Betul ke lelaki lebih ego daripada perempuan?


Korang setuju? Ke korang rasa macam mana? Lelaki lebih ego daripada perempuan ke atau sebaliknya? Kalau tanya pada saya, jawapan simple je. kurang setuju! For me, memang betul generally lelaki lebih ego daripada perempuan tapi bukan sepanjang masa dan bukan semua lelaki macam tu.
Ada masa, ada ketikanya. Perempuan lebih ego daripada lelaki ok.
Sebab itu saya katakan yang saya kurang setuju dengan statement lelaki lebih ego daripada perempuan. Saya perempuan, so sah-sah saya tahu.hahahaha! Memang, kalau fitrahnya. Orang akan kata lelaki ada level ego yang tinggi kaw-kaw daripada perempuan. Itu memanglah.
Tapi, kalau difikirkan logik akal. Baik lelaki mahupun perempuan. Dua-dua makhluk bernyawa. Ada hati, ada perasaan. Tahu marah, tahu jaga maruah daripada tercalar. hahahaha! Hello, maruah tercalar balar ni boleh bikin marah ok.
So, waktu-waktu kritikal macam ni.. tak kira dah kot. Baik lelaki, baik perempuan. Masing-masing nak tunjuk yang diri tu ada ego. Tak nak mengalah. Tapi, ini bukan all the time lah. Maksud saya, depends pada masalah jugaklah. Tengok situasi.
Kalau personally pulak. Saya mengaku agak ego. Sangat ego pun boleh jugak. hahahaha! Saya beri contoh. Waktu saya bergaduh dengan teman lelaki. Biasanya, saya bukan type yang akan mengalah time-time tu jugak. muahaha! Saya biasanya, akan cakap perkara yang betul (betul bagi saya) dulu and for sure partner pun cakap bagi pihak dia.
Mestilah masing-masing nak menang kan? hahaha! Kiranya, saya tak akan buat ayat macam ni dah lah, awak betul. saya salahOh, tak pernah ok!! Ego kan?? kan??? bahahaha!!! For me, macam nampak lembik gila bila cakap macam tu. For me lah.
Tak tahulah kalau gurl lain selalu buat macam ni and nampak macam baik ke comel dengan teman lelaki. hehehe. Kita kan lain-lain. Sorry, kalau terasa hati eh.
Sambung balik. Ok, biasanya bila ada problem. Saya bincang dengan partner tapi memang tak akan senang lenang lah nak bagi dia menang. muahaha! Memang sounds teruk sikit lah tapi nak buat macam mana ek, dah style saya macam tu. Tak mudah mengalah.
For me, kalau dah kita kat tempat yang betul..nak buat apa mengalah kan? Tak fair lah macam tu. Takkan sebab kita sayang kan partner kita tu, kita sanggup buang ego kita dan mengalah macam tu aje. Oh no!!!! Tak kisahlah nak kata saya ego ke apa. lalalalaalal!
Sebab tu lah kot, partner semua lari.wahahahahaha!!! So, korang macam mana pulak? Setuju ke lelaki lebih ego daripada perempuan atau sama pendapat macam saya? Share cerita korang dengan partner pun boleh!!

http://www.lizarazak.com/2011/01/betul-ke-lelaki-lebih-ego-daripada-perempuan/

Comments

Popular posts from this blog