Melancong di Vietnam
Selamat datang ke Vietnam dan anda akan dapati istilah ini tidak ada kepada semua pegawai imigeresen yang bertugas dikaunter lapangan terbang Ho chin Minh.....muka mereka masam mencuka. Penulis telah dua kali menjejak kaki ke sini dan yang terbaru pada 28 Januari 2012 hingga 30 Januari 2012. Walaupun anda memberi ucapan selamat pagi atau tengahari kepada mereka dalam bahasa Inggeris, mereka sedikitpun tidak akan membalasnya dan dengan serius membuat kerja mereka.
Bagi sesetengah kaum wanita yang berminat dan menyimpan keinginan untuk berniaga sendiri tetapi tidak pasti perniagaan yang ingin diceburi maka di Vietnam ianya boleh dicontohi dari wanita Vietnam.
Bagi sesetengah kaum wanita yang berminat dan menyimpan keinginan untuk berniaga sendiri tetapi tidak pasti perniagaan yang ingin diceburi maka di Vietnam ianya boleh dicontohi dari wanita Vietnam.
Kebuntuan itu mungkin dapat dileraikan apabila mereka berpeluang untuk mengunjungi pusat-pusat borong terbesar terutama di Vietnam.
Kunjungan ke tempat-tempat seperti ini mungkin mampu membuka mata terhadap potensi perniagaan yang boleh diceburi.
Ini diakui sendiri oleh Pengarah Anzac Consultancy, Shahabudeen Jalil Kamarul Jaman, yang giat menjalankan program memborong dari kedua-dua negara tersebut.
Dengan menyasarkan individu yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan khususnya wanita, anak muda ini berkongsi berpengalaman dan pengetahuan tentang urus niaga borong termasuk membawa mereka ke pusat-pusat borong terbesar.
Terbaru beliau telah membawa sekumpulan peniaga kecil ke pusat-pusat borong di bandar Ho Chi Minh di Vietnam.
Bandar yang dulunya dikenali sebagai Saigon ini pernah menjadi pusat utama bagi askar Amerika Syarikat sewaktu perang Vietnam dulu dan kini menjadi pusat beli-belah untuk pemborong dari Malaysia.
Menurut Shahabudeen, tarikan utama di bandar ini adalah pakaian-pakaian siap seperti baju kurung dengan manik-manik yang bergemerlapan, telekung dengan ukiran bunga-bunga yang cantik, tudung bawal dan kain-kain ela yang murah.
"Semua barangan ini boleh dibeli untuk kegunaan sendiri mahupun untuk perniagaan.
"Barangan yang dibeli secara borong ini boleh dijual dengan harga dua atau tiga kali ganda mengikut harga pasaran di Malaysia," katanya.
Menurutnya, lokasi borong utama adalah pasar Ben Tanh yang menempatkan hampir 3,000 kedai yang menjual pelbagai jenis barangan.
Bahkan tempat ini merupakan tarikan utama pelancong-pelancong dari seluruh dunia.
Di sini terdapat pelbagai jenis barangan seperti kraf tangan, baju T, kemeja, beg tangan, kain sutera dan aksesori wanita.
Selain dari itu terdapat juga barangan yang lebih kelakian seperti pakaian-pakaian sukan, kasut sukan, raket badminton dan beg-beg kembara.
"Mungkin disebabkan terlalu ramai orang Malaysia yang ke sini, peniaga-peniaga di sini sudah mahir berbahasa Melayu.
"Mana-mana kita pergi kita akan disambut dengan ucapan 'Selamat datang abang-abang, kakak-kakak'. Selain itu mereka juga mengetahui dengan terperinci kehendak dan cita rasa rakyat Malaysia," katanya.
Dalam pada itu, anda akan dapati majoriti peniaga di Pasar Ben Thanth dan dipasar malam terdiri daripada golongan wanita muda yang memakai pakaian yang amat menjolok mata. Bagi mereka tidak ada sifat segan silu berpakaian sedemikian. Ini memaparkan mereka tetap tidak ketinggalan dalam mengikuti arus pakain moden. Malah anda akan dapati orang barat yang berkunjung ke Vietnam lebih sopan pakaian mereka berbanding dengan wanita Vietnam yang berniaga ditempat tersebut.
Bagi anda penggemar Facebook, anda akan berasa kecewa kerana tidak dapat mengakses laman tersebut sepanjang anda berada disini. Di Vietnam FB disekat oleh pihak berkuasa atas alasan untuk mengelakkan rakyatnya lalai dengan budaya online dan terpengaruh dengan budaya tidak sihat. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Walaupun Vietnam menyekat rakyatnya daripada menggunakan Facebook namun ia tidak menghalang pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg pergi bercuti ke negara komunis itu.
Zuckerberg menghabiskan masa pada malam Krismas di destinasi pelancongan popular Ha Long Bay, kata pegawai rasmi tempatan Trinh Dang Thanh.
Beberapa media tempatan melaporkan Zuckerberg tiba di Vietnam pada 22 Disember.
Pengasas Facebook itu menghabiskan Hari Krismas di rumah penginapan-eko di bandar gunung utara Sapa dan menunggang kerbau, kata Le Phuc Thien, Timbalan Pengurus di rumah penginapan Topas.
Zuckerberg yang berusia 27 tahun merupakan ketua pegawai eksekutif dan pengasas bagi laman rangkaian sosial popular pada tahun 2004.
Penapis internet agresif di Vietnam menyekat akses daripada melayari Facebook tetapi golongan muda rakyat negara itu begitu mudah memintas sekatan itu.

Pengasas Facebook di Vietnam

Pada hari kedua pula, rombongan akan dibawa melawat satu lagi pusat borong utama iaitu pasar Ben Lay atau lebih dikenali sebagai China Town.
Di sini menurut Shahabudeen banyak terdapat barangan kanak-kanak, kasut, kain ela, serta beribu pilihan pakaian bayi dalam pelbagai warna dan rupa bentuk.
"Mereka yang masuk ke sini pasti akan rambang mata dengan pilihan-pilihan yang ditawarkan.
"Tetapi tidak seperti di Ben Tanh, peniaga di sini jarang mahu menjual secara runcit.
"Mereka kebanyakan hanya melayan pelanggan yang mahu membeli secara borong atau pukal.
"Namun barangan di sini lebih murah dan sesuai untuk mereka yang ingin memborong secara pukal," katanya.
Selain dua tempat tersebut, rombongan juga dibawa ke tiga pasar raya besar di bandar itu iaitu Plaza Diamond, Saigon Tax Trade Center dan Parkson Department Store serta tempat membeli-belah lain di Vietnam iaitu pusat memborong An Dong, Binh Tay di Cho Lon dan sebagainya.
Selain daripada memborong, menurut Shahabudeen, bandar Ho Chi Minh juga sangat terkenal dengan sejarahnya yang tersendiri.
Terdapat banyak peninggalan sejarah seperti kereta kebal, jet pejuang, bom dan pelbagai senjata lain yang dipamerkan di muzium di sini.
Bagi yang berminat untuk mengikut lawatan memborong ke Vietnam tarikh terdekat ialah pada 8 hingga 10 Julai ini.
Untuk Keterangan lanjut boleh hubungi 017-2517515 (Nurul) atau layari laman web www.kbc.my.
Tips semasa membeli-belah di Vietnam
l Jika anda nampak barangan tidak mempunyai tanda harga, maknanya harga itu boleh dirunding.
l Semasa berunding harga dengan peniaga di sana pula, pastikan anda minta sehingga tiga kali murah dari harga sebenar.
l Jika anda dapati rundingan harga kurang berjaya, anda cuba pergi dari kedai tersebut dan anda akan terperanjat, peniaga kedai rundingan tadi akan memanggil anda semula bersetuju dengan harga yang dirundingkan tadi.
Tak sangka. Dalam banyak2 keseronokkan dan kenangan sewaktu lawatan ke Vietnam. Visual ini lah yang masih melekat dalam kepala sehingga hari ini. Timbul rasa keinsafan dan rendah diri, betapa beruntungnya kita tidak diduga seperti ini.
Walau pun lelaki ini cacat anggota, beliau tidak meminta sedekah seperti yang selalu kita lihat di Malaysia. Tetapi menjual tiket loteri sebagai sumber rezeki.
Gambar kenang-kenangan Lawatan Pengetua di Vietnam
Kenangan yang indah sukar dilupakan. Biarkan berlalu tapi tetap menjadi sejarah. Kepada para pengetua, sila lihatlah sebahagian kenangan anda.
Tn. Hj Mohd Zaki bersama isteri
En. Mohammad Jamil bersama Tn Hj Shamsori
di Pusat Pentadbiran Vietnam lama.
bergambar beramai-ramai menaiki kereta kebal
pemandu pelancong
Pn. Hjh Saadah (wakli BPI JAIS) masuk kelubang
jalan dalam tanah di Chu Ci.
Tn Hj. Sakip Mansor.bersama
En Mohammad Jamil Sarin
En Mohammad Jamil Sarin
bersampan melalui arus sungai yang bertentangan.
berehat menuggu penumpang.
di kebun buah-buahan bersama penari
En Latif bersama Isteri tersayang
(halal Islam)
makanan yang disediakan
mamak (halal islam)
En Mohammad Jamil di ladang buah-buahan
pemandu pelancong.
Shamsori di dlm lorong bawah tanah
En Mohammad Jamil bersama Th Hj Jamali
berangkat meninggalkan kampung buah
kesan-kesan peperangan.
pemandu pelancong Vietnam
Comments
Post a Comment