Tanda rezeki itu berkat
123456
KEBERKATAN rezeki adalah antara perkara utama yang mesti
dititikberatkan dalam hidup. Rezeki bukan sekadar wang, harta, makanan
dan minuman. Sebaliknya jodoh, anak, pangkat, nama baik, kedudukan dan
sebagainya juga boleh disebut sebagai rezeki.
Namun dalam artikel kali ini saya merujuk rezeki kepada pendapatan
yang kita perolehi sama ada dengan bekerja sendiri, mengambil upah atau
makan gaji. Rezeki yang dicari dan diusahakan itu pula dibawa pulang ke
rumah untuk diberi makan anak isteri. Ada orang memandang ringan akan
isu keberkatan rezeki ini. Pada mereka ia hanya isu kecil yang tidak
perlu diperbesarkan. Mereka ini tidak sedar wujudnya kaitan langsung
antara keberkatan rezeki dengan nasib, kualiti perhubungan, kejayaan
anak-anak, dan segala aspek kehidupan..
Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan rezeki tidak berkat.
Pertama, kerana ia jelas datang dari sumber pendapatan yang haram
seperti berjudi, rasuah, mencuri, menipu, nombor ekor, pelaburan haram
dan seumpamanya. Namun, ada yang tidak menyedari bahawa secara halus
rezeki itu boleh hilang keberkatan apabila kita yang dibayar upah atau
digajikan untuk melakukan sesuatu pekerjaan, atau memikul sesuatu
tugasan tetapi tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Sebaliknya
apa yang berlaku ialah pelbagai masalah di tempat kerja seperti curi
tulang, datang lewat, malas, kerja tidak mencapai kualiti, melakukan
kerja lain sewaktu dalam masa bekerja, main-main, dengki, irihati dan
seumpamanya.
Oleh itu eloklah dalam artikel kali ini kita lihat apakah antara
tanda-tanda keberkatan rezeki bagi membolehkan kita sama-sama melakukan
audit diri atau muhasabah.
* Hati semakin dekat dengan Allah dan Jiwa Tenang
Tanda-tanda yang pertama bahawa rezeki itu berkat ialah hati semakin
dekat dengan Allah. Kita bukan sahaja menjaga solat lima waktu
sebaliknya ditambah dengan amalan-amalan sunat. Mulut juga sentiasa
berzikir dan suka pula membaca dan menelaah al-Quran.
* Pemurah
Kita mudah untuk memberi sedekah dan menunaikan zakat.
* Jauh daripada kejahatan manusia dan bala
Kalau kita datang lambat, malas, kerja tidak bersungguh-sungguh,
hasil kerja tidak berkualiti dan sebagainya, majikan akan menegur,
menasihati dan mungkin mengambil tindakan. Namun, gaji penuh tetap
diberikan. Majikan tidak pernah mengaudit gaji kita. Misalnya, katalah
gaji kita ialah RM1500 sebulan. Disebabkan kita malas maka majikan bayar
RM1200 sahaja. Sebabnya, RM300 ringgit itu dipotong atas sikap malas
kita itu. Sebaliknya, apabila kita malas, majikan tidak pernah memotong
gaji bulanan kita. Namun, kita lupa bahawa Allah menjalankan auditnya.
Maka Allah tarik sebahagian rezeki itu dengan pelbagai ujian dan masalah
dalam hidup yang datang bertimpa-timpa seolah-olah kita memang bernasib
malang. Bulan ini telefon bimbit hilang, bulan depan kereta pula
dipecah orang. Kalau begitulah keadaannya maka eloklah kita audit gaji
yang diterima setiap bulan sebab bimbang kalau-kalau itulah punca kepada
segala masalah tersebut.
* Keluarga harmoni dan anak-anak cemerlang
* Sentiasa merasa cukup dan syukur
http://www.islamituindah.my/tanda-rezeki-itu-berkat
Comments
Post a Comment