Setiap Wanita Itu Cantik ..Tapi Masih Ramai Yang Tidak Menyedarinya
assalammualikum
Kenapa ea zaman sekarang nie ramai wanita yang berlumba-lumba untuk menjadi lebih cantik ?? adakah dengan harapan apabila kulit putih gebu dan mulus dapat menambat hati jejaka-jejaka hensem diluar sana ?? atau kerana ramai yang beranggapan bahawa sekarang nie wanita lebih ramai daripada lelaki..tetapi tahukah anda semua bahawa sebenarnya lelaki adalah lebih ramai daripada wanita..tak percaya ?? meh lia tunjukkan bukti..
klik untuk tumbesan yang lebih sihat |
So lepas nie tak yah lah nak bergaduh atau bunuh diri hanya disebabkan seorang lelaki...membazir masa dan menjatuhkan maruah seorang wanita jer..dan setiap makhluk itukan telah diciptakan berpasangan..Setiap wanita dimuka bumi ini telah diciptakan cantik dan sempurna...bersyukur lah dengan apa yang ada dan hargai lah setiap ciptaannya..
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita,
ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam
untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk
membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,
dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan
kelelahan tanpa mengeluh"
"Aku memberinya kepekaan untuk
mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,
bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk
mendukung suaminya dalam kegagalannya
dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya
untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk
mengetahui bahwa seorang suami yang baik
takkan pernah menyakiti isterinya,
tetapi kadang menguji kekuatannya dan
ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "
"Dan akhirnya,
Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,
susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada."
nota hati : Bila difikirkan semula betapa tingginya martabat seorang wanita itu..subhanallah..lia rasa bersyukur sangat dengan diri lia sekarang nie..
Comments
Post a Comment