PEREMPUAN TUDUNG VS PEREMPUAN FREE HAIR PART II !!!!
Salam semua. Dulu aku pernah tulis mengenai Perempuan Tudung Vs Perempuan Free Hair. Dan macam-macam reaksi diberikan sebab masa tu aku jalankan survey terhadap lelaki yang suport perempuan Free Hair dan itu adalah pendapat mereka. Untuk Part II pula aku akan masukkan survey terhadap 4 orang perempuan bertudung dan mari kita baca apa pendapat mereka pula dan aku akan olah tanpa menukar fakta yang diberikan mengikut cara aku.
Sejak bila anda memakai tudung??
Kebanyakan mengatakan mereka diajar untuk memakai tudung sejak dari kecil lagi dan ada sebahagian mengatakan mereka terpanggil untuk memakai tudung. Dan kita dapat lihat mereka memakai tudung bukan secara paksaan tetapi telah dididik dan secara sukarela.Adakah pemakaian tudung suatu adat bagi sesetengah orang atau ia adalah satu hukum??
Bagi saya ianya adalah satu hukum tuhan yang tidak boleh di ubah. Tetapi tidak dinafikan sesetengah wanita memakai tudung dan menjadikan ia satu adat atau kebiasaan. Jika tidak pakai tudung nanti takut nampak tak lawa atau tidak biasa. Jadi sebab itu mereka memakai tudung dan ada juga yang melupakan bahagian-bahagian aurat yang lain. Apabila perkara ini berlaku, ia turut akan berkait dengan akhlak seseorang.Adakah pemakaian tudung berkait rapat dengan akhlak??
Sudah semestinya. Dengan pemakaian tudung, kita dapat mengawal segala perbuatan dan tingkah laku kita. Kita akan rasa malu jika orang melihat kita memakai tudung tapi tingkah laku tak betul. Sepatutnya pemakaian tudung dan menutup aurat perlu diselarikan dengan tingkah laku. Jangan hanya pakai tetapi tingkah laku & akhlak melebihi orang yang tidak memakai tudung.Jangan ada yang berfikir akhlak boleh diasingkan dengan pemakaian tudung dan menutup aurat.Ada yang mengatakan, pakai tudung tak semestinya baik. Jadi apa komen anda??
Ikut individu itu sendiri. Jikalau pakai tudung sebab terlalu mengikut trend atau memakai tudung bukan berniat untuk menutup aurat sepenuhnya, ini akan menyebabkan mereka terjebak dengan perkara-perkara yang tak baik. Dan akan terlihatlah sisi jahat mereka. Tapi kalau pakai tudung ikhlas, semua ini tidak akan berlaku. Jika berlaku pun mungkin "TER" sahaja.Sekarang ni, ada pula istilah tutup aurat dan sarung aurat. Apa pandangan anda??
Aurat is aurat. Setiap muslim hendaklah menutup aurat. Sebenarnya tidak patut ada istilah sebegini. Tapi mungkin disebabkan kita lihat sekarang banyak sangat golongan bertudung yang memakai tudung tetapi aurat lain tidak dijaga menjadikan istilah ini berfungsi. Setahu saya, mereka yang digelar menyarung aurat ni kalau pakai tudung tapi baju tetap ketat, pakai leggings dan sebagainya.Jadi bagaimana hendak menutup mulut orang mengenai istilah ini??
Kita tidak boleh tutup mulut orang, tetapi apa yang kita boleh buat menunjukkan mereka cara-cara menutup aurat sebenar. Kita sendiri hendaklah menjadi contoh kepada wanita-wanita bertudung diluar sana. Bagaimana pemakaian tudung yang sebenar yang anda tahu??
Cara sebenar memakai tudung adalah menutup bahagian kepala seperti rambut dan leher. Memakai tudung juga hendaklah menutup bahagian-bahagian lain seperti dada.Terdapat satu fesyen tudung yang menyerupai rahib kristian. Apa pendapat anda??
Saya pernah terdengar mengenai perkara ini dan penjelasannya turut pernah saya dengar. Setiap muslim dilarang meniru atau mengikut apa yang dilakukan oleh golongan Nasrani dan Yahudi. Dalam konteks sekarang, ia mengikut kepada niat seseorang. Jikalau niat untuk meniru ianya tidak digalakkan.Ada sesetengah perempuan free hair akan cepat melenting dan akan mengatakan belum seru untuk mereka memakai tudung. Jadi apa komen anda??
Memakai tudung dan menutup aurat adalah wajib. Bagi perempuan tidak bertudung diluar sana jangan nak terus melenting dan menyalahkan kami yang bertudung. Anda boleh katakan yang anda belum kuat untuk memakai tudung. Dan insyallah satu hari nanti, anda akan mendapat hidayah untuk memakai tudung. Jadi boleh cuba. Saya ingin nasihatkan kepada mereka yang bertudung atau tidak, jangan kita saling menyalahkan satu sama lain. Kerana perbalahan tidak mendatangkan sebarang manfaat. Kita kena sentiasa berdoa yang terbaik untuk mereka.Apa yang anda ingin katakan kepada wanita diluar sana??
Tutup aurat dan pakailah tudung dengan sempurna. Akhlak juga harus dijaga dan jangan pakai tudung tapi tangan masih pegang lelaki, berpeluk sana sini, bergaul sehingga melampaui batas. Akhlak perlu dijaga kerana rugi kita sudah mendapat pahal dengan menutup aurat tapi pahala itu terbuang disebabkan akhlak kita. Jadi saling mengingati antara satu sama lain dan jangan memaksa. Paksaan tidak baik dalam sesuatu proses berdakwah atau perubahan.Okey korang dah tengok the other side of this interview. So korang renung-renungkanlah bersama. Yang baik korang amik buat teladan yang buruk korang buat pengajaran. Aku hanya menulis sebab unfair dulu aku dah tulis side free hair sekarang aku tulis side bertudung pula. Penafian, ini adalah hasil temubual keatas 4 orang respondan yang aku cantumkan. Jangan ada yang nak attack aku. Bab Agama ni lebih baik kalau nak buat rujukan tanya ustaz-ustaz atau mereka yang berkelayakan. Sekian, Salam Cheers.
http://beloghakimy.blogspot.com/2011/05/perempuan-tudung-vs-perempuan-free-hair.html
Comments
Post a Comment