PEREMPUAN TUDUNG VS PEREMPUAN FREE HAIR!!!!! PART 1
AMARAN KERAS: KEPADA YANG CEPAT TERASA, HATI LEMBUT MACAM DONUT BIG APPLE, ANDA DINASIHATKAN KLIK PANGKAH BERWARNA MERAH DIBAHAGIAN ATAS SEBELAH KANAN.
VS
1. Apa beza perempuan tudung & perempuan free hair?
Perempuan tudung tutup kepala pakai kain perempuan free hair biar ja rambut diorang dilihat orang.
2. Apa yang ko suka dengan perempuan tudung?
Aku suka kalau tetiba dia pakai tudung pastu bukak tudung nampak masa dia free hair. Aku nak tengok comel ke tak. Selalunya tak comel.
3. Apa yang ko suka dengan perempuan free hair?
Aku suka tengok rambut diorang yang macam-macam gaya. Lagi satu kalau perempuan tudung ni dia hipokrit tak macam perempuan free hair.
4. Kenapa ko cakap perempuan tudung hipokrit?
Ko nak tau sebab apa, ko pergi la tanya perempuan pakai tudung sebab apa diorang pakai tudung. Mesti ada yang jawab pakai tudung sebab dari kecil dah pakai,kalau tak pakai nanti mak bapak marah, tak biasa la kalau tak pakai tudung, kalau tak pakai tudung muka tak lawa, pakai tudung sebab rambut tak lawa. Macam-macam la.
5. Kenapa ko cakap perempuan free hair tak hipokrit?
Sebab diorang tak pakai tudung. Diorang tak hipokrit untuk nampakkan diri diorang baik. Biar diorang ja yang tahu baik buruk diri sendiri. Nanti kalau diorang dah insaf mesti diorang pakai tudung dan lagi bagus daripada orang yang pakai tudung dari kecil sebab rasa terpaksa.
6. Kenapa aku tengok ko macam tak suka sangat dengan perempuan pakai tudung?
Okey, aku nak cerita kat ko kisah aku masa kapel dulu, aku pernah kapel dengan sorang perempuan tudung ni. Memang comel la tak perlu dikata, nampak sopan, baik. Tapi semua tu hanyalah kerana dia pakai tudung, aku nampak dia baik.
Rupa-rupanya dia ni spesies yang playgirl, pantang ada lelaki tegur sikit je, mula la dia perasan dia lawa dan attractive sangat. Mula tergedik-gedik sana sini. Kadang-kadang depan aku pun dia camtu. Siap bagitau roomate lagi eh lelaki ni tengok dia, lelaki tu tengok dia. Aku tak tahu tapi roomate dia yang free hair bagitau aku perangai dia ni. Apa lagi, terus la aku belah dengan hati yang terluka sebab kena tipu dek tudung yang dia pakai atas kepala tu.
Lagi satu, perempuan tudung ni aku tengok kalau dah ada boifren boleh pulak bukak tudung bagi boifren tengok. Sama ja tu kiranya dengan perempuan free hair. Bukan main lagi MMS gambar free hair posing camni dan camtu.
7. Dah tu kenapa ko macam suka sangat dengan perempuan free hair?
Aku suka diorang ni sebab diorang ni lagi baik daripada perempuan yang pakai tudung. Bagi aku, perempuan freehair ni lagi susah untuk didampingi daripada perempuan pakai tudung. Lagi satu, perempuan free hair ni kalau kita nak sembang-sembang diorang ni open minded & terus terang. Kira semuanya dia bagitau la tak main nak tapis-tapis. Kalau perempuan bertudung, kalau sembang banyak yang bajet cun, cakap pun baik-baik tapi pada hakikatnya lagi jahat daripada aku.
Aku pernah cuba ngorat perempuan pakai tudung, semua beri balasan positif padahal baru first time tegur. Kalau permpuan free hair ni, sampai aku dah habis sweet pun dia buat tak layan ja. Aku tengok member-member aku, kapel ngan perempuan pakai tudung, keluar jalan-jalan pegang tangan la pelok-pelok la. Tak malu ke dengan tudung atas kepala tu. Kalau perempuan free hair, jarang aku tengok yang sampai pelok-pelok. Habis-habis pun pakai sexy dan pegang-pegang tangan. Takpa la dah memang diorang free hair.
8. Apa nasihat ko kepada perempuan pakai tudung?
Kalau dah pakai tudung tu, buat cara pakai tudung. jangan pula nak pakai baju yang kadang-kadang lagi daring daripada perempuan freehair. Pakai tudung dengan ikhlas kerana Allah dan bukannya sebab adik beradik ke, mak bapak marah ke, tak cun kalau free hair ke. Jaga kelakuan jangan depan nampak baik belakang peluk-peluk dengan boifren, buat bukan-bukan siap kena rakam 3gp lagi.
9. Nasihat ko kepada perempuan free hair?
Aku tau aku banyak support korang, tapi tak semua sebaik yang aku cakapkan. Yang penting korang jangan hipokrit dan terlampau keterlaluan. Jangan terlalu membangga diri dan merasakan diri tu hot. Padahal ramai lagi yang hot dari korang. Dan satu lagi, kalau korang nak pakai tudung pikir masak-masak sebab jangan bila dah pakai tudung perangai serupa masa korang freehair.
Komen aku: Macam-macam orang sekarang ni. Aku tak menyokong mana-mana pihak tapi aku akan cuba bawakan penyokong perempuan tudung untuk temuramah yang akan datang. Bagi aku tak kisah macam mana pun korang, bertudung atau tak pandai-pandai la korang jaga diri. Jangan terjebak ke dunia yang lain. Korang kena pandai menilai sesuatu tu. Dan jangan ikutkan hati je sebab kalau ikutkan hati mati nanti. Sekian daripada aku. Cheers.
Yang Melaporkan,
HakimyJurY
http://beloghakimy.blogspot.com
Tak pakai tudung itu jelas kerana ingkar perintah Allah kerana
ReplyDelete(1) Kewajiban menutup rambut sudah jelas (terang) dalam al-quran dan hadis.
(2) Wanita diharamkan memperagakan bahgian badan melainkan yg dibenarkan (i.e.muka, tapak tangan) tak kira cantik atau hodoh. Hukum tetap hukum.
(3) Secara indirectly mempersendakan perintah Allah apabila mempertikaikan suruhan Nabi agar wanita menutup aurat. Kalau anda belum bersedia memakai tudung, tak payahlah mempertikaikan suruhan Allah ini, baik diam dan tidak bersekongkol dengan perbuatan ini
Bagaimana kita boleh mengaku kita ini Islam sedangkan kita dengan terang dan sombong sekali menzahirkan kepada dunia bahwa kita ini engkar perintah Allah yang amat mudah dilakukan.
Bersetuju sekalilah dengan komen, yang pakai tudungtu kadang kadang lebih daring. Contohnya perangai tak senohoh dan pakaian yang ketat sehinggkan menampakkan susuk tubuh. Apatah lagi bila tudung dibubuh bonggol tiruan supaya konon kononnya nampak macam sanggul. Ini betul betul hipokrit.
Dalam pada itu ramai muslimah yang menutup aurat dengan sebetulnya.