Jerat SPA kali ni untuk calon PTD..

Salam hormat untuk anda. Macam mana? Anda dipanggil ke peperiksaan PTD tak? Kalau anda dipanggil untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 tersebut, kali ni sedikit malang untuk anda.

Jika anda pernah menduduki peperiksaan M41 sebelum ini, bagi peperiksaan bertulis, ujian sahsiah dan Minat merupakan satu seksyen membunuh calon! Oleh sebab ramai yang gagal sebab ujian Sahsiah dan Minat maka ianya dibawa ke peringkat kedua iaitu Assessment Center, jadi tak la ramai sangat GAGAL peperiksaan bertulis.

Perghhh.. tapi sesi November ini, ujian itu dimasukkan semula!! Aduyai! Soalannya tak susah tapi mengelirukan. Lihat saja contoh soalan yang mudah tapi mengelirukan:
  • Pentingkan yang penting adalah lebih penting daripada pentingkan yang lebih penting (BETUL/SALAH]
  • Pentingkan yang lebih penting daripada apa yang penting kerana pentingkan yang lebih penting adalah lebih penting daripada pentingkan yang penting (SETUJU/TAK SETUJU)
Hishh sakit jiwa kan? Saya sebenarnya cilok je contoh soalan tu dari Team Tipsptd. Tapi serius sakit jiwa. Apa punya soalan macam tu..

Mungkin November ni banyak sangat calon kot, maka seksyen ini dimasukkan semula untuk TAPIS dan BUANG calon. Iskkk susah tul!

Kalau anda dipanggil ke exam, saya ucapkan selamat berjaya buat anda!




Shukor Subahir
P/S: Saya cilok soalan tu dari sini: Tips PTD Betul

Comments