Ustadz Jeffry Al-Buchory (UJE)

 

 

 

 

 

 

 

 

 



 

Ribuan orang menghantar pemergian Ustadz Jeffry Al-Buchory (UJE)

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali
Berita pemergian Ustadz Jeffry yang meninggal kerana kemalangan pada 1 pagi tadi (waktu jakarta) memang mengejutkan ramai pihak. Beliau pergi di usia 40 tahun dan meninggalkan 4 orang putera puteri yang masih kecil.
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ

Tidaklah seorang muslim meninggal pada hari Jum`at atau malam Jum'at, melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah (siksa) kubur". [HR Ahmad dan Tirmidzi]


Mungkin di Malaysia ramai yang tidak mengenali dan mengetahui siapakan UJE yang saya sebutkan. Namun, di Indonesia, UJE merupakan tokoh pendakwah yang sangat terkenal dalam membimbing dan memberikan ceramah kepada jutaan orang yang mendengarnya. Ceramahnya yang sempoi membuatkan ramai yang tertarik tanpa mengira usia.
Saya tinggal di Johor Bahru dan kebetulan dekat dengan Batam. Jadi ada 2, 3 channel Indonesia yang dapat kami tonton dan mengenali Almarhum Ustadz Jeffry melalui program yang disiarkan di TV Indonesia. Saat mengetahui pemergian beliau, jujur saya sedih dan terkejut. 
Ribuan orang menghantar pemergian beliau. Bukan hanya keluarga dan sahabat yang merasa kehilangan malahan seluruh rakyat Indonesia turut berdukacita. 
gambar ketika Almarhum Ustad Jeffry dibawa ke Masjid Istiqlal untuk disembahyangkan.
ribuan jemaah membanjiri perkarangan masjid.
Difahamkan Ustad Jeffry tidak sihat ketika menunggang motosikalnya ketika mahu pulang ke rumah dan akhirnya melanggar pokok di tepi jalan. 
keadaan motor yang rosak teruk
Almarhum Ustaz Jeffry dikebumikan satu liang dengan almarhum ayahnya selesai solat jumaat. 
Semoga roh Ustad Jeffry dicucuri Allah S.W.T dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Almarhum Ustaz Jeffry. semoga keluarga yang ditinggalkan diberi ketabahan dalam menempuh hari-hari yang mendatang.
 
 http://rozeath.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog