SEGMEN ILMIAH : JOM BERKONGSI HADIS BERSAMA-SAMA

 

Alhamdulillah. Berkesempatan jugak aku utk join segmen yang baik ni. Anjuran TheSyafiqMokhtar, blogger retis. Tahniah aku ucapkan kat beliau sebab segmennya yang berfaedah dan berilmiah ni dapat sambutan ramai.

Klik header untuk ke segmen TheSyafiqMokhtar, blogger retis.

Blogger yg diTAG: Bro Ahmad | Bulan Purnama | Ben Ashaari


Hadis perkahwinan daripada Rasulullah

Untuk segmen ni. Aku akan kongsikan hadis, yang berkaitan dengan jodoh dan pernikahan. Panduan yang diberikan direct daripada Rasulullah sendiri.

1. Tak diizinkan hidup membujang
Dari Sain bin Abu Waqas r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. menolok permintaan Usman bin Madh'un untuk tidak berkahwin buat selama-lamanya. Kalau beliau s.a.w. mengizinkannya , tentu kami akan melakukan pengebirian." - Hadis sahih riwayat Muslim

Penjelasan: Kita dilarang untuk sengaja hidup membujang sepanjang hayat. Kalau dah berkemampuan, jangan tunggu lagi. Segeralah menikah.


2. Pemilihan calon suami/isteri
"Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana kecantikannya, kerana keturunannya, kerana hartanya dan kerana agamanya. Pilihlah yang beragama, nescaya kamu akan selamat" - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Penjelasan: Carilah pasangan yang taat kepada perintah agama. Pasti banyak kelebihan, dan manfaatnya. Hadis ni jugak boleh digunapakai untuk perempuan dalam memilih calon suami.


3. Setia kepada isteri
"Sesungguhnya orang perempuan itu datang dalam bentuk syaitan (merayu) dan pergi (membelakang) dalam bentuk syaitan (merayu). Sebab itu apabila seseorang melihat perempuan, hendaklah dia pulang kepada isterinya, kerana dengan itu terhalang nafsunya (kepada perempuan yang dilihatnya) - Hadis sahih riwayat Muslim

Penjelasan: Rasulullah sendiri tuntut supaya suami setia pada isteri. Oleh tu para lelaki sekalian, jagalah pandangan anda supaya tak ternoda dengan fitnah wanita.

"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku" (riwayat Al-Bukhari)


Banyak lagi hadis pasal perkahwinan sebenarnya. Kalau bagi banyak sangat nanti korang tak dapat hadam pulak kan. Tapi, kalau korang nak jugak baca koleksi hadis berkenaan nikah, kahwin, jodoh. Bolehla ke sini: Bab nikah kahwin


Rujukan:
1. http://www.freewebs.com/alhadith/bab_nikah.htm
2. http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2536.0
http://www.jejakaterhangat.com/2011/07/segmen-ilmiah-jom-berkongsi-hadis.html

Comments

Popular posts from this blog