SBPA ditangguhkan-KSN dan KPPA wajar letak jawatan!

Saturday, January 14, 2012



KSN &KPPA-betulkah tidak serasi?
SETELAH  PM Najib mengarahkan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguh serta dibuat kajian semula maka jelaslah SBPA yang dibuat sebelum ini tidak mengambil kira kepentingan pejawat awam daripada Kumpulan Sokongan 1 dan 2 dan tersasar daripada mauduk asal PM Najib dalam pembentangan Bajet 2012 di Parlimen tahun lalu.
Penanggguhan ini merupakan satu kegagalan yang cukup besar serta memalukan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Sidek Hassan dan Abu Bakar, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA)dan mereka ini harus bertanggungjawab kerana gagal menjadi agen penyampaian yang baik bagi pihak kerajaan  kea rah mengangkat Bajet 2012 kerajaan  untuk direalisasikan dan mendapat manafaat kepada penjawat awam.
Kedua-dua mereka ini perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya.Mereka harus mengakui bahawa mereka gagal.KSN gagal menguruskan pegawai-pegawai beliau dan KPPA juga gagal melaksanakan amanah yang PM Najib harapkan.
Walaupun penangguhan ini memungkinkan akan memberikan faedah seperti yang digariskan dalam Bajet 2012 itu namun ianya secara tidak langsung memberikan impak buruk kepada kerajaan dan harapan yang dipertaruhkan oleh berjuta penjawat awam untuk merasai nikmat seperti yang digaris ataupun diuar-uarkan sebelum ini tidak menjadi kenyataan.
Kegagalan Jabatan Perkhidmatan Awam ini tidak layak untuk dimaafkan kerana penggubalan skim yang mereka buat ataupun pegawai-pegawai yang mereka lantik untuk menggubal skim ini tanpa melihat kepentingan kerajaan dan penjawat awam dalam konteks yang lebih mikro dan boleh diragui niat sebagai mahu mengsabotaj usaha-usaha murni kerajaan bagi membela nasib dan masa depan penjawat-penjawat awam daripada kumpulan sokongan.
Saya pernah menulis artikel sebelum ini sebelum ini dan berterima kasih kepada PM Najib kerana mengambil kira pandangan serta suara-suara yang mempertikaikankeberkesanan perlaksanaan skim ini hingga PM Najib bersetuju untuk menangguhkan perlaksanannya.
Kita percaya bila skim ini ditangguhkan kerajaan akan dipersalahkan dan sudah ada yang mula mempersoalkan  tindak tanduk  sebahagian pegawai-pegawai tinggi kerajaaan yang sengaja mencipta persepsi buruk terhadap kepimpinan PM Najib kononnya Najib tidak serius membela kepentingan serta nasib penjawat awam yang berpendapatan rendah.
JPA mengecewakan kerajaan..
Sedangkan mauduk kerajaan cukup jelas tetapi kerana ada beberapa pegawai yang lebih mementingkan diri sendiri daripada kepentingan ramai akhirnya skim ini ditangguhkan dan kalau ianya diteruskan juga.yang mengaut untung besar daripada skim ini bukanlah dari kalangan penjawat awam tetapi lebih mengkaya kumpulan premeir dan JUSA.Kumpulan ini yang mengggunakan skim itu untuk meraih laba diri sendiri.
Bila bekas Ketua Pengarah JPA,Ismail Adam dilantik untuk mengetua semakan semula skim ini ianya secara tidak langsung memberikan tamparan kepada KPPA Abu Bakar dan KSN tidak boleh meletakkan kecuaian penggubalan ini diatas bahu KPPA semat-mata,beliau juga perlu bertanggungjawab sama.
Malah apabila mereka ini dilihat sudah tidak seiring dengan gaya kepimpinan PM Najib,langkah yang paling wajar untuk mereka laksanakan adalah mengurndur dari kerusi KSN dan KPPA serta meetak jawatan supaya pemulihan imej kerajaan di kalangan penjawat awam dapat dilaksanakan dengan mudah. 
KSN tidak boleh menyalahkan KPPA seratus peratus atas kegagalan perlaksanaan Skim ini dan kedua mereka tidak boleh menuding antara satu sama lain,yang jelas kedua mereka telah gagal dalam tugas serta tanggungjawab masing-masing kerana tugas dan tanggungjawab kedua-dua mereka adalah berkaitan.
 
 http://networkedblogs.com/sGCeT
 

Comments

Popular posts from this blog