HUBUNGAN BAIK DENGAN KAWAN
Islam menyuruh kita untuk berkenal-kenalan dengan seberapa ramai
orang yang boleh. Ada banyak kelebihan kalau kita ada ramai kenalan atau
kawan.
Antaranya kawan kita boleh menjadi :
- tempat kita meluah perasaan
- teman untuk kita berborak dan bertukar-tukar fikiran
- boleh juga jadi pelanggan (kalau kita berniaga)
- boleh menjadi teman dikala kita kesunyian @ boring
- boleh juga jadi penasihat kita kalau kita dalam kebuntuan
- dan banyak lagi laaa…
Pepatah Melayu pun ada mengatakan ;
Berkawan biar beribu, berkasih biar satu!
Bermaksud, kita digalakkan untuk berkawan dengan seberapa ramai orang yang boleh.
Cuma persoalannya sekarang ialah ;
Bagaimanakah kita dapat mengekalkan hubungan baik dengan kawan kita yang sedia ada? Apakah caranya untuk kita kekalkan hubungan dengan kawan-kawan kita?
Berikut ini saya kongsikan 6 tips berkesan bagaimana untuk mengekalkan hubungan baik dengan kawan-kawan kita.
- 1. Sebarkanlah salam
Kalau anda jumpa kawan, pastikan anda beri salam dulu. Dan bila nak
berpisah pun, ucap juga salam kepadanya. Fahami maksud kalimah salam
itu. Dan ucapkanlah dengan penuh keikhlasan dan dengan niat kita berdoa
kepada Allah supaya Allah sejahterakan sahabat kita tu.
Mengenai salam ni, nabi SAW ada berpesan dalam sabdanya ”
”Sesungguhnya manusia yang paling utama di sisi Allah ialah sesiapa yang memulakan salam.” (Hadith riwayat Abu Daud)
- 2. Kenali perangai kawan anda
Bak kata pepatah Melayu ;
”Tak kenal, maka tak cinta”.
Bermakna anda kena betul-betul mengenali siapa kawan anda. Adakah
anda tahu faham perangai kawan-kawan anda? Apa kelemahan mereka? Apa
kelebihan mereka? Dengan mengenali mereka sebenar-benarnya, anda dengan
mudah dapat bertolak ansur dan memaafkan sekiranya berlaku perselisihan
pendapat. Jadi, kenali mereka dan layan mereka mengikut personaliti
mereka.
- 3. Menjadi pembela kepada kawan anda
Kalau kawan anda kena aniaya, kena kutuk atau kena umpat ker, anda
kena la menjadi pembela kepada mereka. Kalau ada orang lain cerita
keburukan mereka, jangan la anda mengiakan pula. Anda kena menafikannya
dan cover mereka sebaik mungkin. Cerita tentang kebaikan mereka. Anda
kena jadi penyokong, pemberi semangat dan menyebelahi kawan anda.
- 4. Saling memaafkan
Kadang-kadang berlaku pergeseran atau perbalahan @ perselisihan faham
antar anda dengan kawan anda. Itu perkara biasa. Kita kan manusia
biasa. Sedangkan lidah lagi tergigit maa. Yang penting, anda jangan
mudah ambil hati. Saling bermaafanlah dengan kawan anda. Kalau dia
sakitkan hati anda, maafkanlah dia. Kalau anda pula yang telah melukakan
hati dia (samada secara sengaja atau tidak), anda jangan segan untuk
minta maaf. Minta maaf dan kira kosong-kosong balik.
- 5. Setia dalam persahabatan
Jangan khianati persahabatan anda. Contohnya, kalau kawan anda ada
kongsi pengalamannya dan minta dirahsiakan. Jangan pula anda jaja cerita
tu pada orang lain. Anda kena jaga amanah, jaga rahsia dan tidak
mendedahkan keburukan kawan-kawan anda kepada orang lain. Jangan
sekali-kali TIKAM BELAKANG kawan anda.
- 6. Saling mendoakan
Jangan lupa untuk doakan kebaikan untuk kawan-kawan anda. Sebutlah
nama mereka dalam doa anda. Doa adalah senjata yang paling ampuh dalam
mengekalkan hubungan. Doakan apa saja kebaikan untuk kawan anda.
Berdoalah pada Allah supaya hubungan anda dengan kawan-kawan sentiasa
baik, mesra dan berkasih sayang antara sesama anda.
(* Option : Kalau ada sesiapa nak amalkan doa pengasih (untuk tujuan kebaikan saja), boleh la dapatkan koleksi doa pengasih di sini –> http://pakarhowto.com/doapengasih )
InsyaAllah, saya yakin, sekiranya anda amalkan 6 tips di atas tu, pastinya hubungan baik anda dengan kawan akan dapat dikekalkan.
Kongsikan artikel ini dengan semua kawan-kawan anda supaya mereka juga memahami perkara ini. Dan seterusnya menjaga hubungan baik dengan anda sebagai kawan mereka.
Saya doakan semoga hubungan persahabatan anda berkekalan dan sentiasa mesra. Aamiinn.
http://www.kmasjid.com.my
Comments
Post a Comment