AMARAN KEPADA BLOGGERS: JANGAN SEBAR HADIS PALSU TENTANG KELEBIHAN TERAWIH
Jangan sebar hadis palsu kelebihan terawih
Bulan Ramadhan dah dekat. Tiap-tiap tahun pun mesti ramai bloggers yang share tentang kelebihan solat terawih kat blog masing-masing. Tapi, dalam korang main share tu, tau tak korang yang hadis tu sebenarnya PALSU?
Ni adalah maklumat kepalsuan hadis tersebut di ruangan Portal Jakim, Mufti negeri Terengganu.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali.
Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.
Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut :
"Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..
· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui.
Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

- Baca lebih lanjut di [ sini ] -
Amaran Rasulullah:
Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang2 yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya :
"Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka." (Bukhori, Muslim)
So, kat sini aku nak bagi amaran awal-awal kat semua bloggers. Jangan sesekali korang sebarkan hadis palsu ni. Kat "facebook note" pon sama jugak. Jangan share.
Walaupun niat korang baik untuk sebarkan agama, tapi hadis ni palsu. Tak dapat dipastikan kesahihannya. Daripada nak berbuat baik, mengharapkan syurga. Alih-alih neraka yang menanti. Tak ke sia-sia je?
Aku jugak aku nak ajak korang semua untuk sebarkan amaran ni kat blog masing-masing. Ingat, sebar AMARAN tentang hadis palsu, bukannya sebarkan hadis palsu tu. Amaran ni penting sebagai peringatan untuk kita dan kawan sesama muslim kita daripada terus buat khilaf.
Solat terawih tetap perlu ditunaikan
Owh, jangan ingat sebab hadis tu palsu. Korang tak payah solat terawih pulak ye. Jangan memandai. Kita masih ada hadis yang sohih:
"Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu." (Al-Bukhari)
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Selamat berpuasa. Solat terawih jangan lupa. Semoga Ramadhan ni lebih diberkahi-Nya. InsyaAllah..=)
p/s: Dalam bab agama ni jangan main copy paste je. Pastikan korang selidik dulu, pastikan sahih baru share kat blog ataupun kat mana-mana. Orait?
Comments
Post a Comment