Ketua Audit Negara : Kami Tidak Kata Salahguna
pada 25-01-2012, Dalam Nasional
PETALING JAYA, 25 JAN : Ketua Audit Negara, berkata walaupun ada disebut dalam laporan audit, terdapat kelemahan dalam beberapa aspek pelaksanaan projek Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), laporan audit negara 2010 lalu tidak pernah melabelkan projek berkenaan sebagai huru-hara.
Tan Sri Ambrin berkata, dari sudut perspektif audit, wujud beberapa kelemahan dari segi pelaksanaan projek terbabit dan jika tidak sudah pastinya kerajaan, pada 2009 lalu menangguhkan pelaksaan berkenaan sehingga satu kajian keupayaan projek terbabit dilakukan.
Menurutnya lagi Jabatan Audit Negara telah meneliti dan memantau pelaksanaan projek NFC sejak perbadanan itu ditubuhkan 2006 lalu.
"Dalam laporan Ketua Audit Negara 2010, tiada langsung perkataan 'dalam huru hara'. 'kelam kabut' atau 'salahguna' digunakan. Perkataan-perkataan tesebut digunakan oleh pihak-pihak lain dan jabatan audit tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan.
Pendirian jabatan adalah bahawa jika wujud sebarang unsur-unsur penyalahgunaan dalam pelaksanaan projek terbabit, ia terpulang kepada bidang kuasa pihak berkuasa seperti Polis atau Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat," katanya hari ini.
Ambrin berkata, audit berkenaa adalah untuk menilai samada projek NFC dirancang dengan teliti, samada pelaksanaannya juga dilakukan dengan telus sertai mencapai sasaran objektifnya.
Beliau menambah, audit yang dijalankan adalah terhadap projek terbabit dan tidak pernah terhadap syarikat tersebut.
Menurutnya lagi, audit tersebut membabitkan kajiselidik terhadap maklumat yang diperolehi daripada pelbagai agensi kerajaan sepert Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Kewangan.
Beliau berkata, pegawai dari NFC juga menyediakan maklumat kepada jabatan audit semasa menagadalan lawatan ke tapak projek Mac tahun lalu.
"Analisis audit menunjukkan objektif projek puusat fidlot negara tidak mencapai sasarannya berikuutan beberapa faktor seperi yang dijelaskan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010," tambah beliau lagi.
Antaranya, katanya lagi adalah sasaran pengeluaran pusat terbabit, yang menurut perjanjian yang ditandatangani opada Mac 2010 lalu adalah untuk membekalkan 38 ribu ternakan lembu.
Namun, tambah beliau, sasaran tersebut tidak tercapai kerana program pembangunan usahawan membabitkan 130 ladang satelit usahawan masih belum dilaksanakan lagi.
“Jabatan Audit ingin menekankan bahawa pelaksanaan audit terhadap projek NFC dijalankan dengan profesional dan bebas tanpa sebarang prehudis kepada mana-mana pihak, oleh itu kenyataan yang mempersoalkan integriti dan krdeibiliti jabatan ini adalah dikesali," katanya lagi.
Comments
Post a Comment