BEZA LELAKI DAN WANITA
Antara realiti yang berlaku. Dipetik dari kisah-kisah yang pernah berlaku di depan mata dan yang pernah diceritakan oleh sahabat-sahabat. Sejauh mana kebenarannya? :
http://ainismaira87.blogspot.com/2011/04/beza-lelaki-dan-wanita.html
LELAKI A" Dengan kawan-kawan, pergi kelas ke, keluar dengan siapa-siapa, sayang pakai la tudung, kalau dengan abang tak pakai pun tak pe.. Abang suka tengok rambut sayang yang cantik tu.. "
PEREMPUAN A" Boyfriend aku cakap, pergi kelas kena pakai tudung, sebab tu la aku pakai tudung masa pergi kelas je.."
LELAKI B" Sayang kalau nak pakai tudung biarlah ikhlas, jangan pakai sebab terpaksa, abang tak suka tengok sayang kejap pakai tudung, kejap tak.. Nak pakai, pakai terus.. Tak nak pakai tak payah pakai. "
PEREMPUAN B" Boyfriend aku cakap, kalau tak nak pakai tudung, tak payah pakai"
LELAKI C" Sayang bagi la gambar sayang yang tak pakai tudung pulak, abang nak tengok rambut sayang, mesti cantikkan? Bagi la, nak buat kenangan.. Ala abang sorang je yang tengok.. Abang janji tak bagi sape2 tengok. "
PEREMPUAN C" Ok, janji abg jgn bagi sape2 tgk tau.. Sayang abg "
Hari esok dan seterusnya, makin banyak gambar yang diminta, sampai tiada seurat benang yg tinggal..
LELAKI D" Kita belum ada ikatan yang sah lagi, tak elok kalau kita selalu jumpa, ape pulak orang kata.. Nanti kawin hari-hari kita jumpa ye."
PEREMPUAN D" Kalau tak boleh jumpa, buat ape couple? Jangan salahkan sayang kalau sayang keluar dengan lelaki lain "
LELAKI E"Kau ingat aku nak sangat ke kat minah tu.. Aku main-main je dengan dia, tak serius pun.. Dapat nanti aku tinggal laaa!"
PEREMPUAN E"Aku dah terlanjur dengan mamat tu, tapi dia janji akan bertanggungjawab kalau ape-ape jadi nanti, aku sayang dia sangat2"
REALITI, orang perempuan ramai yang berharap, kekasihnya akan jadi suaminya.. Tapi seringkali diperbodohkan.. Dipergunakan..
REALITI, perempuan lebih suka mendengar cakap boyfriend dia, daripada keluarga atau kawan-kawan..
REALITI, tak ramai lelaki yang set dalam mind yang dia akan mengahwini kekasihnya.. Bagi mereka, selagi belum sah, mereka ada hak untuk mencari yang lain.. Walaupun sudah berkahwin, mereka masih mahu mencari yang lain..
REALITI, lebih ramai lelaki mahukan isterinya nanti seorang yang solehah, yang masih 'DARA'.. walaupun mereka juga dah hilang 'TERUNA' .. Begitu juga perempuan, tetapi terlalu ramai perempuan yang dirosakkan oleh lelaki.. Mereka juga mengharapkan ada lelaki yang baik dapat menerima mereka dan membimbing ke jalan yang benar..
Credit : I Luv Islam . com
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)
KEPADA LELAKI : Bimbinglah wanita dengan cara yang betul.. Bimbing mereka supaya menjadi isteri solehah yang anda idamkan..
KEPADA PEREMPUAN : Jangan terlalu ikut perasaan, yang mana baik ikutlah, yang mana tak, eloklah ditinggalkan.. Seandainya jauh tersasar, kiranya terlalu sayang, cuba lah bawa pasangan anda ke landasan yang betul..
Kesimpulannya, jangan rosakkan barang yang dah sedia rosak, sebaliknya apabila diperbaiki, barang yang rosak mungkin lebih hebat dari barang yang baru.. dan jagalah barang baru dengan sebaiknya, supaya ia sentiasa terpelihara.. ^_^