- Get link
- X
- Other Apps
Tangkal dan Azimat Pada Mayat Pengganas Sulu
KEPERCAYAAN pada amalan mistik dan karut-marut di kalangan pengganas militan Sulu bukan satu rahsia lagi.
Ini dibuktikan
dengan kejayaan pihak keselamatan merampas pelbagai tangkal dan azimat
daripada pengganas yang berjaya ditembak mati.
Menurut sumber,
di antara 61 orang pengganas yang berjaya dibunuh dalam pertempuran
dengan pasukan keselamatan negara, salah seorang daripadanya dikenal
pasti individu yang cukup ‘dihormati’ di kalangan pengganas kerana
‘kemampuannya’ dalam perkara berkaitan.
Dikenali sebagai
Pawang, lelaki tua itu dikatakan agak lemah dari sudut fizikal tetapi
kemampuannya dalam ilmu kebal membuatkan kelibatnya cukup dihormati di
kalangan pengganas yang terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad
Datu ini.
Malah disebabkan
‘kelebihannya’ itu jugalah, Mynewshub.my difahamkan yang Pawang
dikatakan antara mereka yang terlibat dalam rundingan awal dengan pihak
keselamatan ketika mereka mula-mula mendarat di Lahad Datu ini.
Namun ternyata
Pawang juga manusia biasa, dia akhirnya terbunuh dalam salah satu siri
pertempuran dengan pihak polis dan tentera kita.
Difahamkan, mayatnya ditemui diselimuti karpet sewaktu operasi penggeledahan dibuat.
Sementara itu
menurut sumber pertahanan, tiada individu tertentu yang ditetapkan untuk
menjadi ‘sasaran’ dalam setiap operasi yang dilancarkan.
” Dalam setiap
operasi yang kita lancarkan, semuanya dianggap petualang dan musuh yang
perlu ditangkap atau dihapuskan demi menjaga kedaulatan negara.
"Yang mati
mungkin seorang komander, seorang bomoh, seorang pengikut atau sesiapa
saja…maknanya di sini, selagi dia enggan menyerah diri dan berterusan
untuk melanggar undang-undang, dia terpaksa menerima akibatnya!,”
katanya.
http://www.takmungkinbenar.com/

Comments
Post a Comment