7 jenis wanita yang tidak bersyukur
Ada wanita yang cukup kenal erti bersyukur. Malah
ada wanita yang tahu natijah mereka itu sebagai
seorang wanita dan mengapa mereka dijadikan oleh Allah
sebagai seorang wanita. Wanita yang berada dalam
golongan ini adalah mereka yang tidak “demand” dan
mempunyai rasa tawadduk yang tinggi.
Tapi dalam masa yang sama, ada juga wanita yang
“lupa diri”. Kaum wanita selalu cakap “susah jadi
wanita”. Mereka telah digoda dan diperdaya oleh
syaitan dan hawa nafsunya sendiri. Mereka selalu
persoalkan ketentuan Allah terhadap mereka.
Dengan kata lain yang agak kasar, mereka mendakwa
yang Allah telah berat sebelah. Mari kita lihat
siapakah wanita-wanita ini dan jika ada di antara
pembaca blog ini yang sudah mula persoalkan soalan
yang disenaraikan di bawah, bolehlah bermuhasabah
sebelum terlambat.
Keluhan REMAJA perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal
laki-laki mudah saja? Tak pakai baju pun takpe.
Perempuan auratnya lagi banyak.”
Keluhan ISTERI A:“Kenapa la kita para isteri ni nak
keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami
kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita
takpe pulak.”
————————
Keluhan REMAJA perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita.
Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit
berbanding harta
yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
Keluhan ISTERI B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa
sakitnya nak melahirkan anak.
Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita,
masa nak beranak kita
tanggung sendiri!”
————————
Keluhan ISTERI C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami,
tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya?
Mana keadilan pada kaum
hawa?”
Keluhan ISTERI D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak.
Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
————————
Keluhan remaja perempuan D:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila
kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa.
Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
————————
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang
membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata
antara gender, mengekploitasi
fahaman wanita yang terjejas
akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.
Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
————————
Tunggu..!
Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di
atas. Mujur ada seorang
lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin
bahawa Allah itu Maha Adil.
Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan
petikan dari ayat
Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang
dia ada ,diolah sebaiknya
untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita.
Benda yang mahal harganya
akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang
teraman dan terbaik. Awak
ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah
ditepi laluan lalu lalang
atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat
perhiasan itu?
Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan
orang, agaknya apa akan jadi
dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama
hanyalah bawah pusat ke lutut
tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun
kecuali muka dan tangan! Awak
tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya
berseluar pendek ke lutut kan?
Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam
pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai
hanya seluar pendek!”
Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa?
Suami perlu wajib taat juga
kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya,
walaupun dia sudah berkeluarga. Bukankah ibu tu
seorang wanita? Isteritidak perlu lagi, taatnya hanya
pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami?
Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang
kalian lakukan!”
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit
daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk
wanita itu dan dia berhak
lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi
dengan sape-sape walaupun
suami.
Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan
harta pusaka itu kepada isteri
dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak
dia ramai, harta pulak secebis,
tak merasa lah jawabnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu,
wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan
malaikat! Beruntungnya awak!
Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu,
percayalah… itu mati syahid dan
ganjarannya syurga.
Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun
sihat sampai ke tua! Sebab tu
tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini
akan diminta bertanggungjawab
keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah
isteri saya, ibu saya, anak
perempuan saya dan adik perempuan saya.
Tahu maksudnya?
Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh
empat lelaki! Siapa mereka? Mereka
ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak
lelaki awak!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak
dapat syurga? Sedarlah, awak
sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga
yang awak sukai. Ya, dah la
syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara.
Apa itu?
Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga
kehormatan dan tahu apa satu
lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!
Tapi masih ramai wanita yang
angkuh dengan suaminya”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah.
Awak, seorang wanita jika
taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya
kepada Allah, maka awak akan
turut menerima pahala setara seperti pahala orang
pergi berjihad fisabilillah
tanpa perlu mengangkat senjata!”
Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum
hawa?”
Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah
seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun
kami sendiri yang mengheret diri
ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding
kaum lelaki!”
Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu
dengan seorang lelaki biasa
namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti
melakukan segala upaya, sampai
kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan
yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.
Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti
Dia yang Maha Tahu pada manusia,
sehingga segala hukumNya malah peraturanNya,
tentulah yang terbaik bagi manusia
dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta
manusia.
Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan,
pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w
pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik
selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.
Berbahagialah wahai para muslimah.
Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga
menanti… (entri ini diambil daqri rakan Facebook…
kongsikanlah juga di blog kalian ya)
Comments
Post a Comment