PRU 13 : SIRI 6 ( KUASA PENGUNDI BARU : KEARAH MANA ?)
Mengikut Datuk Wan Ahmad Wan
Omar (Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) - " Seramai 2.3
juta atau 21.69 peratus daripada keseluruhan 13,291,385.00 orang yang layak
mengundi pada PRU 13 merupakan pemilih baharu yang mengundi buat julung kalinya
tahun ini "(Utusan Malaysia 4/4/2013). Katanya lagi "angka itu
merupakan jumlah pengundi baharu paling tinggi pernah dicatatkan setakat ini".
Beliau juga menyatakan "kelayakan kumpulan ini boleh menentukan kerajaan
yang bakal menerajui negara, menjadikan mereka sasaran "pancing"
parti-parti politik yang bertanding pada PRU 13 ini. Golongan itu merupakan
kelompok yang tidak mengikut telunjuk orang lain. Walaupun mungkin bukan
penentu keputusan dalam PRU 13 namun undi kumpulan itu pastinya akan memberi
kesan besar dalam pertempuran kali ini yang disifatkan "ibu segala
pilihanraya" (Utusan Malaysia 4/4/2013).
Manakala dalam penulisan
Yong Yen Nie (Asiaone/news-Singapore Press Holding Portal) menyatakan - "Malaysia - call them the wild card in
Malaysia's coming national election" and under the age of 40 and there are
internet savvy,passionate about Malaysia's Future and more willing to
experiment". Azmi Hassan pula dalam
ruangan Gerbang global Utusan Malaysia menyatakan - "Tidak dinafikan
bahawa berlakunya apa yang dipanggil tsunami politik selepas PRU 2008 adalah
antara penyebab utama kenaikan mendadak jumlah pengundi baru. Sememangnya
pengundi baharu ini inginkan perubahan, iaitu kearah senario politik yang lebih
sihat dan membina " (Utusan Malaysia 4/4/2013).
Amir Saifude Ghazali (Timbalan
Pengarah Pusat Demokrasi dan Pilihanraya Universiti - Umcedel) telah
menyifatkan mereka ini adalah "pengundi aras padar" dan menurut
beliau - "mereka adalah golongan kelas menengah dan atasan, berpendidikan
tinggi, berumur kurang 40 tahun dan majoritinya merupakan lepasan pusat
pengajian tinggi. Mereka ini merupakan golongan kritikal kerana memilih parti
berdasarkan prestasi, akses kepada maklumat selalu membuat perbandingan dan
pemilihan yang rasional. Ini bermakna golongan ini akan hanya memberi undi
kepada mana-mana parti yang boleh mempengaruhi mereka. Jelasnya dari segi komposisi kaum, pengundi di
atas pagar itu terdiri daripada Cina 53% dan Melayu 37% (Utusan Malaysia
5/4/2013).
Maknanya 2.3 juta pengundi
"first timer" ini diakui oleh penganalisa-penganalis politik sebagai
"kuasa" yang sangat kuat yang boleh mengubah dan menentukan keputusan
PRU 13. Oleh itu pada masa ini parti-parti politik yang akan bertanding dalam
PRU 13 telahpun memulakan perang psikologinya untuk bersaing memenangi hati
pengundi-pengundi baru ini. Menurut Pakar
Strategist Pilihanraya DAP - "oleh
kerana 60% dari pengundi muda adalah berumur 30 tahun kebawah dan mereka ini adalah
"internet savvy" DAP amat yakin mereka akan menyokong pembangkang
seperti PRU 12". Manakala Azmi Hassan
berpendapat kuasa pengundi baharu PRU 13 yang pertama kali mengundi
boleh "menamatkan" karier politik tiga pemimpin Vateran parti pembangkang
iaitu Lim Kit Siang (Johor), Anwar Ibrahim (Pulau Pinang/Perak) dan Nik Aziz (Kelantan)
yang secara lojiknya sememangnya sudah lama patut berundur. Ini kerana pada
pendapat Azmi Hassan kuasa pengundi baru boleh membawa "wave" bahawa
sudah sampai masanya pemimpin muda harus di beri peluang untuk bertanding. (Utusan
Malaysia 4/4/2013).
Menurut Kajian yang
dilaksanakan oleh Umcedel sepanjang 2011 - Januari 2013 mendapati, jumlah
pengundi muda yang mahu mengundi BN adalah 42 % dan Pakatan Pembangkang adalah
37%. Manakala 21% masih tidak pasti untuk memilih BN ataupun Pakatan Pembangkan
(kumpulan atas pagar). Hasil kajian juga mendapati pengundi-pengundi di atas
pagar ini tidak dapat menyatakan pendirian parti politik pilihan mereka kerana
tidak yakin dengan ahli politik, institusi politik, politik sedia ada dan
politik gagal menarik minat mereka. (Utusan Malaysia 5/4/2013).
Dari kajian di atas menunjuk
peluang BN adalah lebih cerah untuk diyakini oleh pengundi-pengundi muda (42%)
di bandingkan dengan Pakatan Rakyat (37%). Walaubagaimanapun persaingan yang
sengit akan tetap berlaku antara BN dan Pakatan Rakyat untuk mengatur strategi
politik untuk menawan hati pengundi muda (21%). Sebagai renungan kita petik kenyataan Perdana Menteri Najib Tun
Razak - "Sama ada anda adalah pengundi kali pertama atau telah mengundi
sebelum ini, masanya telah tiba untuk menentukan masa depan negara. Saya harap
anda membuat pilihan yang tepat ".
http://sembangpakzad.blogspot.com
Comments
Post a Comment