Sindiket kad ATM palsu oleh warga asing,semakin licik



atmSINDIKET penipuan kad kredit dan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) palsu yang didalangi warga asing semakin licik. Mereka menjadikan beberapa cawangan bank di Malaysia sebagai pusat pengeluaran wang dengan menggunakan kad palsu itu.
 
Penipuan kad kini turut berlaku di seluruh dunia, terdapat pelbagai cara digunakan mereka untuk memperoleh kemewahan dalam tempoh singkat.
 
Sindiket berkenaan dipercayai menghasilkan kad palsu berkenaan dengan menggunakan maklumat mangsa yang diperoleh melalui spam atau Phising dan menggodam maklumat data peribadi.
 
Penjenayah berkenaan juga memperoleh data akaun mangsa yang disimpan dalam jalur magnet dengan menggunakan alat mesin magnetic stripe card reader/writer bagi menghasilkan kad palsu.
 
Kegiatan itu dibongkar melalui kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pihak berkuasa antarabangsa bagi mengesan aktiviti pengeluaran wang melalui mesin ATM bank antarabangsa di negara ini menggunakan kad kredit dan ATM palsu yang dipercayai dibuat di luar negara.
 
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, polis merampas 533 keping kad kredit dan kad ATM palsu pelbagai bank luar negara, wang tunai RM4,703, USD4,182 (RM12,975), Dolar Kanada 4.185 (RM12,674) serta mata wang lain dalam serbuan pada Februari lalu.
 
“Kami berjaya memberkas 25 anggota sindiket yang berusia dalam lingkungan 23 dan 54 tahun, pada 20 dan 22 Februari lalu di sekitar ibu negara.” katanya.

Modus operandi
 
1. Ketua sindiket yang dipercayai warganegara Kanada berketurunan Sri Lanka menghantar kad palsu itu ke Malaysia melalui perkhidmatan kurier dari Kanada.

2. Penyelia sindiket yang berada di negara ini, penyelia itu juga akan memasukkan data akaun ke dalam kad berkenaan melalui mesin mini magnetic stripe card reader/writer. Setiap kad hanya akan digunakan sekali saja.

3. Penyelia berkenaan mengagihkan 60 keping kad kepada setiap kumpulan kecil yang dianggotai tiga orang bagi tujuan pengeluaran wang tunai di ATM bank yang dikenal pasti. Sindiket itu mampu mengeluarkan sehingga RM20,000 sehari.

4. Wang pengeluaran itu akan diserahkan kepada penyelia dan anggota sindiket akan mendapat habuan 10 peratus bagi setiap pengeluaran.

5. Sindiket itu juga sering bertukar anggota bagi mengaburi mata pihak berkuasa, setiap anggota dipercayai hanya akan berada di negara ini dalam tempoh tiga bulan saja menggunakan pas lawatan sosial.
– SH
 
http://www.kualalumpurpost.net

Comments

Popular posts from this blog