HUBUNGAN SUAMI ISTERI



Petua ini khas untuk suami isteri atau bakal mendirikan rumahtangga :

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh,satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang. WOW!

25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.

26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari. I Love u too..

27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

31. Basuhkan kereta yang dipakainya.

32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.

33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya. Yeay!

35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.

36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

48. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

54. Solat bersama dan berdoa bersama.

55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau.Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

62. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.

75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.
1. Komunikasi antara suami-isteri amatlah penting. Segala permasalahan yang berlaku dalam rumahtangga hendaklah di bawa berbincang. Sekiranya ada perasaan tidak puas hati antara satu sama lain, luahkan, jangan disimpan terlampau lama. Jika tidak diluahkan pasangan tidak tahu apa yang anda rasai.

2. Elakkan pertengkaran yang berpanjangan. Pertengkaran antara suami-isteri adalah perkara biasa, adalah mustahil sekiranya tidak terdapat perselisihan faham antara suami-isteri. Sekiranya bertengkar salah seorang mesti lah beralah sama ada suami atau isteri, keluar rumah ke ambil angin, bagi tenangkan kembali ataupun redakan perasaan marah tu. Bila kita berada dalam keadaan marah, apa yang dikata atau apa yang kita lakukan akan lebih dipengaruhi oleh emosi. Masa ni lah macam-macam perkataan yang “sedap” akan keluar yang mana akan menyinggung perasaan antara satu sama lain.

3. Tolong-menolong dalam melakukan kerja rumah. Zaman sekarang ni ramai yang isteri keluar bekerja. Yang mana isteri-isteri sama-sama bekerja, jadi para suami kena lah membantu isteri. Janganlah dibiarkan isteri melakukan semua kerja rumah. Letih oooo, cuba la bayangkan pagi2 isteri dah bangun siapkan sarapan, siapkan anak-anak ke sekolah, lepas tu pergi kerja. Balik dari kerja pulak kena masak, basuh kain, sidai kain, angkat kain, lipat kain, uruskan anak-anak, hidang makan malam, basuh pinggan mangkuk, tengok buku sekolah anak-anak lagi, ajar anak mengaji lagi…bunyi macam kerja-kerja ringan tapi cuba la para suami melakukan semua kerja tersebut. Kalau yang mana ada pembantu rumah, mungkin ringan sikit la beban para isteri. Jadi kepada para suami tu tolong menolong la…jangan sibuk dengan hal sendiri jer, balik rumah..baca suratkhabar, hisap rokok, borak-borak dengan kawan-kawan, pergi main badminton. Fikir-fikir lah...bab cari duit sama-sama tapi bab nak urus rumahtangga serah bulat-bulat pada isteri, lepas tu komplen tak dapat layanan dari isteri, isteri selekeh la…macam-macam lah.

4. Rumah hendaklah sentiasa kemas dan bersih. Jangan lah dibiarkan pinggan mangkuk penuh disinki, sebelum keluar rumah pastikan semua sampah dah dibuang, pinggan mangkuk dah dicuci, bilik dah kemas dan ruang tamu pun dah kemas. Bukannya apa…bila balik dari kerja tu…sedap la sikit mata memandang. Ini kalau balik tengok rumah berselerak, automatik perasaan letih dan marah pun sampai. Lagi sekali suami isteri kena bekerjasama dalam memastikan rumah tu sentiasa kemas dan bersih. Sekali-sekala ubahlah posisi meja, sofa, almari dan lain-lainnya. Bila alat perabot diubah-ubahkan, so tak ada borino tengok posisi sama jer, so feeling pun boleh berubah.

5. Kurangkan bebelan. Biasanya bab membebel ni biasanya berlaku pada para isteri. Jadi kepada para isteri di luar sana kurangkan lah membebel. Pasangan anda akan merasa bosan jika setiap hari anda membebel, malah saya sendiri pun tidak suka mendengar orang membebel.

6. Jaga penampilan. Bab ni bukan isteri sahaja yang kena jaga penampilan tetapi para suami pun kena la jaga penampilan. Si isteri jangan lah asyik pakai kain batik atau baju kelawar je kat rumah, at least pakai la seluar panjang dengan tshirt di rumah, mesti kemas, jangan kat opis je nak makeup, kat rumah pun kena la makeup sikit, rambut pun kena kemas, jangan dibiar mengerbang macam hantu. Body pun kena jaga la sikit, kalau suami tak kisah tak apa la…tapi ada suami yang kisah so pandai-pandailah. Suami pun sama, jangan lah pakai kain pelikat je di rumah dan berbogel tayang perut (tak pakai baju la tu). Perut tu kena la jaga, jangan sampai masa isteri mengandung, suami pun sama mengandung. Masa nak keluar rumah pun sama, biar smart..bila sama-sama kemas dan cantik dan smart, baru la sedap mata memandang.

7. Jangan biarkan pembantu rumah buat semua kerja rumah. Ini lah silapnya sesetengah dari masyarakat kita, bila ada pembantu rumah, segala-galanya suruh pembantu rumah yang buat, sampai basuh kereta pun suruh pembantu rumah. Elakkan pembantu rumah dari melakukan perkara-perkara di bawah:-

• Memasak. Bab ini seboleh-bolehnya biar isteri/suami yang buat, kita cuma boleh suruh dia sediakan bahan-bahan sahaja seperti potong sayur,siang ikan, ayam dan potong bawang. Air tangan memasak ini lain, jangan sampai suami/anak-anak teringat-ingat masakan pembantu rumah.

• Bilik tidur. Bilik tidur kita ada tempat peribadi, jangan dibiarkan pembantu rumah sewenang-wenang keluar masuk dalam bilik tidur kita. Biar kita sendiri yang mengemas bilik tidur, takkan la tak mampu nak kemas bilik tidur sendiri.

• Pakaian dalam biar kita sendiri yang uruskan.Dari bab membasuh sampailah melipat, seelok-eloknya disorok dari penglihatan orang, nanti orang boleh tau size buntut anda..huhuhuhu. Pakaian kecik-kecik ni sidai dalam bilik air kita sendiri pun tak apa.

• Jangan biarkan pembantu rumah uruskan semua hal anak-anak. Seelok-eloknya bila balik rumah tu, perhatian untuk anak-anak tu kita lebihkan, terutama bab suap makanan (untuk anak-anak yang kecik la), orang tua-tua kata, bila kita suapkan anak makan, anak akan ingat dengan kita, beri lebih tumpuan kepada mereka, tidurkan mereka. Jangan biarkan pembantu rumah laku kan semua kerja tersebut, nanti anak-anak ingat dekat pembantu rumah lebih dari mak sendiri.

8. Ingat tarikh-tarikh penting seperti hari lahir, hari ulangtahun perkahwinan dan hari ulangtahun pertemuan/hari pertama keluar dating. Suami isteri mestilah ingat tarikh-tarikh penting ini, set lah reminder di handphone ataupun catatkan dalam diari. Ucapan pun sudah cukup untuk menandakan yang kita ingat tarikh tersebut. Jangan senyap sunyi jer...lupa terus, mesti pasangan anda akan merasa amat sedih. Masa belum kahwin ingat semua, bila dah kahwin semua lupa.

9. Solat berjemaah. Setiap hari mesti paling kurang ada satu waktu solat pasangan bersolat jemaah bersama-sama. Solat Subuh, Maghrib dan Isya’ sebab kalau solat zuhur dan asar tu masa kita bekerja. Solat bersama-sama dengan pasangan amat berkesan untuk mengeratkan hubungan suami-isteri dan juga keluarga.

10. Makan bersama. Ada pasangan yang mana suami atau isteri terlampau sibuk dengan kerja sampai langsung tak ada masa nak makan bersama. Balik pun dah malam dan dah makan kat luar. Seboleh-bolehnya cuba la untuk makan bersama, tak kira la masa lunch ker atau masa makan malam ker. Makan malam bersama semua ahli keluarga elok di amalkan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.

11. Puji-pujian. Kadang-kadang tu puji la pasangan masing-masing. Masakan sedap ker, hensem ker, lawa ker...tak rugi pun kita memuji orang ni. Cuma keluarkan sedikit ayat-ayat pujian tu...kesan tu yang penting. Kita manusia ni...memang la suka bila di puji..mustahil la kalau kita tak suka kan.

12. Kejutan. Kadang-kadang tu buat la kejutan untuk pasangan masing-masing. Kalau ada duit tu bawak lah pasangan pergi candle light dinner ker, pergi beli cincin ker, hadiah kan baju Chelsea ke (hehehe..utk pasangan yg minat chelsea ler), kasi bunga ke...dan macam2 la.

13. Bawak la pasangan berjalan-jalan / melancong. Jangan lah dibiarkan pasangan tu duduk memerap kat rumah jer. Bawak lah jalan-jalan pergi downtown ke hehehe, mandi laut ker, mandi air terjun ker...so tak ada la bosan sangat. Aktiviti ini tak semestinya memerlukan belanja yang besar. Kalau yang berduit tu boleh la bawak pergi melancong, yang bajet kurang tu..bawak pergi mandi laut pun dah ok ataupun hujung minggu bawak pergi berjogging / buat aktiviti2 luar rumah, berkelah kat taman ker. Anak-anak pun suka.

14. Jangan terlampau cemburu. Cemburu yang melampau boleh mengeruhkan hubungan. Kadang-kadang tu dengar jugak ada isteri telefon office suami tanya suami pergi mana semua. Suami pulak melarang isteri berkawan dengan kawan-kawan lelaki, bercakap pun sampai tak boleh. Isteri dan suami kena jaga maruah pasangan masing-masing. Trust each other amat penting dalam hubungan suami isteri, akan tetapi jangan la ambil kesempatan. Kadang-kadang suami atau isteri perlukan kawan, so tak salah untuk berkawan cuma kena tau batasan masing-masing. Sekiranya syak sesuatu, siasat dahulu sebelum mengambil tindakan melulu.

15. Terima kelebihan dan kelemahan pasangan masing-masing. Tiada manusia dalam dunia ini yang sempurna, pasti terdapat kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jadi belajar lah untuk menerima kelemahan pasangan masing-masing. Sekiranya kelemahan yang boleh diperbaiki dari semasa ke semasa, tingkat kan usaha tersebut untuk menutup kelemahan itu. Misalnya kalau tak pandai memasak, belajar lah memasak.

16. Tingkatkan hubungan mesra / kasih sayang. Pelbagai cara boleh digunakan untuk meningkatkan kasih sayang. Kita kena sentiasa cuba untuk menyegarkan perasaan kasih sayang, jangan perasaan tu makin lama makin menguncup, bila dah menguncup, masa tu la duk fikir nak cari yang lain. Cuba la cara-cara seperti di bawah ini, pada sesetengah orang mungkin benda ni remeh, tapi ianya amat berkesan untuk mengerat kan hubungan suami isteri.

• Bergurau-senda. Bergurau senda ni tidak terhad di bilik tidur sahaja, jangan salah anggap yer. Macam buat memek muka ker, berlakon merajuk ke, buat aksi-aksi kelakar ker dan macam-macam la.

• Belai-belai rambut. Sambil-sambil menonton tv tu, belai la rambut pasangan anda tu, tak pun kalau pasangan suka cari uban, so buat la…cari uban atau cabut rambut gatal.

• Cuci muka pasangan. Bila tak ada buat apa tu, cuci la muka pasangan masing-masing, buang jerawat, bintik-bintik hitam/putih kat muka tu..kalau pasangan tak tahu kena ajar la...dan guna alat dan pencuci yang betul.

• Memotong kuku pasangan masing-masing. Ini salah satu cara untuk mengeratkan hubungan dengan pasangan anda. Tiap-tiap bulan, luangkan sedikit masa untuk memotong kuku pasangan dan anak-anak.

• Mengurut badan dan menggaru. Sedap nya kalau badan kita diurut setelah seharian bekerja. Aktiviti ini boleh dilakukan bila kita hendak tidur atau di masa menonton televisyen. Jangan isteri jer urut atau garu suami. Suami pun kena buat benda yang sama terhadap isteri.

• Mandi bersama. Sebulan sekali cuba la luangkan masa untuk mandi bersama. Kat belakang badan kita ni, tangan tu ada yang tak sampai nak cuci, so mintak la tolong pasangan kita untuk gosokkan badan.

• Curi masa untuk buat aktiviti berdua-duaan. Bila dah ada anak tu, cuba la curi-curi masa untuk buat aktiviti bersama seperti menonton wayang ker atau jalan-jalan cuci mata. Kita boleh ambil cuti sehari ker.

Semoga tips yang diberi ini dapat membantu anda semua dalam meningkatkan hubungan dengan pasangan masing-masing.
Lumrah didalam menjalani bahtera kehidupan sebagai suami isteri, kehangatan mungkin hanya dirasai pada awal perhubungan sebelum hubungan itu dirasakan semakin tawar dan hambar. Jika pada awal perhubungan, pantang sahaja anak mata bertemu, pantang sahaja kulit bersentuhan, ianya akan membangkitkan satu rasa, namun semakin hubungan itu dimamah usia, semua itu dirasakan sudah seperti biasa. Dibawah antara teknik yang mungkin dapat menghangatkan kembali hubungan suami isteri yang dirasakan semakin dingin.

Sebelum si suami hendak melangkah keluar ke tempat kerja pada awal pagi, pegang tangan si suami sambil memandang tepat ke arah anak matanya beserta senyuman manis yang terukir dibibir. Cium tangan si suami serta kucuplah bibir atau kedua-dua pipi suami dan ucapkanlah kata-kata yang romantis terhadap suami. Pasti si suami terkedu jika perlakuan itu sudah lama tidak dirasai.

Saat si suami sudah mula melangkah keluar, tunggulah si suami dan lambaikanlah tangan anda kepada nya sehingga si suami hilang dari pandangan anda. Ia membuatkan si suami merasakan yang anda terlalu berat untuk melepaskannya pergi meninggalkan anda.

Jika itu dirasakan tidak mencukupi, sediakanlah nota kecil tanpa pengetahuan suami anda yang menyatakan rasa kasih dan cinta anda kepada suami dan masukkanlah kedalam poket atau beg suami anda. Ianya pasti akan membuatkan si suami lebih menyayangi anda saban hari.

Hubungi si suami pada waktu rehatnya dan tanyakan bagaimana kerjanya pada hari tersebut. Tanyakan juga samada si suami sudah makan atau belum. Atau jika si suami sering pulang ke rumah untuk makan bersama, tanyakanlah dia kan pulang atau tidak pada hari tersebut. Tanyakan juga menu apakah yang diinginkannya.

Sewaktu menghubungi si suami, berbicaralah dengan suara yang lembut serta manja. Di akhir bicara, beritahulah si suami yang anda merindukannya dan menunggu kepulangannya.

Disaat si suami pulang dari kerja, sambutlah kepulangannya dengan mesra. Pelawa si suami masuk dan pimpinlahlah si suami untuk berehat seketika melepaskan lelah sebelum membersihkan diri. Baringkanlah suami di ribaan anda sambil mengurut lembut tubuh si suami pada bahagian tangan, bahu, serta kening Pastikan rumah sentiasa kemas dan diselubungi bau aroma yang lembut lagi menenangkan serta pasangkanlah muzik yang romatik.

Sebelum anda dan suami bersiap-siap untuk melelapkan mata di kamar, kenakanlah pakaian yang dapat membangkitkan ghairah si suami seperti pakaian yang jarang yang menampakakan susuk tubuh anda. Jika bilik air berada didalam kamar, bukakan sedikit pintu bilik air dan lakukan aksi anda membersihkan diri yang mungkin dapat membuatkan si suami tidak senang duduk

Letakkan juga bau-bauan yang digemari si suami untuk anda memakainya. Letakkan di leher, belakang cuping telinga, serta bahagian dalam peha yang pasti dapat membangkitkan rasa si suami.

------------------------------------

Bagi  seorang lelaki yang dah berkahwin, mana-mana lelaki sekali pun, kalau si isteri menjaga kebajikan si suami, melayan suami dengan baik, sentiasa memahami, si suami pasti akan merasa ingin senantiasa berada dekat disamping isteri. Senang kata, si suami tak kan mencari lain. Heee

Perkataan 'Saling' tu penting dalam rumah tangga. Setuju??
Persefahaman dan tolak ansur antara satu sama lain adalah antara petua untuk mencapai rumahtangga yang bahagia dan berkekalan.

Petua ini sering digunakan oelh pasanganyang lebih lama mendirikan ruahtangga hingga ke anak cucu. Suami atau isteri harus mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing. Berikut adalah beberapa tip untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Persefahaman dan saling bertolak ansur

Sikap saling memahami antara satu sama lain adalah perkara utama dalam rumahtangga. Suami atau isteri perlu mewujudkan persefahaman ini sebelum berumahtangga lagi. Tolak ansur dalam apa juga perkara amat diperlukan untuk mengelakkan sebarang masalah lain yang timbul.

Tanpa kedua-dua sikap ini, suami atau isteri akan menghadapi kesukaran dalam berkomunikasi. Jika isteri mendapati suaminya mempunyai minat dan hobi seperti memancing dan melancong, isteri perlu belajar untuk memahami minat suami begitu juga sebaliknya.

Berterus terang dan bersikap terbuka

Berterus terang dengan pasangan perlu dalam kehidupan berumahtangga.

Ia lebih baik jika disertai sikap terbuka pasangan. Suami atau isteri yang mengamalkan sikap suka menyembunyikan sesuatu dengan pasangannya secara langsung boleh merenggangkan hubungan. Ini kerana sikap saling mencurigai akan wujud secara tidak disedari. Namun begitu, tidak semua rahsia suami atau isteri perlu didedahkan kepada pasangan terutama perkara yang telah lepas bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Hargai pasangan anda

Menghargai pasangan anda adalah sesuatu yang perlu diwujudkan.

Misalnya suami perlu memberi pujian atas apa yang disediakan oleh isteri. Pujian yang diberikan terhadap masakan si isteri sekurang-kurangnya menggembirakan si isteri dan merasa dirinya dihargai.

Begitu juga dengan pihak steri, biarpun suami tidak melakukan tugas memasak, membasuh dan sebagainya, pujian yang diberikan kerana membantu anda di dapur pada hujung minggu sekurang-kurangnya berasa mereka dihargai.

Perhatian yang adil kepada pasangan anda

Kadangkala suami atau isteri memerluakan perhatian lebih daripada pasangannya. Walau sesibuk mana pun anda dengan kerjaya atau tanggungjawab, luangkan sedikit masa terhadap pasangan anda.

Meluangkan sedikit masa terutamanya pada hujung minggu denganpasangan anda adalah lebih daripada anda menumpukan perhatian kepada kerja yang sememangnya tidak akan selesai.

Menghormati antara satu sama lain

Walaupun hak dan kuasa adalah lebih kepada suami, suami juga perlu menerima pandangan yang diberikan oleh isteri. Sikap saling menerima pandangan secara langsung akan mewujudkan sikap hormat isteri terhadap pasangannya. Isteri juga akan berasa dirinya lebih dihormati biarpun kedudukan mereka hanya sebagai isteri.

Menjadi penyokong atau penasihat kepada pasangan Suami atau isteri adalah individu yang hampir kepada setiap pasangan. Jadikanlah suami atau isteri tempat
untuk berkongsi pendapat.

Menyesuaikan diri dengan rakan pasangan anda

Sekiranya anda diperkenalkan dengan rakan pasangan anda, seharusnya anda tahu menyesuaikan diri dengan mereka. Bagi anda yang mempunyai suami yang bertugas sebagai ketua kepada kakitangannya, sesuaikan diri sebagai isteri seorang ketua dengan kakitangan bawahan.

Saling mempercayai antara satu sama lain

Sikap saling mempercayai amat pnting dalam kehidupan berumahtangga.

Tanpa sikap tersebut rasa ragu-ragu dan curiga antara satu sama lain akan timbul. Ini menyebabkan hubungan suami atau isteri menjadi dingin.

Anak sebagai pengikat kasih sayang

Anak juga merupakan faktor yang boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Namun beitu, bagi pasangan yang belum mempunyai anak, jangan berputus asa. Ini bukanlah bermakna anda tidak berupaya mewujukan rumahtangga yang bahagia dan berkekalan. Semua ini bergantung kepada anda sendiri untuk mencapainya.
Petua Untuk Mengasihi Suami

1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna dan selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu.Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.
Pada saya antara faktor yang menyebabkan hubungan suami isteri menjadi semakin hambar ialah kita selalu meremehkan sesuatu yang penting dan mementingkan sesuatu yang remeh...

Sebelum kawen setiap saat kalu boleh nak sms@tipon pasangan, tapi bila dah kawen nak anto satu sms pun berkira.. Si suami tunggu isteri sms dia dulu begitu juga si isteri... Sms antara perkara yang paling mudah untuk kita lakukan sebagai tanda kita caring.. Tak perlu ke pejabat pos, x perlu beratur panjang @ membayar tiket hanya untuk menghantar satu sms.. (kecuali r kredit abis)

Bila balik rumah tengok kain baju x dilipat, baju kotor dah dibasuh n rumah dh disapu/dikemas bersih kita rasa lega.. Tapi bila tengok sampah blm dibuang @ diikat kita terus rasa bengkek@marah.. Sampai kita terlupa semua kerja yang pasangan kita dh selesaikan hanya disebabkan 1 tugas yg belum selesai... Walhal benda tu sepatutnya boleh diselesaikan andai kita saling lengkap melengkapi...
 
 http://ratuhati.com

Comments

Popular posts from this blog