Pusingan Tawaf Asas kepada HUKUM ALAM
“Dan
dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari
dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran
masing-masing (di angkasa lepas).” (Al-Anbiya, 21:33)
Ayat Al-Quran di atas menerangkan kepada kita secara saintifik berkenaan
dengan sistem yang berada di angkasa lepas yang mana semuanya bergerak
di atas orbit dan landasan masing-masing. Semua planet, bulan dan
bintang tidak akan berlanggar di antara satu sama lain selagi mana Allah
mengkehendakinya tetap di situ dan semua pergerakan ini adalah
pergerakan Sunnatullah atau pergerakan fitrah. Bumi beredar mengelilingi
matahari selama setahun pada satu arah, bulan beredar mengelilingi bumi
selama satu bulan pada satu arah dan semua planet yang berada di
angkasa mengelilingi matahari dalam satu arah pusingan yang dikenali
sebagai pusingan Tawaf.
Atlet olahraga juga berlari pada arah Tawaf kerana mempunyai hubung kait dengan kecepatan semasa berlari
Bumi mengelilingi matahari pada arah Tawaf, bumi sendiri berputar
pada paksinya pada arah Tawaf, bulan megelilingi bumi pada arah Tawaf,
semua planet dan bintang yang berada di dalam sistem solar sebenarnya
juga mengelilingi galaksi pada arah Tawaf. Masing-masing beredar di atas
paksi dan orbitnya pada arah Tawaf dan pergerakan ini menjadi hukum
(cosmic law) kepada pergerakan alam semesta (Sunnatullah/Fitrah).
Galaksi Bumi juga berputar pada arah Tawaf
Bulan beredar tetap di atas orbitnya pada arah Tawaf
Sebenarnya hukum pergerakan alam semesta atau hukum pusingan Tawaf
ini bukan sahaja melibatkan objek di angkasa lepas malah ia juga
melibatkan ciptaan Allah yang hanya sekecil zarah atom dan hanya mampu
dilihat di bawah mikroskop. Elektron di dalam atom berpusing di
atas paksinya sendiri kemudian berpusing mengelilingi nucleus atom pada
arah Tawaf. Benda-benda yang konkrit, cair dan bergas juga terbina
daripada jutaan gabungan zarah atom dan ini bermakna hukum pusingan
Tawaf di aplikasikan hampir kepada semua benda yang ada di alam semesta
ini; planet-planet, tumbuh-tumbuhan, bulan-bulan yang berada pada setiap
planet, binatang, tanah, air dan sebagainyanya. Kerusi yang kita duduk
dan mouse computer yang kita pegang juga mengandungi zarah-zarah atom.
Elektron di dalam struktur atom juga berputar pada arah Tawaf
Sitoplasma (cytoplasma) mengelilingi nucleus pada arah Tawaf
Hal ini tidak terkecuali juga dengan sel tubuh badan kita kerana
tubuh badan manusia itu sendiri terdiri daripada banyak sel. Sitoplasma
(cytoplasm) yang berada di dalam sel, beredar mengelilingi nucleus pada
arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise) juga.
Tumbuhan-tumbuhan jenis yang menjalar juga sekiranya kita perhatikan memanjat pada arah Tawaf.
Kulit siput pun mempunyai corak mengikut arah Tawaf.
Begitulah ciptaan Allah S.W.T daripada yang sekecil-kecil atom
sehinggalah kepada yang sebesar-besar matahari masing-masing melakukan
pusingan pada arah TAWAF. Masing-masing dengan rendah dirinya mengikut
pusingan apa yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T tetapi kenapa kita
manusia yang mampu berfikir tidak pernah merenungkannya. Semua ciptaan
Allah S.W.T melakukan pusingan mengikut arah TAWAF dan pasti mempunyai
hikmahnya tersendiri tetapi kita dengan ego sekali mencipta dan memakai
jam yang bertentangan dengan Sunnatullah/Fitrah alam.
44.
Allah mencipta langit dan bumi Dengan cara Yang layak dan berhikmat;
Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan
kebijaksanaan Allah) bagi orang-orang Yang beriman.(Al-Ankabut, 29:44)
Apabila melakukan tawaf di kaabah, bahu kiri akan sentiasa dikiri dan
hati akan menjadi lebih dekat dengan kaabah berbanding pada pusingan
clockwise. Kita tawaf seiring dengan pergerakan semua benda yang ada di
alam semesta; planet, bulan, matahari, sel-sel, atom dan darah dalam
tubuh badan sekaligus menjadikan kita lebih tenang selepas daripada itu.
Pusingan Tawaf di kaabah yang berlaku sejak berkurun-kurun lamanya
sebenarnya sekira dikaji secara saintifik menghasilkan satu gelombang
elektromagnetik yang menuju ke atas. Prinsip yang digunakan adalah sama
seperti prinsip di dalam kelas sains fizik iaitu prinsip tangan kanan.
Mengikut prinsip tangan kanan, medan magnetik ini secara tidak
langsung mampu menghasilkan tenaga yang menuju ke atas. Kemungkinan
besar daya tenaga inilah yang menyebabkan doa seseorang di Masjidil
Haram mudah dimakbulkan kerana hasil daripada pusingan tawaf yang kerap
disana sejak berkurun lamanya menghasilkan satu gelombang tenaga atau
gelombang doa yang menuju ke atas.
Secara saintifiknya pergerakan Tawaf ini menghasilkan tenaga
elektromagnetik yang menuju ke atas. Sekiranya seseorang itu memakai jam
yang memusing pada arah Tawaf, secara tidak langsung orang itu akan
merasai gelombang yang menuju kepadanya setiap kali orang itu melihat
jam.
Hakikatnya, hanya Allah sahaja yang benar-benar
mengetahui hikmah di sebalik pusingan pada arah Tawaf. Sebagai seorang
muslim tidak salah sekiranya kita mengikut apa yang Fitrah atau
Sunnatullah kerana kita tahu pasti ada banyak kebaikan di sebalik
ciptaannya itu. Allah semesta alam mencipta benda dari yang
sekecil-kecil atom sehinggalah kepada galaksi, semuanya berputar pada
arah yang satu, arah Tawaf dan tidak patutlah kita sebagai hambanya
menggunakan jam yang bertentangan dengan Fitrah atau Sunnatullah.
Marilah kita berhijrah, hijrah dengan mengikut jam yang Fitrah, hijrah
cara kita berfikir, hijrah dari keburukan kepada kebaikan dan hijrah
dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang...
Adakah artikel ini bermanfaat, SILALAH LIKE FAN PAGE kami dan SHARE kan di TIMELINE ANDA untuk kebaikan:
https://www.facebook.com/HijraTimepiece
Official Website: http://hijratimepiece.com
Comments
Post a Comment