Khasiat dan kelebihan daging kambing
Ramai orang kata daging kambing ini panaslah, dan macam-macam
lagilah akibat makan daging kambing ni. Tetapi, tahukah anda khasiat dan
kelebihan daging kambing berbanding daging lain? Okey, tanpa membuang masa dan
tenaga, mari kita lihat apa yang ada dalam daging kambing ni sehingga
menjadikan ia daging yang terbaek!
Kelebihan Daging Kambing
Mereka yang berpangkat doktor menyarankan kita supaya
mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh
menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan
kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding
sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.
Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran
Rasulullah. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat
(yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka
keluarkan.Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan
daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar
terapi kambing.
Daging kambing adalah daging yang paling baik
Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging
kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini
disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan
lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan
daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang
menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging
kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan
mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu
dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging
kambing.
Pengurai Kolestrol Tepu
Daging kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia
terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan
yang tidak sihat.
Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3
terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang
telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja
yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu,
kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan
melainkan dengan kolestrol kambing sahaja.
Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk
menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya
kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan
yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium
Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh
dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok
.
Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti
Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah
yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang
menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu
darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan
mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti
pening.
Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein
yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan
pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing
sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah
tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan
penyakit darah tinggi.
Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol
yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan)
jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging
kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut
mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol
kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam
badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas
badan, berpeluh dan telinga berdengung.
Mencantikkan Kulit
Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam
daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan
ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan
mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.
Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan
ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas
dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit
kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari.
Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit
daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.
Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara
semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.
Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan
Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3).
Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan
kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan
perasaan kasih sayang.
Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya
apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan
perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh
dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan
membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).
Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan
gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging
kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan
getaran kecintaan.
http://hanyzan30.blogspot.com
http://hanyzan30.blogspot.com
Comments
Post a Comment