Pesanan rasulullah terhadap wanita ...
1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).
2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar
melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia
adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
(Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)
3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana
keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah
yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.
4) Wanita apabila
ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan
serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia
kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).
5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk
suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat,
tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)
6) Apabila lari seorang
wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia
kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat
dari Hassan).
7) Wanita yang taat pada suami, semua
burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan
bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya
dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
8)
Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang
berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan
tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari
bakaran api neraka.
9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya
di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih
dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya
di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke
mahligai suaminya dan mengadapnya.
10) Ya Fatimah, jika
seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong
kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai
syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya
menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah
baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian
Siratul-mustaqim
Comments
Post a Comment