Tidur Kurang 6 Jam Boleh Membawa Maut
TIDUR.. Janganlah dipandang ringan..
Terkejut juga Mak Dara bila baca wall post teman Mak Dara tadi..
Mengenai keratan akhbar artikel mengenai Tidur dan sekiranya kurang dari
6 jam masa yang diambil untuk tidur maka kita mungkin berdepan maut..
Jadi berapa jam kah anda tidur dalam seharai? Mak Dara paling nervous bila baca artikel mengenai hal ini. Ini kerana Mak Dara adalah pengidap penyakit INSOMNIA. Tidur Mak Dara tak ubah seperti tidur tidur ayam. Pasti akan berpusing pusing badan lebih dari seratus kali pada setiap malam.. Dan tatkala tidur pastinya otak Mak Dara semakin aktif dan ligat berfikir.. Entah apa apa yang difikirkan mka dara namun itulah anatara yang dialami oleh pesakit insomnia macam Mak Dara ni..
Pernah Mak Dara tak tahan dan pergi mendapatkan rawatan dan meminta ubat tidur dari doktor namun ubat ubat seperti itu tidak digalakkan dan Mak Dara pernah dicadangkan untuk membuat kaunseling di HKL.. wahh dah rupa macam sakit jiwa pulak rasanya. Namun Doktor menyatakan itu hanyalah antara rawatan untuk pesakit Insomnia bagi mengetahui kenapa dan apakah punca tidak dapat tidur.. Hmmm pada yang dapat tidur dengan nyenyak tu jangan lah sia siakan tidur anda kerana ia umpama satu kemewahan yang tak dapat kami sebagai pesakit insomnia perolehi dan rasai..
http://www.bicaramakdara.com
Comments
Post a Comment