Waktu Yang Sesuai Untuk Bersenam
Saja nak share
dengan korang selain boleh memberi peringatan kepada diri sendiri.
Selalunya kalau kita nak bersenam, kita main hentam je bila nak
bersenam. Tapi tahukah anda masa yang sesuai untuk bersenam. Menurut
beberapa pendapat yang saya baca, masa yang sesuai untuk bersenam ialah
ketika awal pagi, iaitu sebelum pukul 9.30 pagi. Waktu ini matahari pagi
baik untuk kesihatan kerana matahari waktu pagi mengandungi vitamin D,
berbanding dengan panas matahari selepas pukul 10 pagi yang boleh
menyebabkan kanser kulit.
Jika anda
susah bangun pagi, bersenam pada pukul 6 petang pun sesuai untuk anda.
Ini kerana selalunya juga kita tidak berkesempatan melakukan senaman
pada waktu pagi disebabkan kekangan kerja dan kesibukan lain yang tidak
dapat dielakkan. Senaman pada waktu ini juga sesuai memandang pada waktu
ini kita baru habis bekerja dan sesuai untuk menghilangkan stres
selepas seharian bekerja.
Ada juga
kajian menunjukkan wanita sesuai bersenam dua minggu selepas habis satu
kitaran haid. Maksudnya waktu wanita subur. Wanita subur adalah pada
hari ke-14 dalam satu kitaran haid. Satu kitaran haid dikira pada hari
pertama wanita mengalami haid. Ia dikira sampai hari ke-14. Masa itulah
masa yang paling sesuai untuk bersenam.
Kajian yang
dilakukan terhadap sekumpulan wanita di Australia mendapati bahawa dari
hari pertama proses ovulasi sehingga haid yang seterusnya, penghasilan
hormon estrogen dan progesteron adalah sangat tinggi. Biasanya tubuh
akan membakar karbohidrat untuk dijana sebagai tenaga.
Rahsianya,
pada minggu kedua kitaran haid ini, hormon estrogen akan membenarkan
lebih banyak lemak dibakar sebagai tenaga ketika kita bersenam.
Pembakaran lemak akan mengurangkan penghasilan asid laktik seterusnya
menghindar tubuh dari keletihan dan mengurangkan tekanan pada otot.
Terpulanglah
kepada anda bilakah masa yang sesuai untuk bersenam. Tetapi pastikan
anda bersenam mengikut peraturan yang ditetapkan. Bersenamlah untuk
kesihatan anda!
Monday, November 26, 2012
Orang Itu..
Satu hari, dia termenung seorang diri. Dia bertanya dalam hati, ' Untuk
apa aku diciptakan di dunia ini? Adakah aku ini layak untuk hidup di
bumi ini atau hanya memenuhkan ruang yang terbentang luas ini? Aku rasa
aku tidak layak hidup di dunia ini.' Bila dia lihat diri sendiri, dia
terasa amat rendah diri dan kerdil. Dia merasakan dirinya tergolong di
kalangan orang yang boleh dikatakan tidak mempunyai bakat langsung.
Selalu dia membandingkan diri dengan orang lain, malah pernah
membandingkan diri dengan orang yang dia sayang. Memang terasa amat
kerdil. Belum lagi dibandingkan dengan orang-orang lain.
Semasa belajar, dia bukanlah dikategorikan sebagai budak pandai, atau pun orang kata budak pick up. Jika
orang lain, dengan baca sedikit masa sahaja boleh 'melekat' di kepala.
Dia terpaksa mengulangkaji banyak kali, hanya pada topik yang sama. Jika
orang lain dah sampai Z, dia baru je sampai M (tengah-tengahlah). Dia
rasa dirinya tidak berguna. Kena berusaha lebih dari orang lain.
Dia lupa setiap perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.
Alhamdulillah, walaupun dia lembap, dia mendapat orang itu. Orang itu
yang tangkas dan dapat menunjuk ajar tentang cara hidup yang serba
mencabar ini. Kadang-kadang jika orang itu tidur, dia merenung
dalam-dalam pada muka dan mata orang itu Dia berbisik sendirian, 'Ya
Allah, terima kasih kerana menganugerahkan aku pasangan yang dapat
membimbingku di dunia dan akhirat.' Dia selalu berdoa, biarlah dia mati
dahulu sebelum orang itu. Dia tidak sanggup! Memikirkannya sahaja pun
tidak sanggup!
Jika orang itu sakit, walaupun dia berbuat seperti biasa, tetapi hatinya
berdebar-debar dan fikiran negatifnya berlegar-legar dalam otak. Apa
yang akan berlaku jika orang itu tiada? Apa yang akan dia lakukan dalam
dunia ini jika orang itu tiada? Orang kata, patah tubuh hilang berganti.
Tetapi bolehkah diganti serupa dengan orang itu? Muka, bibir, tutur
kata serta tingkah laku seperti orang itu? Tentu tiada! Orang pernah
kata, tiada yang sempurna di dunia ini. Memang tiada yang sempurna.
Tetapi selepas kehadiran orang itulah dia rasa sempurna.
Naluri manusia selalu mencari kelemahan orang lain dan tidak
kelebihannya. Dan itulah yang boleh menyebabkan pergaduhan dan
perselisihan faham. Tapi bila dia menjauhkan dan mengasingkan diri, dia
kenang kembali perkara baik yang pernah orang itu lakukan padanya.
Terus sahaja air mata berlinangan dan merintih, 'Ya Allah, iblis apakah
yang merasuk fikiranku?' Dia terus memanjatkan kesyukuran kepada Allah
kerana mengurniakan pasangan seperti orang itu.
Jika orang itu membaca rintihannya, adakah orang itu tersentuh hati atau
pun tertawa? Tidak kisahlah apa reaksi orang itu, janji dia tahu selain
keluarganya dan keluarga orang itu, orang itulah sahaja yang ikhlas dan
setiap kelakuan orang itu memang ikhlas dari hati dan bukan
dibuat-buat.
Wednesday, November 21, 2012
Kenali Kulit dan Bulu Babi
- Mempunyai tiga titik atau lubang.
- Kedudukan tiga titik atau lubang adalah menyerong.
- Tiga titik atau lubang tersebut berulang-ulang dan tidak seragam.
- Ketiga-tiga titik atau lubang ini tidak tersusun, tembus ke belakang dan slanting.
- Keras
- Bercabang pada bahagian hujungnya.
- Rupa bentuk fizikalnya bercabang tiga.
- Kulit babi mempunyai tiga titik yang berlubang. Di setiap lubang tersebut terdapat sehelai bulu yang keluar atau tumbuh. Salah satu bulu tersebut bercabang tiga pada bahagian hujungnya.
Kaedah mengesan dari analisis makmal:
- Apabila bahan tersebut dibakar, bau yang terhasil adalah seperti rambut terbakar.
- Menggunakan pelarut khas iaitu 5 peratus sodium hidroksida. Sekiranya ia larut dalam pelarut itu, ia menunjukkan kehadiran ciri-ciri haiwan tersebut.
- Sampel juga boleh dilihat menggunakan mikroskop sama ada lubang tersebut tembus atau tidak. Sekiranya bahan itu dari babi, ia kan tembus sehingga ke dalam.
Produk berasaskan kulit atau bulu babi biasanya menggunakan beberapa istilah. Antaranya:
- Pig : Istilah umum bagi seekor babi.
- Swine : Istilah menunjukkan keseluruhan spesis babi.
- Boar : Istilah bagi babi hutan.
- Hog : Istilah bagi babi liar domestik (Amerika)
- Sow : Istilah bagi babi betina dewasa.
Contohnya:
- "Pure Boar Bristles Brush" (Berus Bulu Babi Hutan Yang Asli)
- "This wallet made from hog leather" (Dompet ini diperbuat dari kulit babi)
Istilah-istilah ini penting kerana ia adalah sumber kepada bahan itu
tadi. Kebiasaan bagi pihak industri di barat meletakkannya pada label
produk. Ini berbeza dengan pihak industri di China atau Taiwan.
Jadi, pilihlah barang dengan berhati-hati. Pastikan logo halal yang
diiktiraf sahaja tertera pada setiap barangan yang hendak dibeli.
Adik-adik juga perlulah memastikan logo halal adalah tepat seperti
berikut:
- Sumber dipetik dari Majalah Asuh
Bahan Fluorida Punca Barah?
Fluorida yang digunakan dalam ubat gigi adalah sisa
keluaran industri berat khususnya besi yang boleh menyebabkan barah.
Fluorida ialah sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan
racun untuk menghapuskan semut dan lipas.
Aktivis dari Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Muhammad Zharif Johor berkata, hasil kajian pihaknya bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain mendapati fluorida di dalam ubat gigi dianggap racun tersembunyi yang memudaratkan kerana ia bertoksik dan boleh berkumpul walaupun hanya dengan memberus gigi. Walaupun memberus gigi, kita boleh anggap pengguna menelan bahan toksik tersebut. Ia sangat berbahaya kerana bahan ini dengan cepat mampu mengaktifkan sel barah semulajadi dalam tubuh manusia.
Beliau mengambil contoh di negara luar, Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika (FDA), menganggap fluorida sebagai ubat yang tidak diluluskan kerana tidak ada bukti berhubung keselamatan atau keberkesanannya di dalam penjagaan gigi. Kes lampau berhubung kesan buruk fluorida sepatutnya diambil iktibar yang mana tinjauan telah dibuat pada 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi serta Persatuan Pergigian Amerika Syarikat. Melalui kajian ini didapati purata orang yang memberus gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus.
Ini bermakna, seseorang individu menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain. Setiap kali menggosok gigi, sisa industri tersebut akan meresap masuk ke dalam sistem peredaran darah menerusi lapisan mulut.
Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 1990-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10 000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.
Itu kajian di negara luar, negara yang kebanyakan penduduknya bukan beragama Islam. Dalam Islam sudah dinyatakan Rasulullah s.a.w suka bersiwak. Pada zaman nabi mana ada ubat gigi dan berus gigi yang kita guna sekarang. Baginda menggunakan kayu siwak sahaja. Itu lagi bagus dan menjimatkan.
Tapi kalau susah sangat nak cari kayu siwak, terdapat juga ubat gigi tanpa fluorida dijual. Cuma kita kena rajin mencari dan memilih. Kalau untuk kesihatan, tak salah jika kita berusaha sedikit mencarinya. Tak gitu?-sumber dipetik dari Sinar Harian
Taman Chatin, Mentakab, Pahang
Ini ada satu lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi di Temerloh.
Taman Chatin selalu dikunjungi oleh pengunjung yang ingin berjoging.
Memang sesuai untuk aku yang tengah berdiet ni.. Jarak dari bandar
Temerloh ke taman ini mengambil dalam 15 kilometer. Tempatnya memang
sangat sesuai untuk berjoging. Selain kawasan berjoging, disini
disediakan juga taman permainan untuk kanak-kanak, alat senaman, kawasan
istirehat, tandas dan kedai makan.
Sampai sahaja, sudah banyak kereta di sini. Nak cari parking pun
susah. Jadi, kena datang awallah ye.. Memang ramai yang datang beriadah
di sini. Sama ada untuk bersenam dan membawa anak-anak bermain.
Kadang-kadang ada juga beberapa remaja datang bermain bot kawalan jauh. Memang happening betul. Tapi diingatkan, dilarang memancing walaupun banyak ikan di sini.
Kadang-kadang ada juga beberapa remaja datang bermain bot kawalan jauh. Memang happening betul. Tapi diingatkan, dilarang memancing walaupun banyak ikan di sini.
Selain dari itu, kawasan ini juga sesuai untuk pasangan yang baru
berkahwin. Kalau nak cari tempat yang sesuai untuk bergambar, taman ini
memang sesuai. Adikku yang baru berkahwin tahun lepas pun bergambar di
sini sahaja. Memang nampak cantik bila gambar di ambil. Siap tangkap
gambar buaian lagi.
Kawasan ini memang terjaga. Dua,
tiga hari sebelum ni nampak banyak sampah terutama di kawasan bangku
rehat. Tetapi hari ini kawasan tersebut kembali bersih dan cantik.
Kadang-kadang nak marah pun tak guna. Tong sampah memang banyak
disediakan. Tapi macam tak faham bahasa orang-orang ni. Macam budak umur
3 tahun. Takkan nak tulis 'Jangan Buang Sampah di Sini', baru faham
kut. Sama-samalah kita menjaga kebersihan ye.
Tuesday, November 20, 2012
Jambatan Gantung di Bandar Temerloh
Dulu masa kecil, kalau pergi bandar Temerloh, memang tak tahu nak
jalan-jalan di mana. Jujur dikatakan tak banyak tempat yang boleh
dilawati di bandar Temerloh. Tapi itu dulu. Sekarang alhamdulillah.
Selain ada kolam tahfiz, ada juga taman rekreasi dan restoran-restoran
yang menghidangkan makanan tempatan.
Salah satu tempat yang boleh pengunjung lawati ialah Jambatan Gantung di
Sungai Semantan. Penduduk tempatan di sini memanggil Titi Gantung. Di
Jambatan Gantung ini juga ada menceritakan sejarah terjadinya nama
Sungai Semantan. Dahulu tinggal seorang lelaki yang pandai dalam ilmu
persilatan yang bernama Osman. Tetapi penduduk di situ memanggilnya
Seman. Disebabkan tahap persilatannya yang tinggi, ramai pemuda di
sekitar kampung tersebut ingin berguru dengan beliau. Kemasyhuran dan
kekebalannya telah menjadi bualan ramai sehingga penduduk
menggelarkannya Seman Tahan. Disebabkan kepelatan penduduk,
lama-kelamaan tempat tersebut diberi nama Semantan.
Berbalik tentang Titi Gantung, tidak ramai yang tahu akan titi gantung
ini kerana titi ini baru sahaja dibina. Tiada bayaran dikenakan.
Pengunjung boleh menyeberang titi gantung sebanyak mana yang mereka
mahu. Terdapat juga gerai makan dan gerai mainan untuk kanak-kanak.
Memang seronok menyeberang titi tersebut. Tetapi ada satu perkara yang
kurang menyenangkan iaitu tentang kebersihan yang kurang terjaga di
sini. Kita tidak sepatutnya mengharapkan pihak berkuasa sahaja yang
membuang sampah dan menjaga kebersihan. Pengunjung juga mestilah
bersama-sama menjaga kebersihan kawasan tersebut memandangkan kawasan
tersebut berdekatan dengan sungai.
Apam Tepung Gandum
Mesti pelik dengan tajuk ni kan? Selalunya orang akan buat apam
menggunakan tepung beras. Tapi yang ini, apam yang diperbuat dari tepung
gandum. Resipi ini diambil dari mak. Mak memang pandai mereka-reka
resipi. Kepakaran mak, bila dia rasa je sesuatu makanan tu, mak sudah
tahu, bahan-bahan apa yang dimasukkan dalam makanan tersebut. Bila mak
balik rumah je, mak boleh buat makanan tersebut. Bila tak jadi, mak akan
ubahsuai resipi tersebut sampai menjadi. Sayangnya, aku tidak mewarisi
kepakaran tersebut. Selalunya aku ni ambil resipi dari mak je atau pun
cari di internet dan buku-buku resipi. Dah la tu, ikut bulat-bulat dalam
buku tersebut. Tak pandai tukar-tukar. Jauh sungguh dari makku.
Mak ada cerita, masa aku tadika dahulu, aku memang suka apam ni.
Tiap-tiap hari minta mak buat bekal apam. Sampai satu hari tu, aku kena
gastrik, sampai muntah-muntah. Cikgu tadika tegur mak. Dia kata
pagi-pagi, perut tengah kosong jangan bagi makan apam. Makan benda lain
dahulu. Tu yang boleh buat sakit perut. Sejak kejadian tu, mak tak
pernah buat apam kat aku. Kalau tiba-tiba abah teringin nak makan,
barulah mak buat. Itu pun mak buat sorok-sorok. Tak bagi aku nampak.
Takut sakit perut pulak. Patutlah Nina suka betul makan apam. Keturunan
rupanya...
Ok lah, di sini diturunkan ilmu bahan-bahan dan cara-cara membuat apam tepung gandum...
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
1 peket mauripan
gula
air
secubit garam
Cara membuat:
- Mula-mula kacau mauripan bersama air dan gula. Gula ikut rasa. Jangan terlalu banyak gula. Bila terlalu banyak, apam susah nak naik. Letak dalam 1 cawan dahulu. Kacau bancuhan tersebut sampai butiran mauripan hilang dan mengeluarkan buih.
- Bila bancuhan sudah sebati, masukkan secubit garam sebagai syarat sahaja.
- Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Pastikan adunan sebati. Tambah air jika perlu.
- Kacau adunan sehingga menjadi doh. Jadikan doh seperti membuat cekodok ataupun jemput-jemput. Bila ditarik sudu, dohnya tidak terputus.
- Bila sudah siap, tunggu sebentar sehingga doh mengembang.
- Sementara menunggu adunan mengembang, panaskan air dalam periuk kukus. Bila air tersebut mendidih, baru boleh dikukus adunan tersebut.
- Bila sudah naik dan mengeluarkan gelembung-gelembung udara, adunan tersebut dikacau untuk mengurangkan gelembung-gelembung tersebut.
- Masukkan adunan dalam bekas yang sesuai. Jangan masukkan terlalu penuh.
- Kemudian letakkan di dalam periuk kukus. Tunggu dalam satu jam. Jangan buka penutup periuk kukus sehingga siap kukusan selama satu jam. Bimbang apam tidak menjadi dan tidak cantik.
- Bila sudah sejuk, bolehlah dimakan..Nyum2...
Apam dah nak habis, baru terfikir nak tangkap gambar. Suka betul Nina
makan apam. Tengah-tengah malam pun minta Tok Wan buat lagi. Ish2...
Monday, November 19, 2012
Bahaya Berat Turun Drastik
Penurunan berat badan secara drastik terlalu bahaya untuk kesihatan. Apa
gunanya kurus langsing tetapi ditimpa pelbagai penyakit. Cara begini
boleh mendatangkan kesan sampingan seperti muka pucat, pening kepala,
keletihan kulit berkedut dan menggeleber. Lebih baik jika lakukannya
secara berperingkat dan pastikan pengambilan air mencukupi.
Berdietlah dengan cara sederhana agar anda bukan sahaja dapat melangsing dan menurunkan berat badan tetapi dalam masa yang sama juga dapat memastikan tubuh badan berada dalam keadaan sihat dan cergas. Terdapat beberapa peraturan yang perlu anda amalkan ketika anda berdiet.
Sarapan
Walaupun berdiet, tidak semestinya anda perlu mengabaikan sarapan. Ini kerana, sarapan adalah hidangan penting untuk memulakan hari. Oleh itu, sebaiknya anda tidak melewatkan sarapan. Ini akan menyebabkan anda makan lebih banyak ketika waktu makan utama iaitu ketika makan tengah hari dan makan malam.
Tahukah anda, dengan melewatkan makan ia akan membuatkan anda lapar pada tengah malam. Sekiranya ia berlaku, minumlah air teh herba yang dicampurkan madu. Cara ini dapat mengenyangkan perut tanpa pengambilan kalori tambahan yang tidak penting. Selain itu, anda boleh ambil segelas susu bagi mengalas perut sebelum tidur.
Makan Perlahan-lahan
Kajian menunjukkan tabiat makan terlalu cepat hanya akan meningkatkan masalah kegemukan. Ia bukan sahaja mengganggu pencernaan dan sakit perut tetapi juga boleh mengganggu diet.
Ketika makan dengan cepat, tubuh tidak sempat memberi isyarat kepada otak bahawa makanan yang dimakan sudah mencukupi. Makan sedikit demi sedikit dan kunyah dengan perlahan sebelum telan.
Jangan Membayangkan Makanan
Jangan jadikan kebiasaan membayangkan makanan ketika berdiet. Ia hanya akan mendorong anda mengambil makanan berlemak dan berkalori dengan kuantiti yang banyak. Untuk mengawal keinginan makan, ambil makanan berserat yang banyak kerana ia melancarkan sistem pencernaan dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama.
Jauhi Makan di Tengah Malam
Tahukah anda kadar metabolisme kita rendah pada waktu malam. Ia membuatkan lemak lebih mudah berkumpul. Tetapi kebanyakan gerai dan restoran di Malaysia dibuka 24 jam sekali gus mendorong anda untuk makan dan minum sehingga lewat malam. Tidak salah untuk melepak bersama teman di kedai-kedai makan tetapi berhati-hati dengan apa yang anda makan pada waktu tersebut.
Elak Makanan Segera
2 juta rakyat Malaysia didapati menghidap diabetes yang kebanyakannya berpunca dari makanan. Kajian menunjukkan hampir keseluruhan murid-murid sekolah menjadi sasaran kepada makanan segera sekali gus mendedahkan mereka kepada penyakit kritikal di usia muda. Ibu bapa sepatutnya memantau pemakanan anak kerana ia akan mempengaruhi corak pemakanan mereka apabila dewasa kelak.
Kurangkan garam dan gula
Pakar jantung mengatkan, pengurangan pengambilan garam dalam makanan merupakan langkah penting untuk mengurangkan kematian akibat masalah jantung. Ini kerana, garam berlebihan menyebabkan kenaikan tekanan darah yangberkait rapat dengan serangan jantung (strok). Selain garam, kurangkan juga gula dalam hidangan anda - Sumber Mingguan Wanita
Berdietlah dengan cara sederhana agar anda bukan sahaja dapat melangsing dan menurunkan berat badan tetapi dalam masa yang sama juga dapat memastikan tubuh badan berada dalam keadaan sihat dan cergas. Terdapat beberapa peraturan yang perlu anda amalkan ketika anda berdiet.
Sarapan
Walaupun berdiet, tidak semestinya anda perlu mengabaikan sarapan. Ini kerana, sarapan adalah hidangan penting untuk memulakan hari. Oleh itu, sebaiknya anda tidak melewatkan sarapan. Ini akan menyebabkan anda makan lebih banyak ketika waktu makan utama iaitu ketika makan tengah hari dan makan malam.
Tahukah anda, dengan melewatkan makan ia akan membuatkan anda lapar pada tengah malam. Sekiranya ia berlaku, minumlah air teh herba yang dicampurkan madu. Cara ini dapat mengenyangkan perut tanpa pengambilan kalori tambahan yang tidak penting. Selain itu, anda boleh ambil segelas susu bagi mengalas perut sebelum tidur.
Kajian menunjukkan tabiat makan terlalu cepat hanya akan meningkatkan masalah kegemukan. Ia bukan sahaja mengganggu pencernaan dan sakit perut tetapi juga boleh mengganggu diet.
Ketika makan dengan cepat, tubuh tidak sempat memberi isyarat kepada otak bahawa makanan yang dimakan sudah mencukupi. Makan sedikit demi sedikit dan kunyah dengan perlahan sebelum telan.
Jangan Membayangkan Makanan
Jangan jadikan kebiasaan membayangkan makanan ketika berdiet. Ia hanya akan mendorong anda mengambil makanan berlemak dan berkalori dengan kuantiti yang banyak. Untuk mengawal keinginan makan, ambil makanan berserat yang banyak kerana ia melancarkan sistem pencernaan dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama.
Jauhi Makan di Tengah Malam
Tahukah anda kadar metabolisme kita rendah pada waktu malam. Ia membuatkan lemak lebih mudah berkumpul. Tetapi kebanyakan gerai dan restoran di Malaysia dibuka 24 jam sekali gus mendorong anda untuk makan dan minum sehingga lewat malam. Tidak salah untuk melepak bersama teman di kedai-kedai makan tetapi berhati-hati dengan apa yang anda makan pada waktu tersebut.
Elak Makanan Segera
2 juta rakyat Malaysia didapati menghidap diabetes yang kebanyakannya berpunca dari makanan. Kajian menunjukkan hampir keseluruhan murid-murid sekolah menjadi sasaran kepada makanan segera sekali gus mendedahkan mereka kepada penyakit kritikal di usia muda. Ibu bapa sepatutnya memantau pemakanan anak kerana ia akan mempengaruhi corak pemakanan mereka apabila dewasa kelak.
Kurangkan garam dan gula
Pakar jantung mengatkan, pengurangan pengambilan garam dalam makanan merupakan langkah penting untuk mengurangkan kematian akibat masalah jantung. Ini kerana, garam berlebihan menyebabkan kenaikan tekanan darah yangberkait rapat dengan serangan jantung (strok). Selain garam, kurangkan juga gula dalam hidangan anda - Sumber Mingguan Wanita
Sunday, November 18, 2012
Mi Salad Berkacang
Resipi ini diperoleh dari Mingguan Wanita. Tiba-tiba rasa nak tulis
resipi ni kat blog. Bila ada peluang, boleh buat. Suka tengok hidangan
ni. Hidangannya berkhasiat dan sesuai untuk orang yang tengah berdiet
macam aku ni. Dari makan mi segera, baik makan hidangan macam ni. Nak
menyediakannya pun cepat. Cubalah!
Bahan-bahan:
1) 1 sudu besar jus limau nipis
2) 3 sudu besar jus oren
3) 5 sudu besar gula tebu kasar
4) 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
5) 3 biji cili padi (dicincang halus)
6) 2 camca teh kacang (ditumbuk halus)
7) 200 g mi gandum organik
8) 100 g lobak merah
9)100 g kubis
Cara membuatnya:
- Masukkan jus limau nipis ke dalam pinggan.
- Kemudian masukkan pula jus oren
- Masukkan gula tebu kasar.
- Masukkan bawang putih dan cili padi.
- Kemudian masukkan kekacang
- Kacau semuanya sehingga sebati
- Letakkan mi di atas pinggan kemudian susunkan lobak merah, kubis dan salad di sekeliling mi.
- Tuangkan dressing di atasnya..
Saturday, November 17, 2012
Patin Pahang Masak Tempoyak (Resipi Mak)
Alhamdulillah..hari
ni saya masak ikan patin masak tempoyak, makanan kegemaran dari kecil
lagi. Sekarang sedang menunggu ikan masak. Jadi sementara menunggu tu,
bolehlah saya taip resipi di sini. Lain kali, bila nak buat lagi, boleh
rujuk resipi di sini sahaja.
Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan patin
- tempoyak ( bahan wajib)
- daun kesum
- bunga kantan (diambil batangnya sekali)
- kunyit
- cili padi dan garam (ditumbuk bersama)
- Air
Cara membuatnya:
- Sebelum dimasak, kesemua bahan diperap dalam 10 minit. Ini bertujuan untuk menjadikan ikan dan bahan-bahan tersebut menjadi 'mesra'.
- Lagi banyak tempoyak, lagi bagus. Tempoyak dilumurkan keseluruhan ikan termasuk dalam ikan tersebut.
- Selepas 10 minit, ikan tersebut bolehlah dimasak dengan menambah air ke dalam periuk. Air dimasukkan separas dengan ikan
- Bila dah mendidih, bolehlah dirasa. Jika tempoyak kurang masam, tambah sedikit asam keping untuk menambak rasa masam.
Nyum, nyum...sedapnya bila dah siap. Rasa nak tambah banyak kali. Tak boleh nak berdiet kalau masak sedap-sedap macam ni..hehe
Sebelum digaul |
4 Perkara untuk Sihat
4 perkara Menguatkan Badan:
- makan daging
- memakai haruman
- kerap mandi
- berpakaian kemas
4 perkara Menajamkan Mata:
- Memandang benda yang hijau
- Duduk menghadap kiblat
- Bercelak sebelum tidur
- Berpakaian bersih
4 perkara Menajamkan Fikiran:
- Tidak banyak berbual kosong
- Rajin membersihkan gigi
- Bercakap dengan orang soleh
- Bercakap dengan para ulama
4 Perkara Melemahkan Badan:
- Banyak minum air ketika makan
- Sentiasa cemas
- Banyak makan makanan masam
- banyak bersetubuh
4 Perkara Merosakkan Mata:
- Memandang najis
- Melihat orang dibunuh
- Melihat kemaluan
- Membelakangi kiblat
Boleh buat Maksiat, dengan Syarat..
Dalam kitab al-Tazkirah fi Ahwal al-Mawta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi, diceritakan berkenaan seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu dengan seorang sufi yang hebat, iaitu Ibrahim Adham.
Beliau bertanya, apakah ada ruang kepada beliau untuk melakukan maksiat. Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham: "Kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat:
1) Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah derhaka kepada Allah.
2)
Jangan kamu tinggal di bumi Allah kerana tidak layak orang yang tinggal
di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepada-Nya.
3) Buatlah maksiat di tempat yang Allah tidak nampak akan kamu.
4)
Sekiranya malaikat maut datang hemdak mencabut nyawamu, maka katakan
kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya
engkau sempat bertaubat. Sekiranya engkau dapat melakukan perkara
tersebut, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.
5)
Sekiranya Malaikat Zalbaniah penjaga neraka datang hendak mengheretmu
ke dalam neraka, maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan
mengikutnya. Sekiranya engkau dapat berbuat demikian, maka dipersilakan
untuk melakukan maksiat."
Setelah
mendengar kata-kata tersebut, lelaki itu menangis teresak-esak kerana
dia sedar bahawa tidak layak bagi seorang hamba melakukan maksiat
kepada-Nya.
Akhirnya,
lelaki itu menemui jalan hidayah. Dia bertaubat kepada Allah s.w.t.
dengan bersungguh-sungguh. Sejak itu, dia bersegera menuntut ilmu dan
beramal dengannya serta menjadi hamba Allah yang soleh.-sumber dipetik
dari Majalah Solusi
Friday, November 16, 2012
Kolam Tahfiz, Berhala Gantang, Temerloh
Pagi
ini dalam pukul 10, aku beriadah bersama keluarga. Sebelum tunggu
diaorang ni bersiap, sempatlah buat roti sardin, bekalan masa beriadah
nanti. Dalam pukul 10, kami pergi ke destinasi, iaitu Kolam Tahfiz di
Berhala Gantang, Temerloh, Pahang. Perjalanan dari rumah di Mentakab ke
Berhala Gantang mengambil masa 10 minit sahaja. Sampai sahaja, sudah
banyak kereta di kolam tersebut. Dari jauh aku tengok, boleh tahan juga
kolamnya, walaupun tidak se gah Gambang Waterpark ataupun Sunway Lagoon.
Lagipun aku suka dengan niat murni tujuan dibuat kolam ini.
Kolam ini dibina hasil usaha dari Maahad Tahfiz di sini, bertujuan untuk menampung perbelanjaan pendidikan maahad tersebut. Elok juga diaorang buat usaha kutipan duit seperti ini dari meminta derma ke masjid, surau, pasar malam atau pun kedai makan. Dalam Islam pun ada menetapkan, lebih baik berniaga atau bekerja dari meminta-minta. Puas juga anak dan adik-adikku mandi. Hampir pukul 1 petang baru balik.
Bayaran yang ditetapkan cuma RM3 seorang, itu pun untuk yang mandi sahaja. Yang tak mandi masuk percuma. Sementara tunggu budak-budak ni mandi, sempatlah mak, abah, dan adik yang lain mencuba permainan memanah. RM1 sahaja untuk 3 kali memanah. Sakit jugalah tulang belakang nak tarik tali memanah tu.
Yang bestnya juga, diaorang pun ada buat kolam renang untuk muslimat sahaja. Siap ada dinding lagi. Tapi masih dalam pembinaan. Nanti cuti akan datang, bolehlah umie pulak mandi kolam ye Nina.hehe
Kolam kanak-kanak |
Aktiviti menggelungsur |
Tempat istirehat |
Aktiviti Memanah |
Kolam tahfiz ini juga pernah disiarkan oleh wartawan Sinar Harian. Anda boleh lihat maklumat lanjut tentang kolam tahfiz ini di Keperitan sekolah tahfiz kumpul dana.
Thursday, November 15, 2012
Tahukah anda?
1) Hidup demi dunia semata-mata
- Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: " Dah tentu mereka akan mengatakan ( pula): 'Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia ini sahaja, dan sekali-sekali tidak akan dibangkitkan." (Surah al-An'am 6: 29). Golongan ini ialah golongan yang kufur dengan nikmat Allah dan mengingkari hari kebangkitan.
2) Golongan yang percaya kewujudan akhirat namun...
- Namun mereka tidak berusaha ke arah mencapai kebahagiaan di sana. Mereka selamba bersuka-ria dan berhibur di dunia tanpa berusaha gigih untuk mencapai kebahagiaan di akhirat.
3) Golongan yang menganggap dunia ini ladang akhirat
Kata-kata hikmah dari Diana Amir
Terkesima
juga bila mendengar kata-kata nasihat dari Diana Amir yang baru dilihat
dari TV al-Hijrah pagi tadi. Walaupun dia bukanlah seorang penceramah
ternama ataupun ustazah terkenal, tetapi bagi ku, kata-katanya lahir
dari hati yang ikhlas. Tutur katanya memang keluar dari hati dan tidak
berdasarkan dari mana-mana pihak. Dia juga seorang yang merendah diri
dan selalu mengaitkan dengan dirinya yang dahulu. Memang, setiap
perbuatan baik mesti banyak dugaan dan cabaran dari persekitaran. Kita
sendirilah yang perlu istiqamah dan bermuhasabah diri. Bila refleks
balik pada diri sendiri, banyak perkara lalai yang selalu dilakukan.
Perbuatan baik selalu ditinggalkan. Hanya dilakukan bila ada dugaan yang
menimpa diri. Sesungguhnya, kita kena selalu bersyukur dan selalulah
ingat kepada-Nya pada bila-bila masa, sama ada masa susah dan senang.
Allah itu sentiasa ada dekat dengan kita jika kita selalu
mengingati-Nya. Hati akan menjadi tenang bila selalu mengingati-Nya.Mudah-mudahan
bicara ini bukanlah dari niat menunjuk diri baik. Jauh sekali untuk
mengajar sesiapa. Hanya untuk ingt-mengingati. Untuk diri sendiri juga
yang selalu lupa.Bila ku buka blog diri sendiri, menjadi peringatan pada
diri sendiri...
Agar-agar laici
Bahan-bahannya:
- 1 paket agar-agar
- 1500ml air
- 1 1/2 cawan gula
- 1 tin susu cair
- 1 tin laici
- secubit garam
- Cara-caranya;
- Basuh agar-agar sebelum dimasukkan kedalam periuk. Masukkan agar-agar dan air
- Masak sehingga agar-agar larut.
- Apabila sudah larut baru masukkan gula. Apabila semua telah sebati, angkat dan tapis
- Masukkan kembali kedalam periuk dan masak semula.
- Blender laici bersama-sama dengan airnya sekali sehingga hancur dan sehingga tiada ketulan laici.
- Masukkan susu cair, garam dan laici yang telah diblender tadi. Kacau rata
- Tuangkan kedalam tray atau acuan yang anda gemari
- Biar sehingga ia keras baru dipotong.
Wednesday, November 14, 2012
Tip Pemakanan Seimbang Kuantiti dan Kualiti
1) Mengurangkan makanan ringan
- Makanan ringan kebanyakannya mengandungi perasa tiruan berlebihan dan kandungan garam yang tinggi. Ia memberi kesan jangka panjang yang tidak baik kepada kesihatan. Ramai ibu yang bekerja lebih gemar menyajikan makanan segera seperti mi segera untuk anak-anak atas alasan faktor masa. Padahal, masih ada makanan sihat yang boleh disediakan dalam masa singkat seperti roti bakar dan buah-buahan.
2) Menjauhi makanan berlemak
- Makanan yang banyak lemak juga perlu dijauhi. Kesihatan anak-anak pada zaman 60-an berbeza dengan anak-anak masa kini. Sukar untuk melihat anak-anak dahulu yang gemuk atau menghidap penyakit kencing manis, berbeza dengan zaman sekarang.
3)Amalkan cara Rasulullah s.a.w
- Amalkan apa yang Rasullullah s.a.w terapkan berkaitan konsep makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang
- Baginda suka makanan yang sihat seperti susu kambing, kismis, dan madu. Amalkan kepada anak-anak ketika mereka masih kecil
- Anak-anak perlu dididik dengan satu jenis lauk sahaja. Ini bertujuan untuk mengelakkan dari pembaziran dan menghargai apa yang ada.
Di Sebalik Sabar
Lima yang perlu direnungi:
S: Sayang akan ALLAH
A: Amalkan sifat mahmudah
B: Beramal walaupun ia sedikit tetapi berterusan
A: Al-Quran dan sunnah sentiasa di hati
R: Redha atas semua ketentuan ALLAH
Lima yang perlu dijauhi:
S: Syaitan
A: Angkuh dan sombong
B: Bersifat negatif
A: Angan-angan yang melalaikan
R: Riyak
Korean Spicy Chicken Stew with Vegetables
Korean Spicy Chicken Stew with Vegetables
Bahan Utama :
6 ketul ayam, jangan buang kulit ( gaulkan dengan 1 sudu garam dan 1 sudu serbuk lada hitam )
2 biji kentang ( potong dadu )
1 batang carrot ( potong bulat )
1 biji bawang besar kuning ( belah 4 )
1 batang daun bawang ( potong kasar )
1 sk bijan
1.5 cawan air
Bahan Sos ( gaul rata dalam 1 mangkuk ) :
2 sb paste cili
2 sb bawang putih (cincang)
2 sb sos soya
1 sb serbuk cili
1 sb gula
1 sk madu / sirap jagung
1 sk halia (cincang)
1 sk minyak bijan
1 sk bijan
secubit serbuk lada hitam
1.
Masuk ayam, kentang, carrot, bahan sos dan air dalam periuk.gaul rata
dan tutup periuk, reneh pada api sederhana hingga 25 minit.
2. Buka penutup periuk, masukkan bawang besar. tutup semula dan biar lagi 10minit hingga kuah pekat.
3. Tabur daun bawang, kacau rata dan angkat. tabur bijan sekali
Ayam Goreng Mini Korea / Yangnyeom Tong Dak
Ayam Goreng Mini Korea / Yangnyeom Tong Dak
Bahan - bahan 1 :
1 keping dada ayam ( potong kecil )*
3 cubit garam*
2 cubit serbuk lada hitam*
1 sb kanji jagung ( corn strach )
1/2 biji bawang besar kuning ( hiris kasar )
minyak secukupnya untuk goreng ayam
( perapkan bahan bertanda * sahaja selama 15min )
Bahan - bahan 2 :
1 biji putih telur
4 sb kanji jagung
1/2 sb air
( gaul rata semua bahan dalam 1 mangkuk )
Bahan - bahan 3 ( Sos ) :
2 sb sos tomato
2 sb madu @ corn syrup
1 sb gula
1 sb bawang putih cincang
1 sk gochujang cili paste @ cili giling / paste cili
1 sk mayonis
1 sk bijan
1/2 sk minyak zaitun
1/2 sk minyak bijan
secubit serbuk lada hitam
( gaul rata semua bahan dalam 1 mangkuk )
Cara - cara :
1. taburkan 1sb kanji jagung atas perapan ayam tadi. gaul rata.
2. masukkan perapan ayam ke dalam bancuhan bahan-bahan nombor 2 tadi.
3. panaskan minyak, goreng ayam hingga kekuningan. angkat dan toskan minyak.
4. didihkan bahan sos bersama bawang besar, then masukkan ayam goreng tadi. gaul rata sekejap dan angkat.
Sunday, November 4, 2012
Daging Grill
Baru dapat resipi ni dari Mazlina..nak simpan kat sini la..takut lupa lak
Bahan-bahan:
1) Daging
2) Bawang putih (dikisar)
3) Bawang merah (dikisar)
4) Sos lada hitam
5) Sos tiram
6) garam
Cara buat:
1) Perap semalaman. lagi lama perap lagi sedap.
2) Boleh dibakar..
Bahan-bahan:
1) Daging
2) Bawang putih (dikisar)
3) Bawang merah (dikisar)
4) Sos lada hitam
5) Sos tiram
6) garam
Cara buat:
1) Perap semalaman. lagi lama perap lagi sedap.
2) Boleh dibakar..
Resipi Donut Mok
Donut
Bahan-bahan:
1) i kilo tepung gandum
2) 1 peket mauripan
3) 1 cawan planta
4) sedikit susu pekat
Cara buat:
1) Campur planta dengan tepung. Asingkan
2) bancuh mauripan dengan sedikit air sampai keluar buih
3) Campurkan kedua-dua sebatian sampai jadi doh dan boleh diuli menjadi donut
4) Gorengla..hoho
http://nurpermataku.blogspot.com
Comments
Post a Comment