Kenali Barangan Daripada Kulit Babi ilmu hak umat islam seluruh dunia.... Tolong! "SHARE" !!! Tolong sebarkan ini kepada Saudara kita yang lainnya agar berhat i hati. Selaku umat Islam, kita sewajarnya lebih peka dan berhati-hati dalam membeli sesuatu barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Berikut adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu barangan itu diperbuat daripada kulit babi: 1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK membentuk segitiga. Cuba belek dan perhatikan dengan terperinci, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka MEMANG SAH, itu adalah kulit babi. Jadi, anda seharusnya lebih berhati-hati apabila membeli barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Wala...
Posts
Showing posts from March, 2013
- Get link
- X
- Other Apps
Apabila Penzina Menghina Islam Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah Kebelakangan ini kita dikejutkan dengan kebiadaban pemimpin-pemimpin bukan Islam menghina amalan, undang-undang dan kedudukan Agama Islam yang dilindungi oleh Perlembagaan, secara bertubi-tubi. Seolah-olah ia dirancang begitu rapi, sama ada oleh parti politik, majlis peguam, NGO, individu tertentu dan sebagainya, yang tidak Islam. Pendek kata, mereka bergerak dalam segenap aspek, dalam satu pasukan menggunakan pelbagai label, pendekatan, sama ada secara lantang, licik dan halus. Paling ketara, kita lihat mereka saling sokong-menyokong. Tidak ada yang membantah. Sebagai agama yang bersifat universal, sebenarnya Islam begitu terbuka. Kita boleh ditegur, tidak ada masalah. Parti-parti politik atau orang bukan Islam boleh memberikan teguran dalam perkara lain seperti salah tadbir urus, salah laku peribadi, rasuah dan sebagainya yang dilakukan oleh sesiapa sahaja, tetapi bila tiba kepada perkara berkaitan...
- Get link
- X
- Other Apps
Hukum Wanita Haid Ziarah Kubur Soalan Saya ingin menziarahi kubur arwah suami saya, Cuma saya ingin bertanya apakah wanita yang haid tidak boleh ziarah kubur? Mohon penjelasan ustaz. Jawapan: Menurut ulama’ aliran mazhab Hanafi, ziarah kubur adalah disunatkan kepada lelaki dan wanita. Rasulullah s.a.w. sendiri telah pergi menziarahi perkuburan Baqi’ dan mengucapkan salam kepada orang yang telah mati dengan doa baginda yang bermaksud: ‘Selamat sejahtera wahai penghuni rumah orang yang beriman, dan kami kelak Insya Allah akan menyusuli kamu’. Nabi s.a.w juga bersabda: "Dahulu saya pernah melarang kamu menziarahi kubur tetapi sekarang boleh kamu menziarahinya, kerana menziarahi kubur itu boleh mengingatkan kamu kepada kematian” (Hadis riwayat Imam Muslim), dan pada lafaz yang lain “(menziarahi kubur) mengingatkan kamu kepada akhirat." Manakala Jumhur fuqaha’ pula, mereka menyatakan bahawa ziarah kubur adalah sunat bagi lelaki dan makruh bagi ...
- Get link
- X
- Other Apps
KISAH SEORANG ISTERI BERNAMA SABAH (Wajib Baca) Himpunan Cerita Lawak Pada zaman dahulu ada dara cantik bernama Sabah, berkahwin dengan jejaka tampan bernama Brunei, kehidupan mereka sangat bahagia, aman tenteram, perkahwinan mereka menghasillan ramai anak bumi yang gagah perkasa, mereka kesana kemari menakluk, membuka kota baru dan membesarkan keluarga mereka. Sabah sangat sayang laki dia yang gagah dan berani. Setelah masa berlalu, kehandalan Brunei semakin kurang, apatah lagi dengan kedatangan jejaka mata biru yang gagah dari luar, si Sepanyol dan si British. Isteri Brunei bernama Amanilah dirampas Sepanyol, ditukar namanya jadi Manila. Brunei bergaduh dengan kerabatnya, perang saudara bertahun tahun, Brunei meminta bantuan saudaranya yang bernama Sulu, jika dapat menewaskan kerabatnya maka Brunei menjanjikan menyerahkan isterinya Sabah kepada Sulu. Sulu mengaku Sabah adalah isterinya, walaupun dia tidaklah membantu dalam perang saudara, oleh kerana...
- Get link
- X
- Other Apps
Hidup jangan takbur dan riak بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØْÙ…َÙ†ِ اارَّØِيم السّلا Ù… عليکم ورØمةالله وبرکة Walau siapa pun kita, tinggi mana pun kedudukan kita....sehebat mana pun kita....Hidup biarlah berpada-pada. Tak perlu kita bersikap takbur dan riak. Sesungguhnya sikap takbur dan riak itu adalah sifat syaitan. Malam ini Allah SWT telah membuktikan kepada kita semua. Walau cantik mana sekalipun perancangan kita, cantik dan indah lagi perancangan dari-Nya. Siapa terfikir, orang yang kita sangka lemah dan kita beranggapan orang kita terlalu kuat baginya mampu menewaskan dan mengaibkan kita hanya dengan sedikit kealpaan diri kita dan pertolongan dari Allah buat mereka. Abg long nak pesan kepada semua pencinta bola sepak Malaysia, usahalah anda bersikap takbur dan riak atas apa yang bukan hak mutlak anda. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani. Segala perancangan ada pada-Nya. Terlalu banyak bukti yang tel...