Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Berikut disenaraikan beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati:
  1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa-ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakanlah “Ya Allah jadikanlah hatiku bersih”.
  2. Selawat ke atas Nabi  Muhammad s.a.w. paling minima 100 kali sehari. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, fikiran tenang, murah rezeki dan anda disayangi.
  3. Solat Taubat-Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati serta memberi kelapangan hati dan fikiran.
  4. Membaca al-Quran-Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh dan terapi.
  5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari-Semasa meminta maaf zahirkan kesalahan yang dibuat jika ada.
  6. Bisikan kepada diri perkara yang positif-Jangan sesekali mengkritik, mengutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
  7. Program minda/cuci minda-Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya-CUBALAH!!
  8. Berpuasa-Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
  9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak tergamak kerana bimbang akan mati pada bila-bila masa)
  10. Kekalkan wudhuk.
  11. Bersedekah.
  12. Belanja orang makan.
  13. Jaga makanan-jangan makan makanan yang syubhah.
  14. Berkawan dengan ulama
  15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi diri)
  16. Pesan pada orang supaya menjadi baik.
  17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut..dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.



Sumber: KERAMAT SEBUAH HATI-Mohammad Qayyum A.Badaruddin

Comments

Popular posts from this blog