Pegawai Tadbir Diplomatik – Exam PAC Dan Temu Duga
Bagi memasuki perkhidmatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD), seseorang calon itu perlu terlebih dahulu mendaftar dengan pihak Suruhanraya Perkhidmatan Awam sama ada melalui Borang SPA 8 ataupun secara online di laman http://www.spa.gov.my. Secara umumnya, semua calon akan melalui tiga tapisan sebelum mereka dilantik sebagai pegawai PTD.
Peperiksaan
Hanya mereka yang mempunyai kelayakan minimum sekurang-kurangnya
ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang diiktiraf sama ada daripada
universiti tempatan mahupun luar negara, akan dipanggil untuk mengambil
peperiksaan khas bagi memasuki perkhidmatan PTD ini.
Soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan tersebut meliputi
pelbagai bidang pengetahuan, berbentuk objektif dan subjektif serta
terbahagi kepada lima bahagian seperti berikut:
Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
Seksyen C – Pengertian dan kefahaman terhadap esei-esei.
Seksyen D – Menulis esei Bahasa Melayu.
Seksyen E – Menulis esei Bahasa Inggeris.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
Seksyen C – Pengertian dan kefahaman terhadap esei-esei.
Seksyen D – Menulis esei Bahasa Melayu.
Seksyen E – Menulis esei Bahasa Inggeris.
PTD Assessment Centre (PAC)
Hanya mereka yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan dipanggil untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu PTD Assessment Centre (PAC). PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temu duga
dan lantikan ke perkhidmatan awam. Pelaksanaan PAC ini bermula sejak
tahun 1999 dengan melibatkan kesemua INTAN kampus wilayah termasuk INTAN
Sabah dan INTAN Sarawak.
Program penilaian ini akan dilaksanakan selama tiga hari. Aspek-aspek kompetensi yang akan diuji adalah seperti berikut:
KOMPETENSI
|
PEMERHATIAN
|
PENGERTIAN
|
Kualiti Personal | Tatakelakuan | Mempunyai perilaku dan nilai murni selaras dengan nilai keIslaman dan budaya ketimuran |
Penampilan | Mempunyai imej dan penampilan diri yang membolehkan kehadirannya dirasai dan disenangi dalam sebarang suasana | |
Keyakinan Diri | Yakin terhadap kebolehan diri dan berani menghadapi tugasan serta mempunyai daya tahan(tolerence level) yang tinggi terhadap cabaran dan masalah yang dihadapi (mental dan fizikal) | |
Penggerak Kumpulan | Keupayaan untuk mengurus dan bekerjasama sebagai satu pasukan | |
Potensi Kepimpinan | Mempunyai potensi sebagai seorang pemimpin yang baik | |
Pengetahuan | Kematangan idea | Berupaya mencetuskan idea yang matang, substantif, relevan dan diterima |
Kemahiran | Kemahiran berkomunikasi | Berkebolehan berkomunikasi di kalangan rakan dengan yakin dan berkesan |
Pengucapan awam/Public speaking | Kebolehan untuk menyampaikan idea, maklumat dan maksud dengan yakin dan berkesan | |
Debat ala parlimen | Kebolehan menyampaikan idea, maklumat dengan yakin dan berhemah |
Calon-calon akan turut menjalani ujian kecergasan iaitu larian 2.4 km
dengan kiraan masa. Selain itu, mereka juga perlu mengikuti latihan
jasmani yang lain.
Temu duga
Tapisan terakhir yang perlu ditempuhi oleh calon-calon sebelum mereka layak diterima sebagai PTD adalah temu duga yang dijalankan oleh pihak SPA. Penilaian calon semasa PAC akan diuruskan oleh Urus setia PAC
dengan menyedia dan menyelenggara satu pangkalan data markah. Nama-nama
calon akan disusun mengikut keutamaan atau ranking dan kemudiannya akan
dibentang serta diserahkan kepada SPA. Hanya mereka yang mendapat
penilaian yang tinggi sahaja dan benar-benar berkeupayaan akan dipanggil
untuk mengikuti temu duga bagi memasuki ke perkhidmatan PTD
Lantikan
Mereka yang berjaya dalam proses temu duga akan menerima surat
tawaran pelantikan sebagai pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik.
Untuk menjadikan para pegawai PTD muda yang baru dilantik ini memiliki
tahap pengetahuan, kemahiran dan budaya kerja yang cemerlang,
program-program khusus telah diatur bagi mencapai matlamat tersebut.
Secara umumnya terdapat empat tahap latihan yang perlu diikuti secara
mandatori oleh pegawai PTD lantikan baru.
Tahap 1 : Kursus PTD Unggul
Unggul bermaksud tersohor, terbilang atau something beyond the ordinary. Sememangnya perkhidmatan PTD
memerlukan penjawatnya mempamerkan budaya kerja unggul supaya mereka
dapat memimpin dengan berkesan, memenuhi kehendak dan keperluan negara
serta mampu menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan yang mendatang.
Oleh itu peringkat ini menyediakan tahap keperluan yang paling asas bagi
perkhidmatan seorang pegawai PTD.
Modul PTD Unggul ini dilaksanakan di kampus-kampus INTAN yang
terpilih bagi tempoh selama 10 hari yang bertujuan untuk mencapai
objektif-objektif berikut:
- mempertingkatkan kesedaran para peserta dengan nilai-nilai murni demi kecemerlangan diri, organisasi dan negara;
- memupuk pengetahuan para peserta tentang aspirasi dan hasrat stakeholders terhadap perkhidmatan awam yang unggul pada masa hadapan; dan
- mendedahkan para peserta kepada sistem pembelajaran bersepadu merangkumi aspek jasmani, mental dan rohani bagi melahirkan insan yang seimbang.
Penyumbang input kepada modul ini terdiri daripada pegawai-pegawai
kanan perkhidmatan awam yang berpengalaman luas dalam bidang
masing-masing. Pada akhir modul ini, para pegawai PTD lantikan
baru ini akan mengetahui penempatan tugas masing-masing iaitu sama ada
di agensi pusat, kementerian, jabatan ataupun negeri.
Tahap 2 : Penempatan di Kementerian atau Jabatan
Pada peringkat ini, seseorang pegawai PTD muda akan di
ditempatkan di mana-mana bahagian atau cawangan di kementerian atau
jabatan sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri. Sebagai
peneraju perkhidmatan awam, penempatan di jabatan kerajaan ini bertujuan
untuk mengukuhkan kesedaran mereka mengenai tanggungjawab sebagai
pemimpin, perencana dan pelaksana dasar-dasar negara serta penasihat
kepada kerajaan kelak. Semasa penempatan ini, mereka turut dilatih
secara on the job training untuk membolehkan mereka memahami dan
menguasai tugas sebagai penjawat awam.
Tahap 3 : Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA)
Pada tahap ini pegawai PTD muda akan dipanggil untuk mengikuti
Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) selama enam bulan di INTAN, Kampus
Utama Bukit Kiara. Kursus ini perlu diikuti dengan jayanya kerana ia
adalah syarat utama bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan PTD
gred M 41. INTAN sebagai institusi latihan utama dalam sektor awam
bertanggungjawab mengendalikan Kursus DPA ini yang berbentuk intensif
dan sepenuh masa. Matlamat kursus ini adalah untuk:
Melahirkan pegawai PTD yang berketrampilan dan mampu menghasilkan prestasi dan produktiviti yang tinggi melalui amalan budaya kerja cemerlang;
Membentuk pegawai PTD yang sentiasa peka kepada kehendak-kehendak pelanggan, memiliki nilai-nilai kemanusiaan, berhemah tinggi, berbudaya (cultured) dan berdisiplin serta mengamalkan kerjasama berpasukan yang berkesan;
Melahirkan pegawai PTD yang patuh kepada agama, taat-setia kepada bangsa dan negara, bangga terhadap perkhidmatannya serta memahami dan mendokong dasar-dasar pembangunan negara; dan
Melahirkan pegawai PTD yang berfikiran global dan berupaya menangani perubahan persekitaran yang dinamik.
Melahirkan pegawai PTD yang berketrampilan dan mampu menghasilkan prestasi dan produktiviti yang tinggi melalui amalan budaya kerja cemerlang;
Membentuk pegawai PTD yang sentiasa peka kepada kehendak-kehendak pelanggan, memiliki nilai-nilai kemanusiaan, berhemah tinggi, berbudaya (cultured) dan berdisiplin serta mengamalkan kerjasama berpasukan yang berkesan;
Melahirkan pegawai PTD yang patuh kepada agama, taat-setia kepada bangsa dan negara, bangga terhadap perkhidmatannya serta memahami dan mendokong dasar-dasar pembangunan negara; dan
Melahirkan pegawai PTD yang berfikiran global dan berupaya menangani perubahan persekitaran yang dinamik.
Pendekatan Kursus DPA ini terbahagi kepada dua iaitu latihan akademik
dan latihan bukan akademik. Latihan akademik merujuk kepada aspek
pembelajaran secara ilmiah dalam bilik kuliah. Modul-modul akademik yang
dibentuk adalah berasaskan kepada lapan bidang teras PTD iaitu
pengurusan sumber kewangan, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber
manusia dan organisasi, hubungan antarabangsa dan hal-ehwal dalam
negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, pentadbiran dan
pembangunan tanah, daerah dan tempatan, perancangan dan pentadbiran
sosial serta keselamatan dan pertahanan negara. Peserta didedahkan
kepada pelbagai input berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan
organisasi, pengurusan ekonomi dan kewangan, perlembagaan dan
undang-undang, bahasa dan komunikasi dan sebagainya bagi melengkapkan
mereka menjadi pegawai yang kompeten.
Latihan bukan akademik bertujuan untuk membentuk peningkatan
disiplin, ketahanan fizikal, mental, rohani dan spiritual para peserta
melalui pembelajaran luar bilik kuliah, latihan ketenteraan, pengurusan
bencana, aktiviti lasak dan sistem mentor-mentee. Melalui pendekatan
ini, peserta Kursus DPA perlu menjalani latihan lasak, antaranya modul
ketahanan diri dan disiplin di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA),
Maktab Polis Di Raja Malaysia, Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat serta
Outward Bound School. Latihan lasak ini adalah khusus untuk pembentukan
sahsiah diri (character building) dan peningkatan tahap disiplin yang
tinggi. Selain itu juga beberapa subjek lain seperti etika sosial,
protokol, pengucapan awam, lawatan sambil belajar, event management,
sukan dan sebagainya turut dimuatkan dalam latihan bukan akademik ini.
Tahap 4 : PTD Training Roadmap
Tahap keempat dilaksanakan selepas pegawai PTD muda menamatkan
Kursus DPA dan kembali berkhidmat ke kementerian atau jabatan
masing-masing. Berdasarkan kepada konsep pembelajaran berterusan, mereka
ini akan dipanggil untuk mengikuti siri kursus yang dikenali sebagai PTD
Training Roadmap, gred M 41. Pemilihan peserta untuk mengikuti kursus
ini akan ditentukan oleh Bahagian Perkhidmatan, JPA. Objektif
kursus-kursus dalam siri ini adalah untuk meningkatkan kompetensi dan
kepakaran para pegawai PTD muda dalam bidang-bidang khusus iaitu seperti berikut:
- Penulisan kertas cadangan dan laporan berkualiti
- Kemahiran komunikasi dan interpersonal
- Pengurusan kewangan dan akauntabiliti
- Pengurusan dasar sektor awam
- Pengurusan sumber manusia di sektor awam
- Perancangan dan pengurusan projek
- Kemahiran perancangan strategik
- Metodologi penyelidikan
- Pentadbiran tanah
http://kerja.rajakamil.biz
Comments
Post a Comment