8Ps Tip kebahagian rumahtangga
Oleh JomKahwin
1. P yang pertama ialah ‘puji’
iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam
semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila
diberi pertolongan.
2. P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami
isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap
mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih
sayang.
3. P ketiga ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. P keempat ialah ‘perhatian’ yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5. P kelima mewakili ‘persefahaman’ kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
6. P keenam membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu
pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang
lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu
seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. P ketujuh adalah ‘percutian’ di mana seseorang
itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat
yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.
8. P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa
kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri
serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan
menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah
Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap
agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
“Ketika kita jauh daripada Allah,
iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan
melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga,” katanya.
http://aki2004.wordpress.com
Comments
Post a Comment