- Get link
- X
- Other Apps
Mengumpat / Ghibah
Ghibah atau mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau
kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasulullah S.A.W. bersabda yang
bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu
dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim).
Dosa
mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan
oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat
hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang
diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima
pembalasannya diakhirat.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah
daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina.
Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan
menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak
akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis
riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).
Disebabkan
mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai
satu perbuatan dosa besar. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain
akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh
orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan
keburukan dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan
lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat
kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya.
Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan
mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada
dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).
Orang yang mengumpat
akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Diriwayatkan oleh Abu
Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat
cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka,
dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya
kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka
Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat
engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang yang
mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka
dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang
mengumpat. Inilah orang yang muflis di akhirat nanti...
Marilah sama-sama kita menjauhi amalan mengumpat.

Comments
Post a Comment