TAKRIF KHAWARIJ MENURUT ULAMA` SALAF
 
Kata Al-Imam Al-Barbahari Rahimahullah ( wft 329 H):

ومن خرج عن إمام من أئمة المسلمين, فهو جارجي

Sesiapa yang keluar (memberontak) daripada pemerintah dari kalangan pemerintah-pemerintah kaum muslimin maka dia adalah seorang Khawarij.

[ Syarhu Sunnah Al-Barbahari, ms;124 ]

Kata Al-Imam Muhammad bin Hussain Al-Aajurri Rahimahullah ( wft 360H):

"Tidak pernah para Ulama sama ada ulama dahulu dan yang sekarang berselisih bahawasanya Khawarij adalah kaum yang jahat, pelaku maksiat kepada Allah dan RasulNya sallallahu`alaihiwasallam, walaupun mereka solat, dan berpuasa, dan bersungguh dalam ibadah, maka kesemua itu langsung tidak memberi manfaat kepada mereka, walaupun mereka menzahirkan Amar Makruf Nahi Mungkar hal itu tidak membawa manfaat kepada mereka, kerana mereka adalah kaum yang mentakwil ayat Al-Quran atas hawa nafsu mereka,dan memudaratkan kaum muslimin, sesungguhnya Allah telah mentahzir mereka, begitu juga Nabi s.a.w, dan Khulafaur Rasyidin selepasnya , dan para Sahabat serta mereka yang mengikuti mereka dengan baik.Dan Khawarij adalah sejahat-jahat, seburuk-buruk dan senajis-najis kaum, dan begitu jugalah sesiapa yang berada di atas mazhab mereka dari kalangan Khawarij, yang mewarisi mazhab ini sama ada yang dahulu atau yang kini, mereka keluar (memberontak) kepada Imam-imam dan pemerintah-pemerintah dan menghalalkan pembunuhan kaum muslimin."

[ As-Syari`ah Al-Aajurri m/s 24 bab Celaan Terhadap Khawarij ]

Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar A-`Asqalani rahimahullah:

"Adapun Khawarij mereka adalah jama` kepada kharijah(yang keluar) iaitulah sekelompok, mereka adalah kaum bid`ah dinamakan sedemikian kerana keluarnya mereka daripada (batasan) agama dan keluarnya mereka (memberontak) kepada sebaik-baik kaum muslimin"

Beliau berkata lagi: " Mereka juga digelar dengan gelaran "Qurra`" kerana kuatnya kesungguhan mereka dalam tilawah Al-Quran dan ibadah, melainkan mereka itu mentakwil ayat Al-Quran daripada maksud yang tidak benar, dan memahaminya dengan pendapat mereka, dan sangat melampau-lampau dalam zuhud dan khusyuk dan yang selainnya.....

[ rujuk Fathul Bari Syarh Shahih Al-Bukhari 12/ 296 ]

Kata Al-Imam An-Nawawi rahimahullah;

" Mereka dinamakan Khawarij kerana keluarnya mereka daripada Jamaah( para Sahabat), dan dikatakan juga kerana keluarnya mereka dari jalan Al-Jamaah."

[ Syarh Shahih Muslim ( 1064 )]

Oleh:Abul Hussein (Universiti Islam Madinah)

Peringatan Para Ulama' Bagi Mereka Yang Menolak Hukum Allah

Ustaz Abdul Qodir Audah – ( Kitab: Al-Islam Wa Audho’una Al-Qanuniyyah ) : “ sesiapa yang menolak hukum Allah atau menegakkan hukum yang lain, maka ia dikira kafir dan tidak ada walaupun sebesar zarah akan keIslaman di dalam hati mereka walaupun mereka dinamakan dengan nama-nama Islam dan mendakwa bahawa mereka adalah Muslim.”

Ibnu Kathir – ( Kitab: Tafsir Ibnu Kathir ) : “ sesiapa yang meninggalkan undang-undang yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan berhukum dengan undang-undang yang lain, maka ia telah kufur kepada Allah s.w.t. Bagaimana pula hukum mereka yang menggunakan undang-undang ciptaan manusia yang terdapat di dalam kitab Ilyasa’? Mereka juga kufur kepada Allah s.w.t secara ijma’.”

As-Syahid Sayyid Quthb – ( Kitab: Tafsir Fi Zhilalil Qur’an ) : “ sesiapa pun tidak berhak membuat undang-undang yang lain kecuali Allah s.w.t . Sesiapa yang cuba melakukan perkara demikian, maka ia telah mencabar keTuhanan atau Uluhiyyah Allah s..w.t yang paling utama. Mana-mana individu, pertubuhan dan negara yang mencabar Uluhiyyah Allah s.w.t tersebut, maka ia telah terang-terangan kufur kepada Allah s.w.t dan perkara ini termasuk ke dalam al-ma’lum minad din bid dhorurah.

Dr.Muhammad Abdul Qodir Abu Faris – ( Kitab: An-Nizhom As-Siyasi fil Islami ) : “ wajib ke atas setiap Muslim menggunakan undang-undang Allah s.w.t dan haram sama sekali berhukum dengan undang-undang ciptaan manusia. Sesiapa yang menolak hukum Allah adalah kafir, manakala sesiapa yang menggunakan undang-undang ciptaan manusia dengan keinginan dan redho, maka ia juga dikira kafir bahkan mereka hendaklah dikenakan hukuman bunuh sebagaimana yang dilakukan oleh Saidina Umar.”

Dr.Yusuf Al-Qardhawi : “ diantara perkara yang berhak dihukum kafir tanpa keraguan adalah pemerintah-pemerintah sekular dan pendukung-pendukung parti sekular yang secara terang-terangan menolak syariat Allah s.w.t dan melaungkan pemisahan negara daripada agama. Apabila diajak kepada hukum Allah s.w.t, mereka enggan dan engkar. Lebih dahsyat dari itu, mereka bertindak melakukan keganasan ke atas orang-orang yang menyeru supaya berhukum dengan syariat Islam atau kembali kepada Islam.”

[ Cukuplah dan insafilah akan kekerdilan serta ketidak mampuan kita dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan yang jalannya telah ditunjukkan oleh Allah s.w.t dalam keadaan Allah mengetahui bahawa ada hal-hal yang manusia tidak mampu untuk menyelesaikannya melainkan dengan penyelesaian dari Allah. Lebih 50 tahun kita dikurniakan oleh Allah s.w.t kemerdekaan, namun tidak ada satu jenayah pun di dalam negara ini yang berkurangan, bahkan bertambah-tambah dan menakutkan dari hal pembunuhan, perompakan, pencurian, pemerkosaan, penzinaan, pemurtadan dan sebagainya yang mewarnai wajah negara ] — with Na'im Hashim and Pas BertamHulu.  
PETIKAN Markaz Dakwah Islamiyyah

Comments

Popular posts from this blog