Billy Info |
- Kurang Minum Susu Boleh Bantu Kawal Jerawat
- (GAMBAR) Aksi Aneh Penerjun Ketika Membuat Terjunan
- (GAMBAR) Tragedi Keretapi Laju 'Made in China'
- 10 Tabiat Lelaki MALAS
Posted: 25 Jul 2011 11:14 AM PDT Ini mungkin boleh dijadikan panduan bagi mereka yang sukar mengawal masalah jerawat. Bagi yang mudah terkena jerawat, fikirlah dua kali jika anda suka minum susu. Kajian yang dilakukan oleh Harvard School of Public Health mendapati golongan remaja yang gemar minum susu, tidak kira sedikit ataupun lebih dalam sehari, berkemungkinan mempunyai 45 peratus risiko untuk membentuk kawasan berjerawat di sekitar muka, berbanding dengan mereka yang kurang atau tidak menggemarinya. Hormon androgenik yang ditemui di dalam susu dikatakan menjadi penyebab lain yang membawa kepada pertumbuhan jerawat. Hormon androgenik seperti testosteron biasanya mula terbina di kalangan lelaki dan wanita ketika sudah mencapai akil baligh. Ia bertujuan untuk mengawal pertumbuhan dan mengekalkan karekter maskulin. Elemen lain yang terlibat seperti IGF-1 berfungsi untuk meningkatkan kadar insulin yang membawa kepada peningkatan hormon androgenik dan juga menggalakkan abnormaliti pada sel kulit keratinocytes dikaitkan dengan proses pertumbuhan jerawat. Menurut Dr. Steven Chow, konsultant dermatologi, hormon androgen boleh mempercepatkan pengeluaran sebum pada kulit luar yang melekat dengan folikel rambut. "Sebum yang berlebihan dan sel yang terbina pada saluran akan menutup liang roma dengan plak minyak yang solit dan padat, menyebabkan situasi di mana bakteria dan yis mudah membiak. Sistem imunisasi bertindak akan menyebabkan jerawat atau liang roma tersumbat. "Walaupun begitu, kaitan di antara jerawat dan susu tidak boleh disamakan seperti mengatakan susu menjadi penyebab jerawat. Terdapat banyak faktor lain yang boleh menggalakkan pertumbuhan jerawat seperti tekanan dan alat kosmetik biarpun mengurangkan kadar pengambilan susu akan mengurangkan risiko masalah jerawat. " Apa yang lebih penting untuk kulit yang bersih adalah mengekalkan penjagaan kulit yang baik. Jika terdapat pertumbuhan jerawat dan penggunaan ubat untuk mengelakkannya tidak berhasil, jumpalah pakar untuk mendapatkan penyelesaian rawatan seperti antibiotik, retinoids atau pembedahan jerawat," kata Dr. Steven Chow. |
Posted: 25 Jul 2011 08:08 AM PDT Gambar-gambar di bawah ini dirakamkan oleh seorang fotografer, Ezra Shaw memaparkan memek muka para penerjun ketika membuat terjunan pada saingan kelayakan terjun papan anjal 3 meter lelaki di Kejohanan FINA World Championship, Shanghai baru-baru ini. [sumber] |
Posted: 25 Jul 2011 02:26 AM PDT Isu keselamatan merupakan salah satu isu yang kerap kali dipersoalkan bila menyentuh mengenai barangan buatan China. Itu belum lagi menyentuh mengenai soal kualiti. Tidak hairanlah kejadian kemalangan 'bullet train' ciptaan China yang dimegahkan sebelum ini oleh republik itu, kini menjadi kemarahan bagi kebanyakan rakyat China. Fakta Ringkas kejadian:
Beberapa jam selepas nahas itu, kerajaan melancarkan langkah pembaikan serta-merta keselamatan kereta api kebangsaan, yang menjadi kebimbangan di seluruh negara walaupun sebelum nahas terbaru itu berlaku. Pihak berkuasa memecat tiga pegawai kanan kereta api selepas kemalangan di Shuangyu itu dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pengangkutan itu. Lagi gambar-gambar nahas: source: http://www.channelnewsasia.com, http://english.kyodonews.jp, http://www.news.com.au,http://www.telegraph.co.uk |
Posted: 24 Jul 2011 11:18 PM PDT Rumah bersepah, malas membasuh pakaian dan penampilan selekeh adalah perkara yang selalu dikaitkan dengan lelaki. Tabiat ini walaupun tidak semua lelaki menggemarinya, secara tidak langsungnya mencerminkan lelaki adalah insan pemalas berbanding wanita. Sikap pemalas lelaki ini boleh dikatakan bertitik tolak dari sifat semula jadi lelaki yang sentiasa mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak suka melakukan perkara yang remeh dan bersikap kewanitaan. Namun tidak semua lelaki digambarkan sebagai pemalas kerana ada juga lelaki yang mementingkan semua ini dan teliti dalam banyak perkara. Berikut merupakan 10 habit lelaki pemalas secara am: 1. TIDAK MENCUCI PAKAIAN Rata-rata lelaki zaman sekarang lebih senang menghantar pakaian kotor ke dobi. Tidak kurang juga yang membasuh pakaian sendiri tetapi hanya selepas persalinan bersih dalam almari berkurangan. Seeloknya pakaian perlu dicuci setiap tiga hari bagi mengelak bau yang kurang menyenangkan dan kemungkinan menjadi sarang bakteria atau kuman. 2. MENGEMAS RUMAH Percaya atau tidak, hampir kebanyakan lelaki bujang tidak mengemas rumah selama berbulan-bulan lamanya. Ini kerana mereka tidak mengambil kira mengenai kebersihan rumah kerana bagi mereka rumah hanya sebagai tempat untuk melelapkan mata. 3. TIDAK MENCUCI PINGGAN Sampai berulat dan berbau busuk barulah jejaka mencuci pinggan mangkuk yang bertimbu dalam sink rumah. Tidak cukup dengan itu, kadang kala sampah juga tidak dibuang. Bagi lelaki sebegini adalah elok jika makan di luar atau menggunakan pinggan mangkuk pakai buang saja. Lebih ekstrem, ada lelaki membuang pinggan kotor semata-mata malas menyentalnya dan esok beli pinggan mangkuk lain pula. 4. MENGGOSOK BAJU Pasti semua pernah melakukan habit ini, pakai saja baju tanpa digosok! Mungkin kerana tidak cukup waktu kerana sudah terlambat atau memang lelaki malas untuk menggosok baju. Seharusnya, lelaki mengambil sedikit ruang pada waktu malam atau lapang untuk menggosok semua baju yang perlu dipakai terutamanya untuk ke pejabat. Sesekali, apa salahnya melakukan ‘senaman’ dan mengeluarkan peluh sambil menggosok baju. 5. BERCUKUR Bukan menjadi masalah untuk tidak bercukur kerana ada yang beranggapan lelaki berjambang dan bermisai lebih menarik perhatian. Cuma perlulah dijaga kebersihan diri dan jika ingin menyimpan jambang atau misai sekalipun, kemaskan lah sedikit. 6. RAMBUT KUSUT Jika suatu masa dulu penjagaan rambut amat dititik beratkan dan rambut harus disisip rapi dan kemas. Namun kini rambut kusut adalah satu trend. Perlulah sesuai dengan diri dan jangan terlalu kusut hingga merimaskan mata memandang. 7. TIDAK DATANG KE PEJABAT @ KULIAH Sikap sebegini paling banyak dikesan di kalangan lelaki. Kadang kala tiada sebab tertentu, lelaki cukup malas untuk bergerak dan melakukan kerja di pejabat atau kuliah. Ini perlu diatasi kerana setiap manusia perlu bekerja dan belajar. Tanamkan sikap dan perasaan untuk mempelajari ilmu baru atau meningkatkan prestasi kerjaya. 8. MENCUCI KENDERAAN Bagi lelaki yang ada bajet, mereka boleh mencuci kenderaan mereka di pusat mencuci kereta jika malas melakukannya sendiri. Jika tidak alamatnya, air hujan sajalah yang dapat membersihkan kekotoran pada kenderaan mereka. 9. BANGUN AWAL PAGI Lelaki jika sudah tidur, seolah-olah tidak mahu bangun selama-lamanya. Apatah lagi jika perlu bangkit untuk bekerja atau menghadiri kuliah pagi. Apa yang dibayangkan mereka hanyalah soal kesesakan lalu lintas pada pagi hari selain malas bersiap-siap untuk keluar rumah. 10. MENJAGA PENAMPILAN DIRI Walaupun kelihatan seperti suatu rutin, namun ada perkara yang sering lelaki terlepas pandang. Dari segi penjagaan muka hingga seluruh badan, ia seharusnya diambil kira lelaki. Jangan malas untuk mencuci muka, memotong kuku dan memakai wangian. Walaupun nampak remeh dan sedikit kewanitaan, mereka perlu tahu wanita sukakan lelaki yang bersih. |
Comments
Post a Comment