Kepimpinan Islam DiPilih Kezaliman Jahiliah DiSisih
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ
لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ
بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ
! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ
مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan
sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan
Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar
kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan
melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 58 Surah an-Nisa’:
إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا
وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ
اللَّـهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ سَمِيعًا
بَصِيرًا
Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala
jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu
menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum
dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi
pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa
Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
Kepimpinan dan pembinaan tamadun merupakan suatu yang berkait rapat
antara satu sama lain. Bila kita membaca sejarah sesuatu kerajaan maka
topik utama perbincangan banyak berkisar tentang pemimpin, corak
pemerintahan dan kejayaan atau kegagalannya dalam membina tamadun.
Oleh
itu Islam begitu mengambil berat tentang masalah kepimpinan dan cara
pembinaan tamadun agar selari dengan kehendak syarak. Islam bukan hanya
mahu tamadun kebendaan sahaja ditegakkan sedangkan tamadun rohani
dipinggirkan. Umat Islam sentiasa diperingatkan tentang ikatan antara
kebahagiaan dunia akhirat, dosa pahala, Syurga Neraka agar kita sentiasa
memastikan setiap tindakan kita termasuk dalam memilih pemimpin dan
pembinaan tamadun mesti mengikut kehendak wahyu bukan tunduk kepada hawa
nafsu. Dunia diberi oleh Allah kepada sesiapa yang mencintai Allah dan
memusuhiNya sedangkan agama hanya dianugerahkan kepada hamba Allah yang
mencintai Allah. Oleh itu kita sedar bahawa tujuan kita memilih pemimpin
bukan untuk mendapat habuan dunia semata-mata sebaliknya kita memilih
pemimpin dari kalangan orang yang mampu membangunkan Tamadun dunia dan
rohani berdasarkan agama. Tidak ada pemimpin yang mampu membina Tamadun
Kebendaan dan Rohani secara serentak berdasarkan agama melainkan orang
yang kenal Allah dan mencintai Allah. Antara contohnya ialah pemimpin
yang mengatakan judi adalah haram maka kedai judi tidak diberikan lesen
untuk beroperasi agar rakyat terjaga daripada keruntuhan akhlak. Kita
tidak tertipu dengan pemimpin yang hanya berbangga kerana membuka
perbankan Islam sedangkan dia sendiri begitu seronok dengan sistem riba.
Kita wajib memilih pemimpin yang sentiasa berusaha dalam memberi
kefahaman kepada rakyat tentang pentingnya solat 5 waktu sehingga banyak
program tarbiah dilaksanakan agar rakyat betul-betul menjaga solat.
Kita wajib menolak pemimpin yang hanya tahu mengeluh apabila lahirnya
ramai anak zina, keruntuhan akhlak akibat hiburan melampau sedangkan
pintu zina diberi lesen samada kelab malam, rancangan tv, program
hiburan melampu sehingga tak cukup artis tempat maka berjuta wang
dibazirkan untuk menjemput artis luar negara. Bijak mengundi bawa
bahagia, Silap mengundi bawa derita dunia akhirat
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 19 surah at-Taubah :
أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ
كَمَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ
اللَّـهِ ۚ لَا يَسْتَوُونَ عِندَ اللَّـهِ ۗ وَاللَّـهُ لَا يَهْدِي
الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya : Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada
orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan
Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan
hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat
demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah
petunjuk kepada kaum yang zalim.
Islam begitu mengambil berat tentang Syiar dan pelaksaan syariat di
mana pada zaman nabi s.a.w ada sahabat yang berbangga kerana keluarganya
diamanah untuk memegang anak kunci Ka’abah, ada sahabat yang lain
berbangga kerana keluarga mereka berperanan besar dalam memberi minum
jemaah haji lalu Sayyidina Ali bangkit menerangkan bahawa beliau antara
orang yang paling awal beriman kepada Allah dan rasulNya dan banyak
berjuang pada jalan Allah. Oleh itu kita bukan sahaja digalakkan untuk
membina masjid tetapi apa yang paling penting dalam memperkasakan
pengajian agama sehingga rakyat jelata berilmu dan semakin jinak dengan
masjid.
Jangan pula seronok memberitahu dunia bahawa mereka adalah
golongan yang membina masjid sedangkan tangan yang sama memberi lesen
untuk judi, kelab malam, kilang dan kedai arak yang berleluasa, hiburan
melampau serta tempat dan aktiviti maksiat yang lain. Kita tidak mahu
hanya menjadi jaguh di kaca tv dan dada akhbar dalam mempertahankan
kalimah Allah sedangkan membiarkan pemimpin yang sedia ada memberi
kelulusan untuk membawa masuk Bible dari Indonesia yang bertulis kalimah
Allah untuk diedarkan. Kita tidak mahu manusia yang menghina hukum
Allah terus membiak sehingga banyak bala Allah merebak termasuk jenayah
dan video fitnah liwat dan zina dibiarkan tersebar tanpa tindakan
sewajarnya.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Imam Muslim meriwayat dari Abu Hurairah ra, bahwasanya Rasulullah saw
bersabda:
مَنْ خَرَجَ مِنْ الطَّاعَةِ وَفَارَقَ الْجَمَاعَةَ فَمَاتَ مَاتَ مِيتَةً
جَاهِلِيَّةً وَمَنْ قَاتَلَ تَحْتَ رَايَةٍ عِمِّيَّةٍ يَغْضَبُ
لِعَصَبَةٍ أَوْ يَدْعُو إِلَى عَصَبَةٍ أَوْ يَنْصُرُ عَصَبَةً فَقُتِلَ
فَقِتْلَةٌ جَاهِلِيَّةٌ وَمَنْ خَرَجَ عَلَى أُمَّتِي يَضْرِبُ بَرَّهَا
وَفَاجِرَهَا وَلَا يَتَحَاشَى مِنْ مُؤْمِنِهَا وَلَا يَفِي لِذِي عَهْدٍ
عَهْدَهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ
Maksudnya : “Barangsiapa keluar dari ketaatan dan memecah belah Jama’ah,
lalu dia mati, maka matinya (seperti) mati jahiliyyah.
Dan barangsiapa
berperang di bawah panji Assobiyah, marah kerana Assobiyah, atau menyeru
kepada Assobiyah, atau menolong kerabat (dalam kezaliman), kemudian dia
terbunuh, maka matinya adalah mati jahiliyyah. Dan siapa saja memerangi
umatku, membunuh orang yang baik maupun orang yang buruk dari umatku,
dan tidak memperhatikan orang-orang mukminnya, tidak pula memperhatikan
orang yang membuat perjanjian, maka ia bukan termasuk golonganku, dan
aku bukan termasuk golongannya
Rakyat ditakutkan melalui tv, radio, akhbar dan media massa yang lain
bahawa bangsa Melayu akan hilang kehebatan dan kuasa jika pemimpin
sekarang diubah. Sebagai rakyat yang bijak dan cerdik sepastinya kita
tidak mudah tertipu dengan laungan yang tersasar daripada hakikat yang
sebenar ini. Laungan kebangsaan sempit ini begitu merbahaya jika kita
termakan racunnya yang berbisa sehingga Rasulullah s.a.w memberi amaran
keras tentang bahaya Assobiyah. Ibnu Khaldun di dalam Al-Muqaddimah
menyatakan bahawa semangat dan kekuatan bangsa boleh membantu menaikkan
sesuatu bangsa kepada kemajuan dengan syarat ia mesti berteraskan Islam.
Tetapi dalam masa yang sama apabila semangat kebangsaan atau kekitaan
ini mula dilonggarkan daripada Islam maka ia akan menghancurkan bangsa
tersebut. Ia terjadi apabila pemimpin mula merasakan kekuatannya adalah
hasil sokongan yang tidak berbelah bahagi atas nama mereka sebangsa
walau apa pun yang dilakukan.
Akhirnya pemimpin tersebut mula terpesong
dan mementingkan diri sendiri sehingga segala kemewahan negara pada
mulanya dinikmati oleh seluruh bangsanya mula diperkecilkan kepada
mereka yang menyokongnya sahaja sehingga mengabai dan menzalimi mereka
yang sebangsa tetapi tidak memberi sokongan kepadanya di atas sebab
tertentu. Disebabkan perasaan tamak terus menguasai diri menyebabkan
pemimpin itu mula memperkecilkan lagi pembahagian hak dan kemewahan
kepada keluarga terdekat dan mereka yang menjadi pendokong kuat
kepadanya walau pun bukan dari bangsanya.
Tindakannya ini akhirnya
menimbulkan perasaan dendam di kalangan bangsanya sendiri terutama
penyokongnya yang selama ini begitu setia kepadanya akibat daripada
kezaliman yang dilakukan.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Kita mesti yakin bahawa mulianya sesuatu bangsa kerana berpegang kepada
Islam dan hina serta mundurnya suatu bangsa kerana membuang Islam
daripada kehidupan mereka. Ingatlah kita kepada kata-kata Sayyidina Umar
yang masyhur ketika beliau berjaya membebaskan Baitul Maqdis yang
berbunyi :
نَحْنُ قَوْمٌ أَعَزَّنَا اللهُ بِاللإسْلامِ فَمَهْمَا نبَتْغَيِ
العِزَّةَ بِغَيْرِمَا أَعَزَّنَا اللهُ أَذَلَّنَا اللهُ
Maksudnya : Kita adalah suatu kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan
Islam. Selama mana kita mencari kemuliaan dengan sesuatu yang bukan
apa yang telah dimuliakan kita dengannya iaitu Islam maka kita akan
dihina oleh Allah
Bangsa Melayu akan kembali perkasa dan kuat apabila kita berani membuat
perubahan termasuk dalam memilih pemimpin. Kita jangan lupa kepada
jenayah golongan yang mengaku memperjuangkan hak Melayu sedangkan banyak
tanah rezab Melayu digadai kepada orang asing termasuk saki baki tanah
milik Keretapi Tanah Melayu KTM di Singapura. Pengkhianat kepada tulisan
jawi yang menyebabkan ramai yang buta al-Quran dan agama. Pengkhianat
kepada pusat pengajian agama termasuk serangan besar-besaran terhadap
sekolah agama rakyat SAR yang mengorbankan puluhan ribu pelajar.
Menyusahkan pelajar untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Azhar
sehingga banyak kolej Islam ditutup dan ribuan pensyarah dan pelajar
menjadi mangsa.
Mengkhianat bahasa Malaysia dengan pelaksanaan
pembelajaran matapelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris
yang mengorbankan ratusan ribu anak Melayu. Ibarat kata Ibnu Khaldun
bangsa yang paling bangsat ialah bangsa yang bergantung kepada bahasa
penjajahnya sendiri untuk maju. Kita rakyat Kelantan yang majoritinya
orang melayu dinafikan hak Royalti minya lebih 12 bilion disamping
pembangunan yang lain oleh golongan yang mendakwa mereka pejuang bangsa
Melayu. Jangan kerana atas alasan Melayu menyebabkan kita terus
membiarkan pembaziran wang rakyat seperti kos bil elektrik dan air
kediaman Perdana Menteri mencecah RM10 juta setahun manakala kos
selenggara RM49 juta setahun. Jangan kerana terhutang budi dengan duit
RM100, RM500 dan sebagainya menyebabkan kita terus membiarkan masalah
rasuah, pecah amanah yang mendekatkan Negara kita menjadi muflis. Jangan
kerana nama Melayu menyebabkan kita rela syarikat kapal terbang MAS
terpaksa membeli minyak daripada Syarikat arak Filiphina di mana salah
seorang ahli pengarahnya orang Melayu. Islamkan Melayu nescaya kita
bahagia dunia akhirat, jangan melayukan Islam sehingga kita menderita
dunia akhirat.
Firman Allah dalam ayat 41 Surah al-Hajj:
الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا
الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ
وَلِلَّـهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ
Maksudnya : Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka
kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta
memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari
melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah
jualah kesudahan segala urusan
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي
وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ
وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ
العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ
الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ
فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ
التَّائِبِيْنَ
Comments
Post a Comment