- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Sunday, March 31, 2013








Hidup jangan takbur dan riak

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Walau siapa pun kita, tinggi mana pun kedudukan kita....sehebat mana pun kita....Hidup biarlah berpada-pada. Tak perlu kita bersikap takbur dan riak. Sesungguhnya sikap takbur dan riak itu adalah sifat syaitan. 

Malam ini Allah SWT telah membuktikan kepada kita semua. Walau cantik mana sekalipun perancangan kita, cantik dan indah lagi perancangan dari-Nya. Siapa terfikir, orang yang kita sangka lemah dan kita beranggapan orang kita terlalu kuat baginya mampu menewaskan dan mengaibkan kita hanya dengan sedikit kealpaan diri kita dan pertolongan dari Allah buat mereka.

Abg long nak pesan kepada semua pencinta bola sepak Malaysia, usahalah anda bersikap takbur dan riak atas apa yang bukan hak mutlak anda. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani. Segala perancangan ada pada-Nya.

Terlalu banyak bukti yang telah ada di depan mata. Ambil la ia sebagai pedoman dan sempadan dalam kita melatari sukan bola sepak negara kita. Jauhkan la dari sifat-sifat mazmumah melatari kehidupan kita sehari-hari. Jadilah pencinta dan pendokong bola sepak yang berperibadi tinggi. Usaha la kita memperkecilkan pihak lawan. Jauhkan diri kita dari caci maki, sumpah seranah serta kata nista yang boleh merosakkan ukhuwah sesama kita.

Jangan hanya sebiji bola kita lupa suruhan dan larangan Dia. Memang kita berhak dan hak masing2 untuk menyuarakan padangan serta kritikan. Namun biarlah itu semua dilakukan dalam batas-batas keagamaan. Islam tidak mengajar umatnya bersikap takbur dan riak. 

Imam al-Ghazali dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' berkata, takbur akan menjadi batas pemisah antara seseorang dengan kemuliaan akhlak. Orang takbur akan selalu mendustakan kebenaran, menganggap rendah orang lain dan meninggikan dirinya. Sedikit saja di hati ada sikap takbur, maka syurga akan menjauh, amalan tidak mempunyai erti.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sikap takbur walaupun sebesar debu.” (Hadis riwayat Muslim)

Jika mereka ingin takbur dan riak, usah la kita ikut menari dalam lenggok irama tari  sumbang mereka. Sebaliknya, kita tegur secara berhemah agar mereka mengetahui kesilapan mereka, agar mereka pantas memperbaiki kekurangan dan kehuduhan tersebut dikemudian hari. Usah la kita terus membiarkan mereka terus hanyut dengan keegooan mereka. Jangan terus biarkan mereka teraba-raba dalam cahaya. Pimpin dan santuni lah mereka dengan seadanya. 

Bersama la kita saling ingat-mengingati......nasihat-menasihati, berpesan-pesan untuk kebaikkan.

Jauhi sifat takbur dan riak bukan sahaja dalam arena bola sepak tetapi dalam apa jua  aspek kehidupan. Usah melatari sifat takbur dan riak diberanda kehidupan, kelak busuk dia boleh menerawang sampai ke dalam. Sesungguhnya takbur dan riak itu sifat syaitan....low profiles itu kan sweet.. Pesan arwah nenek, "Biar hidup merendah diri,jika ingin diri disayangi".


Usaha nak bertakbur dan beriak bagai sebab Allah bayar cash NO hutang-hutang. Kat 'sana' tu lain kira bayaran dia.

Kepada yang menang perlawanan taniah dan syabas abg long diucapkan. Kepada yang kalah  pula belajar la dari kesilapan dan kekurangan. Kalah bukan bermakna sudah tertutup pintu kemenangan. Bukan penamat sebuah perjuangan. Kepada yang bakal turun ke medan pertarungan, SELAMAT BERJUANG.

Jazakallah

http://amiraimanakashah.blogspot.com

CREATION OF MAN


TAFSIR


JIRAN ALLAH

TERLINTAS DI HATI

PEMBAZIRAN

HALAL DAN HARAM


 HIDUP SEKADAR HIDUP

ALLAH DEKAT




No comments:

Post a Comment