RENUNGAN TENTANG UMUR


Coretan atau artikal  ini di petik dari  laman  facebook  sahabat  malahan saudara kepada saya saudara A.Halim bin  Yaakob.lepasan Sarjana Tarbi’yah dari salah sebuah Universitas dibanda Aceh ini merupakan seorang Pensyarah di UITM,  saya pernah beberapa kali menemani beliau  untuk menyampaikan  ceramah atau kuliah agama  dimerata  surau dan masjid  sekitar  Temerloh.Sekarang ini beliau sudah bersara dan bergiat  cergas di bidang penulisan serta  seorang penceramah bebas.Artikal  ini merupakan salah satu  dari  artikal yang beliau  tulis,mari lah  kita  menghayati  dan jadikan sebagai renungan  bersama…….
No  2  dari kanan  saudara A.Halim  Yaakob
No 2  dari kanan  Saudara  A.Halim  Yaakob

IBNUL JAUZI BERKATA:  UMUR MANUSIA ITU TERBAHAGI KEPADA 5 PASA.

- PASA KANAK-KANAK SEJAK LAHIR SAMPAI UMUR 15TH. -
- PASA REMAJA (MUDA) UMUR 15-35TH.-
- PASA DEWASA 35-50TH.-
- PASA TUA DAN MATANG 50-70TH.
- PASA LANJUT USIA 70TH HINGGA AKHIR HAYAT.
USIA YANG TERBAIK DAN CEMERLANG ITU SEBAGAIMANA DIGAMBARKAN OLEH RASULULLAH S.A.W :
“ SEBAIK-BAIK KAMU IALAH  ORANG YANG PANJANG UMURNYA BAIK PULA AMALANNYA-”
(HR AT TERMIZI).
PADA USIA KANAK-KANAK DAN USIA PADA PERINGKAT REMAJA, MERUPAKAN USIA MEMPERSIAPKAN DIRI UNTUK MENJANGKAH KE TAHAP YANG LEBIH MENCABAR LAGI, IAITU USIA DEWASA. MAKA JIKA IA TIDAK MEMPERSIAPKAN DIRI  DENGAN IMAN DAN TAKWA, ILMU DAN AMALAN BAIK, BERAKHLAK DENGAN AKHLAK MULIA, MAKA JANGAN HARAP IA AKAN BERUBAH DENGAN MUDAH PADA USIA DEWASANYA. PEPATAH ARAB ADA MENGATAKAN;
“JIKA SEORANG REMAJA BERUMUR DUA PULUHAN, BELUM JUGA MENCAPAI KEHEBATAN, NESCAYA TIADA KEHIBATAN LAGI BAGINYA.”

DALAM PEPATAH YANG LAIN ADA DIUNGKAPKAN;
“JIKA KAU TAK MERAIH KEMULIAAN DI HARI MUDAMU, MAKA TIADA AKAN MULIA HIDUPMU SAMPAI TUA, ITULAH BAHAGIAN PALING BERHARGA DALAM USIA MU, MAKA REBUTLAH PELUANG ITU, JANGAN BIARKAN IA BERLALU DENGAN SIA-SIA.”

APA BILA MANUSIA MENCAPAI UMUR DEWASA, IA DIANUGRAH OLEH ALLAH S.W.T  HIKMAH DAN ILMU PENGETAHUAN SUPAYA  DAPAT MELAKSANAKAN TUNTUTAN HIDUPNYA DENGAN SEMPURNA. ALLAH S.W.T  BERFIRMAN MAKSUDNYA :

“ DAN SETELAH MENJADI DEWASA CUKUP UMURNYA, KAMI ANUGERAHKAN KEPADANYA HIKMAH DAN ILMU PENGETAHUAN, DEMIKIANLAH KAMI MEMBERIKAN BALASAN BAGI ORANG YANG SUKA MELAKUKAN KEBAjiKAN.
( AL QASHASH 14).

ILMU YANG YANG TIDAK MEMPUNYAI HIKAMAH AKAN MENIMBULKAN MASALAH KEPADA KEHIDUPAN MANUSIA, BOLEH JADI AKAN MENDATANGKAN DUKA CITA KEPADA MANUSIA, OLEH ITU JIKA MANUSIA MEMPUNYAI SEKERANJANG ILMU, MAKA IA HARUS PULA MEMPUNYA SEKERANJANG HIKMAH.

 UMUR dan harta (ustaz ismail kamus)
1

DALAM AYAT YANG LAIN ALLAH S.W.T BERFIRMAN, MAKSUDNYA:
“SEHINGGA APABILA DIA TELAH DEWASA DAN MENCAPAI USIA  40 AN, BERKATALAH IA, YA! TUHANKU
TUNJUKILAH DAKU JALAN UNTUK MENGSYUKURI NIKMAT YANG TELAH ENGKAU KURNIAKAN KEPADA KU DAN
KEPADA KEDUA IBU BAPA KU DAN DORONGLAH AKU UNTUK BERBUAT AMAL SALEH YANG ENGKAU RIDAI.
( AL AHQAAF: 15)

NABI MUHAMAD S.A.W DILANTIK OLEH ALLAH S.W.T SEBAGAI RASUL PADA USIA 40AN  UNTUK MENYAMPAIKAN WAHYU KEPADA MANUSIA, PEMBAWA BERITA  GEMBIRA DAN BERITA PERINGATAN SERTA ANCAMAN DARI ALLAH S.W.T TERHADAP MEREKA YANG INGKAR YANG TIDAK MAHU TUNDUK KEPADA HUKUM ALLAH S.W.T YANG BERBENTUK SURUHAN DAN LARANGAN.
2

BIASANYA USIA DEWASA INI AKAN DAPAT DILIHAT KECENDERUNGANNYA KE ARAH POSITIF (KEBAIKAN)  ATAU KE ARAH (NEGATIF) KEJAHATAN, APAKAH IA  SEORANG PEMBINA ATAU SEORANG PERUNTUH.BIASANYA SESEORANG YANG MENCAPAI USIA 40AN, JIKA KEBAIKAN YANG DILAKUKAN TIDAK MELEBIHI KEJAHATAN, MAKA USIA YANG SEBEGINI AKAN SUKAR BERUBAH.
DALAM AYAT YANG LAIN ALLLAH S.W.T BERFIRMAN, MAKSUDNYA: ” BUKANKAH KAMI TELAH MEMANJANGKAN USIA MU DALAM MASA YANG CUKUP UNTUK BERFIKIR BAGI SETIAP ORANG YANG MAHU BERFIKIR DAN BUKANKAH SUDAH TIBA KEPADA MU  PEMBERI PERINGATAN.”
( Q. FAATIR : 37)
3

OLEH KERANA SEDIKITNYA UMUR YANG TERSISA SETELAH USIA 40 TAHUN ITU, MAKA TIDAK SEPATUTNYA LAGI DIPERGUNAKAN UNTUK MEMBAZIRKAN MASA DENGAN MELAKUKAN PERBUATAN YANG MENDERHAKAKAN ALLAH S.W.T MEMPERSENDAKAN HUKUM-HUKUMNYA.
4

Di RIWATKAN OLEH HUZAIFAH BIN YAMANI R.A, MEREKA BERTANYA KEPADA RASULULLAH S.A.W ”
“  BERAPAKAH KETETAPAN  USIA UMAT MU YA RASULULLAH? JAWAB RASULULLAH;   SAAT KEMATIAN MEREKA PADA UMUMNYA ANTARA USIA  ENAM PULUHAN DAN TUJUH PULUHAN. MEREKA BERTANYA LAGI, BAGAIMANA DENGAN MEREKA YANG MENCAPAI USIA DELPAN PULUHAN? JAWAB RASULULLAH, SEDIKIT SEKALI UMAT KU YANG DAPAT MENCAPAINYA. SEMOGA ALLAH S.W.T MERAHMATI MEREKA YANG MENCAPAI UMUR LAPAN PULUH TAHUN.”
( H.R HUZAIFAH IBNUL YAMANI )
5

DALAM HADIS YANG LAIN DINYATAKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.
” MASA PENUAIAN (DIPADAM HAYAT) UMATKU PADA UMUMNYA  ANTARA USIA ENAM PULUHAN HINGGA TUJUH
PULUHAN .”
( HR. MUSLIM DAN NASAIE) 
6

WAHAB BIN MUNABBIH MENGINGATKAN DIRINYA DAN MEREKA YANG MENCAPAI USIA 40AN.  KAMU ADALAH TANAMAN YANG HAMPIR DENGAN MASA PENUAIANNYA, KEPADA MEREKA YANG BERUSIA 50AN SEMESTINYA PERLU DIINGATI DAN DIRENUNGI TENTANG APA YANG MESTI DIBUAT DAN APA-APA YANG BELUM DILAKUKAN. KEMUDIAN KEPADA MEREKA YANG SUDAH MENCAPAI USIA 60AN, MAKA TIDAK ADA SATU DALIH ATAU ALASAN LAGI UNTUK TIDAK MELAKUKAN TUGAS SEBAGAI HAMBA ALLAH S.W.T, SEMOGA DENGAN ITU JANGAN PERNAH BERKATA, ALANGKAH BAIKNYA SEMUA MANUSIA INI TIDAK  DICIPTAKAN, TETAPI SEHARUSNYA MEREKA MENGETAHUI  KENAPA MEREKA DICIPTAKAN. OLEH ITU AWAS-AWASLAH!… MASANYA HAMPIR TIBA, WASPADALAH MENGHADAPI MASA YANG TIDAK DI DUGA, BILA IA AKAN PERGI, PERGI YANG TIDAK AKAN KEMBALI LAGI.

KEMUDIAN PADA MEREKA YANG MENCAPAI USIA 50AN KE 70AN SEBAGAIMANA DIUNGKAPKAN OLEH AL QUR’AN, FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD:

” SETELAH ITU KAMI KELUARKAN KAMU SEBAGAI BAYI, KEMUDIAN KAMU MENJADI DEWASA, KEMUDIAN MENJADI TUA, DI ANTARA KAMU ADA YANG DIWAFATKAN SEBELUM ITU ( KAMI PERBUAT DEMIKIAN) SUPAYA KAMU SAMPAI KEPADA AJAL YANG TELAH DITENTUKAN, MUDAH-MUDAHAN SUPAYA KAMU MEMAHAMI( NYA).”
(  Q. AL MUKMIN A.67 ) 

DALAM  ASA UMUR TUA INI AKAN NAMPAK  TENAGA YANG DULUNYA HEBAT, TETAPI SEKARANG TELAH MULA DITARIK OLEH ALLAH S.W.T SEDIKIT DEMI SEDIKIT DARI KEADAAN YANG AWALNYA, LALU MENJADI SEMAKIN LEMAH SETELAH MASA HEBATNYA DAHULU, TAHAP INI  MUNGKIN BILA-BILA MASA SAHAJA SESEORANG ITU AKAN BERGELUT DENGAN MAUT, JIKA KITA MENGAMATI  MAKSUD HADIS TERSEBUT DI ATAS.
OLEH ITU, SAMA-SAMA KITA MEMPERHATI, SAMA-SAMA MENGINSAFI TERHADAP HIDUP INI, BAHAWA  PESTA HARI JADI ITU, SEPENGETAHUAN SAYA TIDAK ADA DALAM KAMUS ISLAM, WALAU PUN MUNGKIN SESEORANG YANG LANJUT USIA ITU SEMEMANGNYA HARUS DISYUKURI, KERANA MASIH DAPAT MELAKUKAN IBADAH, TUNTUTAN AMAL SOLEH DAN KEBAJIKAN. TETAPI JIKA USIANYA DIHABISKAN DENGAN BERSANTAI DAN BERPOYA-POYA DI KELAB-KELAB MALAM. MAKA NASIB MALANG BADAN, JIKA IA MENEMUI TUHANNYA PENUH DENGAN GELIMANGAN MAKSIAT DAN MENGAKHIRI  HIDUPNYA DENGAN KEKEJIAN.

KALAULAH SEMEMANGNYA PESTA HARI JADI ITU SUKAR UNTUK DITINGGALKAN. MAKA SAMBUTLAH IA DENGAN PENUH KEINSAFAN DAN TAQWA KEPADA ALLAH S.W.T. SEBAB SEKALI KITA MELANGKAH KE PESTA UNTUK TAHUN SETERUSNYA DAN SETERUSNYA PULA, MAKA LANGKAH KITA TERLALU PENDEK DAN MAKIN  DEKAT DENGAN PUSARA YANG SEDANG MENUNGGU KITA. MAKA ISTILAH PANJANG UMUR YANG DINYANYIKAN  ITU SEBENAR KURANG TEPAT, KERANA USIA YANG ADA ITU MAKIN SURUT, ENTAH BILA DAN DI MANA HANYA ALLAH S.W.T YANG TAHU SEGALA-GALANYA. MAKA JADIKAN PESTA HARI JADI TERSEBUT DENGAN PENUH KEINSAFAN DAN KESYUKURAN. 

AL KHITAB BIN NUTBAH BERKATA; AKU SEORANG YANG SUDAH MENCAPAI USIA TUA DENGAN UBAN DI KEPALA. SESUNGGUHNYA UBAN ITU LAKSANA PERBATASAN HIDUP YANG TIDAK DAPAT DISEKAT KEROSAKANNYA, TIDAK DAPAT DIPERBAIKI OLEH ZAMAN. IA ADALAH CAHAYA YANG MUNCUL BERSAMA DENGAN SURUTNYA NAFAS YANG AKAN MEMIMPIN SETIAP INSAN KETEMPAT LONGGOKAN TULANG BELULANG, OLEH ITU SEMOGA ALLAH S.W.T MERAHMATI MU. JANGAN BAKAR CAHAYA UBAN MU DENGAN BARA API DOSA-DOSA MU.

DI DALAM SATU HADIS QUDSI, NABI BERSABDA, FIRMAN ALLAH S.W.T YANG BERMAKSUD :

  "DEMI KEMULIAAN KU, KEBESARAN KU DAN KEPERLUAN MAKHLUK KU KEPADA KU, SESUNGGUHNYA AKU MALU MENYIKSA HAMBA-HAMBA KU,  BAIK LELAKI ATAU WANITA YANG TELAH BERUBAN KERANA MENCAPAI UMUR TUA DI DALAM ISLAM. KEMUDIAN RASULULLAH S.A.W MENGALIRKAN AIR MATANYA, LANTAS DITANYA KEPADANYA. APA SEBAB ENGKAU MENAGGIS YA  RASULULLAH? JAWABNYA; AKU MENANGIS TERHADAP ORANG TUA YANG ALLAH S.W.T MALU KEPADANYA, SEDANGKAN IA TIDAK MALU KEPADA ALLAH S.W.T.

MAKA UNTUK TIDAK TERLALU TEGANG DAN EMOSI,  MARI KITA RENUNGKAN BERSAMA SATU KISAH DI BAWAH INI.

SATU KETIKA DULU PERNAH BERLAKU KEPADA SEORANG YANG BERNAMA MA’AN BIN ZAIDAH, SATU HARI BELIAU DATANG MENGHADAP KHALIFAH AL MA’MUN. LANTAS KHALIFAH BERTANYA KEPADANYA. BAGAIMANA KEADAAN KAMU SETELAH MENJANGKAH USIA TUA SEPERTI INI?. JAWAB MA’AN; AKU MUDAH TERSUNGKUR APABILA TERSANDUNG BATU TAJAM DIJALANAN. TANYA KHALIFAH LAGI; BAGAIMANA DENGAN MAKAN MINUM DAN TIDUR KAMU? JAWABNYA; BILA AKU LAPAR AKU MENJADI MARAH, BILA AKU MAKAN AKU  BOSAN, BILA BERADA DALAM MAJLIS AKU MENGANTUK, BILA AKU BERADA DI ATAS KATIL MATA KU TERBUKA. KHALIFAH BERTANYA LAGI; BAGAIMANA PULA PERSAAN KAMU TERHADAP WANITA? JAWABNYA; YANG TUA DAN TAK CANTIK AKU TIDAK ADA SELERA KEPADANYA, SEDANGKAN YANG CANTIK MOLEK TIDAK  SUKA KEPADA KU. LANTAS KHALIFAH MENGAKHIRI PERTEMUANNYA DENGAN MA’AN. BELIAU MENGATAKAN; ORANG YANG SEBIJAK KAMU INI, TAK PATUT MENJADI TUA. BELIAU MENGARAHKAN KEPADA PEGAWAI KEUANGANNYA, SUPAYA DI LIPAT GANDAKAN PENCENNYA DAN TAK USAH KELUAR DARI RUMAHNYA. BIARKAN ORANG RAMAI SAHAJA YANG DATANG MENEMUI DIA. SUNTINGAN DARI BUKU ” RABI’UL ABRAR”.  SEMOGA BERMANFAAT UNTUK KITA SEMUA.
  • di petik dari ruangan  facebook   Abd Halim  bin  Yaakob
  • Bekas Pensyarah Pemikiran dan Kefahaman Islam  UITM
  • dan Lulusan  UIN  Universiti  Islam  Yokyakarta,Indonesia.
  • di bawa ke website  www.hazaldn.com
  • oleh  hazaldin  twbkl.

Marilah kita sama sama merenung  sejenak  dan semuga  beroleh  manfaat

 http://www.hazaldn.com/2011/01/25/renungan-tentang-umur/%

Comments

Popular posts from this blog