dilakukan 4 perkara berikut agar dapat cantikkan akhlak iaitu :
1. Bermu'amalat atau
berurusanlah dengan Allah sebagaimana kamu suka orang bawahanmu
berurusan denganmu. Kami tidak berasa bingung atau marah dengannya. Apa
yang kamu tidak suka dilakukan oleh orang bawahanmu maka Allah juga
tidak suka perlakuan sedemikian kerana Allah itu adalah Tuhanmu yang
hakiki
2. Setiap kali kamu bekerja
dengan orang lain maka perbuatlah sebagaimana kamu mahu diperbuat ke
atas dirimu kerana tidak sempurna keimanan seseorang itu selagi dia
tidak suka orang lain memperolehi sesuatu yang dia sendiri menyukainya
3. Sekiranya kamu hendak
mempelajari sesuatu maka pilihlah ilmu yang dapat memperbaiki hati dan
menghidupkan jiwamu. Sekiranya kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu
sahaja lagi nescaya kamu hanya mempelajari ilmu untuk mengawasi hatimu
dan berusaha melepaskan diri daripada belenggu dunia
4. Jangan mengumpul harta
dunia lebih daripada keperluanmu untuk tempoh setahun kerana Rasulullah
s.a.w sendiri hanya menyediakan bekalan terhadap isteri-isteri baginda
untuk tempoh sehari setengah sahaja.
10 Pesanan Untuk Nabi Musa
ABUL-LAITS Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya daripada Jabir bin Abdillah berkata, Rasulullah bersabda bermaksud: “Allah telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran pesanan dalam 10 perkara:
1. Wahai Musa jangan
menyekutukan Aku dengan suatu apa pun bahawa Aku telah memutuskan bahawa
api neraka akan menyambar muka orang Musyrikin.
2. Taatlah kepada-Ku dan
kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu daripada sebarang bahaya dan
akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang
baik.
3. Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka. 4. Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak menyucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku. 5. Jangan hasad dengki dan iri hati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang lain, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan itu, maka bukan daripada-Ku. 6. Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.
7. Jangan mencuri dan
jangan berzina dengan isteri jiran tetangga sebab nescaya Aku tutup
wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya.
8. Jangan menyembelih korban untuk selain daripada-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku. 9. Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri |
7 Salamun / 7 Ayat Keselamatan (Salamun) 7 Ayat Keselamatan (Salamun) ini dibaca masing-masing 7x setiap sehabis sholat subuh dan maghrib, InsyaAllah kita akan terbebas dari segala macam bahaya dan mendapat perlindungan Allah SWT 1. Salamun Qaulam Mirrabbirrahim 7x 2. Salamun Ala Ibrahim 7x 3. Salamun Ala Nuhin Fil Alamin 7x 4. Salamun Ala Musa Wa Harun 7x 5. Salamun Alaikum Thibtum Fadhkhuluna Khalidin 7x 6. Salamun Ala Ilyasin 7x 7. Salamun Hiya Hatta Mat La'il Fajr Telah kubaca ayat-ayat suci di dalam Qalam Ilahi, dalam surat As-Shaffat. Ada satu hal yang sangat membuat jiwa ini ikut merindukan untuk mendapatkannya. Di dalam surat As-Shaffat dikisahkan para Nabi dan Rasul yang mulia. Para utusan Allah tersebut mendapat ucapan salam. Sebuah salam yang sangat indah. Sangat indah sekali.. Karena salam itu berasal dari Ar-Rahim, Allah Yang Maha Penyanyang: “Salamun ‘ala nuhin fil ‘alamin.” “Kesejahteraan (Kami limpahkan) atas Nuh di seluruh alam.” “Salamun ‘
Comments
Post a Comment