Dah semakin ramai perempuan bertudung
Morning Girlsss!!!
Duk perhatikan, dah semakin ramai kawan perempuan aku yang dah start pakai tudung. Kawan online, ataupun kawan kat luar, semua yang dulunya tak bertudung kini dah slow-slow menjinakkan diri start pakai tudung. Bagus, sangat bagus
Aceceeh, bergambar nak tunjuk mata je |
Luck or Karma
Entahlah, aku nak komen kenapa perempuan tak bertudung - sedangkan terang tang tang - hukum bertudung tu wajib (aurat) - tak kena jugak sebab aku tak pernah menjadi perempuan. Daripada tak bertudung kepada bertudung ni merupakan satu hijrah yang sangat besar dan takde sesiapa yang bukak hati tu untuk bertudung melainkan DIA - Allah s.w.t. teruskan bersyukur ya
Sebut pasal hidayah ni, kita tak mampu nak bagi hidayah kat orang. kalau ada anak nama Nurul Hidayah, bolehlah bagi kan? Tapi ni bukannya Nurul Hidayah (nama orang bagi yang lambat) tapi ni adalah petunjuk dari Dia untuk berubah. Jadi, adakah ini nasib baik atau hukum karma?
Luck - Nasib baik
Ni yang baru je start bertudung ni, abang joe nak tanya sikit ni, kenapa agak-agaknya Dia pilih kamu dari kebanyakan perempuan di luar sana untuk berubah dari tidak pakai tudung, kepada terus bertudung. Kenapa agaknya? Patut fikir benda ni dan kalau fikir mendalam, betapa bertuahnya kamu yang dipilih untuk menerima hidayah dari dia
Karma - what u give u get back
Ni yang baru je start bertudung ni, abang joe nak tanya sikit, kenapa kamu memilih untuk bertudung dari tidak bertudung? What u give u get back. Apa yang kita buat, kita dapat balik. Mungkin masa korang tak bertudung dulu, selalu tolong orang, tak kira orang susah ke, orang tak susah ke, semua nak tolong dan orang yang menolong kamu tu yang selalu mendoakan supaya kamu menjadi insan yang baik. who knows? korang jelah yang tahu
Tak kiralah sama ada hukum karma ke, ataupun bernasib baik, bersyukurlah sebab kamu sekarang dah bertudung =)
What the next step?
Aurat tu bukan terletak di rambut, tapi seluruh tubuh kamu. Aku rasa bagi perempuan, cabaran nak pakai pakaian yang menutup aurat sepenuhnya berbanding nak bertudung je atas kepala, cabaran pertama tu jauuuuh lagi susah. So kepada yang baru start bertudung, jangan tunggu lama-lama untuk menutup aurat sepenuhnya. dah boleh start beli baju baru untuk beli pakaian yang bukan bersaiz adik, tapi saiz korang, dah boleh start beli seluar yang tak ketat yang menampakkan punggung dan peha, pendek kata yang menutup aurat sepenuhnyalah
Rilek la abang joe, slow and steady. nak berubah kena slow2
Slow and steady vs Fast and consistent
Bagi yang ada pemikiran macam tu, aku syor baca komik arnab and kura2 versi panjang ni (link) Dah terbukti, bukan dari cerita dongeng sahaja, yang cepat dan konsisten akan menang dengan yang slow and steady ni. Nak berubah pun, kena cepat2. baru boleh menang. Wokeh? Apa-apa pun, joegrimjow akan mendoakan terbaik untuk korang. woho!
Okeh, sampai situ saja dulu. Hipotesis hari ini 'Semakin ramai bertudung, semakin gembira hati joegrimjow' wohoo
Comments
Post a Comment