DATUK IBRAHIM ALI BUAT LAWAK SEMPENA TAHUN BARU CINA... LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA LEMAH, KAH KAH KAH !!!. 

 

Pertubuhan Pribumi Perkasam (Perkasam) melalui Presiden nya Datuk Yb Ibrehim Ali hari menyuruh  National Feedlot Corporation (NFC) mendedahkan kelemahan yang dilakukan pegawai-pegawai yang mengendalikan urusan Laporan Ketua Audit Negara 2010 sehingga merosakkan reputasi syarikat berkenaan dan menjejaskan imej kerajaan.

Menurut beliau "laporan itu hanya sesuai diguna pakai dalam kementerian dan agensi kerajaan tetapi tidak untuk syarikat swasta dan juga tidak pada NFCorp, pegawai yang membuat audit mungkin keliru dengan beberapa perkara antaranya, National Feedlot Corporation atau NFCorp adalah milik, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail manakala National Feedlot Corporation atau NFC adalah dimiliki syarikat kerajaan dan pada masa yang sama mengusahakan ladang satelit".

"Beliau telah menerangkan kepada kami yang NFCorp mempunyai Auditor General Internal Report dan membuat audit dalaman syarikatnya. NFCorp pernah diberi lima bintang oleh Jabatan Audit Negara, Untuk itu, saya mendesak supaya Ketua Audit Negara iaitu Tan Sri Ambrin Buang memberi penjelasan mengenai kekeliruan ini dan menjawabnya secara terbuka" katanya pada sidang media hari ini.

"Pembangkang menggunakan pelbagai media baru untuk mengelirukan semua orang sehingga tidak dapat membezakan mana satu syarikat milik suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan agensi kerajaan".

"NFC yang dimiliki kerajaan yang memperuntukkan RM75 juta untuk projek fidlot dan NFCorp yang dimiliki Mohamad Salleh hanya melabur RM13 juta dalam kemudahan infrastruktur, tidak timbul masalah pelaburan yang dilakukan NFCorp yang membeli kondominium mewah di Bangsar bernilai RM10 juta kerana perjanjian antara kedua-dua pihak tidak menyatakan syarat untuk membenar atau tidak berbuat demikian".

"Sebagai syarikat swasitu hak NFCorp kerana menggunakan wang poket sendiri dan tidak melibatkan wang kerajaan, Begitu juga dengan pusat penyembelihan dan ladang satelit telah dilakukan oleh pihak kerajaan (NFC) sebagaimana dalam perjanjian ditandatangani dan NFCorp (milik Mohamad Salleh) tidak mempunyai kuasa berbuat demikian".

Menyentuh  mengenai dakwaan berlaku penyalahgunaan kad kredit syarikat untuk tujuan pengembaraan dan hiburan... "Datuk Ibrahim Ali berkata " wang itu adalah milik NFCorp dan keluarga.... mereka berhak untuk berbelanja... kerana wang itu bukan diambil dari projek feedlot..... Lagipun anak-anaknya sendiri yang menguruskan syarikat di luar negeri menggunakan kemudahan ini dan tidak timbul mereka salah guna wang untuk urusan perniagaan".

Menurutnya nya lagi "Datuk Mohamad Salleh juga memberi penjelasan mengenai dakwaan memiliki kereta berjenama Ferari yang dibeli dengan wang kerajaan sebagai satu pembohongan.... mereka hanya ada sebuah kereta Mercedes Benz, itu pun didaftar atas nama syarikat, bukan individu dan kegunaan untuk tujuan perniagaan".

Ingatkan Timbalan Perdana yang akan bagi penjelasan atau pun Menteri Pertanian.... tiba-tiba aje Yb Ibrahim yang buat penjelasan ... umpama Peguam Bela kepada NFC.... Tapi hasil nya mula lah merapu tak tentu pasal... sejak dari mula Laporan Ketua Audit Negara hanya National Feedlot Copration atau singkatan nya NFC.... tiba-tiba hari ini ada lah pulak satu lagi NFCorp.... betul-betul merapu campur lawak lah perkasam ni... kah kah kah !!!.

Sebetul nya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian Industri Dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar dah tak tahu nak jawap apa.... nak tolak tak boleh... kerana yang bagi arahan adalah Datuk Seri Hj Najib.... jadi terpaksa lah biar kan Yb Ibrahim Ali yang jadi lawyer buruk bagi pihak NFC.

Ada ke Yb Ibrahim Ali kata Laporan Ketua Audit Negara silap dan ada kekeliruan....kah kah kah !!!... dia tak tahu ke... punya lah lama nak siapkan laporan tu.... sepatutnya laporan tu diberi pada masa Pembentangan Belanjauwan 2012.... tapi oleh kerana ketelitian Ketua Audit Negara.... laporan tersebut diberikan kemudian dan tidak seperti biasa iaitu pada hari Pembentangan Belanjauwan 2012.

Masa Jabatan Audit Negara beri lima bintang tak ada pulak kata silap.... sebenarnya masa dibagi lima bintang tu lah yang silap.... berniaga belum tiba-tiba nak bagi lima bintang.... kah kah kah !!!, otak Yb Ibrahim Ali ni kan sebiji macam otak pemimpin Umno zaman pra-sejarah.... yang masa tu letak calon katak atau taik lembu pun Umno/Bn boleh menang....kah kah kah !!!.

hemmmmm..... patutlah dalam seminggu ni beliau senyap aje... rupa nya dia ambil alih tugas muhyiddin yassin dan tugas noh omar untuk selesaikan kemelut nfc.... hasil nya betul-lawak lawak gila sempena tahun baru cina ni.... kah kah kah !!!... umno-perkasam betul-betul meloyakan heeeeee.....
http://inderasipejuang.blogspot.com/2012/01/datuk-ibrahim-ali-buat-lawak-sempena.html?spref=fb 

Comments

Popular posts from this blog