Isu NFC : Rafizi Sedia Jumpa Shahrizat Di Mahkamah

Post Pic
SHAH ALAM, 19 JAN : Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, beliau dan Ketua Wanita parti itu Zuraida Kamaruddin bersedia untuk berhadapan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di mahkamah.

"Kita akan bertemu di mahkamah," kata beliau dalam satu salah mesej menerusi Twitter petang ini.

Mengulas tindakan saman RM100 juta yang diambil oleh Shahrizat hari ini, Rafizi berkata, "apa-apa pun ia tidak akan menjejaskan hari sayalah. Saya tetap akan pergi menikmati satar di Kemaman esok. Kemungkinan kerutuk lembu juga."

Shahrizat memfailkan saman ke atas kedua-dua pemimpin PKR itu berhubung kenyataan-kenyataan berkenaan projek lembu daging kontroversi yang dikaitkan dengan keluarganya.

Dalam satu lagi mesej, Rafizi berkata, secara politik, keputusan membawa kes itu ke mahkamah adalah tindakan "membunuh diri bagi Shahrizat."

Dalam mesej Twitter sekitar jam 4 petang tadi, katanya, ini kerana pihaknya menantikan pertemuan di mahkamah untuk mendedahkan segala maklumat.

Dilihat merujuk kepada nilai tuntutan, Rafizi berkata: "Kalau Kak Jat (Shahrizat) menang, beliau boleh ambil kereta saya yang murah. Tiada hal."

"Kalau kita orang menang, adakah kami boleh dapatkan kondo-kondo," katanya lagi.
 
 http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wla5do

Comments

Popular posts from this blog