63 petua Untuk suami isteri 

 

63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga. oleh: Perunding motivasi dan keluarga, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah 
1. Doa yang berterusan.
 2. Patuh ajaran agama.
 3. Murah dengan pujian. 
4. Murah dengan khidmat. 
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
 6. Murah dengan sentuhan. 
7. Mencari kebaikan pasangan. 
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda. 
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran. 
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan. 
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan. 
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur. 
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan. 
15. Tolak-ansur. 
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata. 18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan. 19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan. 
21. Menghormati pasangan. 
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada. 
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai. 
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan. 
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur. 
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan. 
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
 28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan. 
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan. 
30. Mengawal marah. Buat perjanjian. 
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’. 
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah. 33. Menghormati sifat semula jadi pasangan. 
34. Memahami peranan ‘pasangan’. 
35. Hubungan perasaan sesama pasangan. 
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati. 37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
 38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri. 
39. Tujuh kali puji dan satu teguran. 
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
 41. Banyakkan bergurau dan bermesra. 
42. Sentiasa berterus terang. 
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
 44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran. 
45. Elakkan salah pasangan. 
46. Cari titik pertemuan. 
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga. 
48. Lebih banyak memberi daripada menerima. 
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan. 
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya. 
51. Seimbangkan hubungan dari segi: -Mental, pendidikan dan ilmu -Emosi -Fizikal dan ekonomi -Sosial -Spiritual 52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa). 
53. Tidak terlalu mengongkong.
 54. Tidak bertindak bersendirian. 
55. Memberi peluang untuk berbeza: -Pendapat atau pandangan -Hobi -Kegemaran -Makanan -Cita rasa -Warna pilihan dan pelbagai 
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa. 
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif. 
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
 59. Tidak meminta yang bukan-bukan. 
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga. 
61. Mencari kelainan dan perubahan positif. 62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun. 
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t. 
 
 ♥ Bagi yang ingin mendapatkan petua atau tips Suami Isteri kekeluargaaan dan anak-anak, anda boleh klik LIKE (Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim) Syukran ♥ 
 

Comments

Popular posts from this blog