Ahlan Ya Ramadhan... Puasa dari Kajian Sains Perubatan

Secara dasarnya puasa adalah suatu proses detoksifikasi yang baik. Detoksifikasi bermaksud membersihkan badan dan mencucinya dari kesan racun ataupun toksin. Amalan yang biasa dilakukan dalam masyarakat hari ini, apabila seseorang mengidap penyakit, dia akan mengambil ubat untuk meredakan penyakitnya. Sudah tiba masanya kita mengamalkan sesuatu yang berbeza, berpuasa. Puasa adalah penawar. Ia meransang beberapa perubahan yang melibatkan metabolism badan dan perubahan ini membantu ke arah pembersihan dan pembaikan dalam badan.

Iftar jama'ie mengeratkan ukhuwwah
Semasa berpuasa, organ-organ dapat berehat. Kerehatan ini membantu badan membuang segala kotoran serta toksin disamping menyegarkan sel-sel. Kajian mendapati puasa adalah kaedah rawatan tertua di dunia. Orang-orang terdahulu seperti Plato, Socrates, Pythagoras dan Mahatma Gandhi sering kali berpuasa. Berpandukan kajian serta testimony pesakit-pesakit, puasa didapati mampu menyembuhkan pelbagai penyakit seperti asma, radang sendi, susah tidur, gangguan pada system penghadaman serta penyakit kulit.

Dalam buku ‘Wild Health: How Animal Keep Themselves Well and What We Can Learn From Them dicatatkan: Binatang-binatang apabila sakit akan menjauhi makanan. Pengkaji-pengkaji yang mengamati fenomena ini berpendapat menjauhi makanan dengan berpuasa adalah proses natural ke arah kesembuhan. Ia bermanfaat bukan saja bagi binatang, malah juga bagi manusia. Puasa mempercepatkan kesembuhan kerana secara umumnya bacteria memerlukan zat besi untuk bertindak. Justeru dengan menghindari makanan, bacteria akan ketandusan zat besi dan keadaan ini akan melemahkannya.

Berpuasa dalam bentuk menghindari makan minum dalam jangka masa yang pendek memang tidak memudharatkan. Dalam sebuah jurnal perubatan berprestij, The Lancet ada disebutkan, Puasa selagi mana tidak menyebabkan kelemahan badan yang bersangatan adalah tidak memudharatkan. Sekiranya berlaku kematian ketika berpuasa, punca kematian daripada sebab-sebab lain selain puasa perlu diterokai terlebih dahulu

Pada tahun 1994, congress antarabangsa pertama bertemakanKesihatan dan Ramadhandiadakan di Casablanca. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia membentangkan lebih 50 kertas kajian pada masa itu. Kesemua kajian mengesahkan puasa pada bulan Ramadhan tidak mendatangkan sebarang kemudharatan malah sebaliknya mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihadapi manusia.

Nah! Apa lagi yang diperlukan saudaraku. Quran telah jelas, Hadis juga jelas, saya kemukakan fakta sains di atas sebagai tambahan sokongan. Lebih menarik, kesemua kajian itu dilakukan oleh mereka yang belum Islam dan kita berdoa supaya kajian-kajian yang dilakukan akhirnya akan membuka pintu hidayah buat merekaAmiin.
 
http://www.drazmanibrahim.com/2011/07/ahlan-ya-ramadhan-puasa-dari-kajian.html

Comments

Popular posts from this blog