Solat Tahajud dan Qiyamullail

  • Solat Tahajud dan Qiyamullail

a. Solat tengah malam, terutamanya Tahajjud, berupaya merawati gejala kelupaan dan kebebalan diri. Ia juga merupakan penyebab kecerdasan serta hafalan yang kuat dan mantap. Dalam sebuah hadis diterangkan bahawa orang yang bersolat malam dimuliakan dengan 9 perkara. Antaranya, lahir tanda-tanda ketaatan pada wajahnya, dipelihara dari segala bala dan bencana, disukai oleh hamba yang soleh dan manusia, lidahnya berututur dengan kata-kata hikmah dan dia dijadikan seorang yang bijaksana iaitu diberi ilmu hikmah yang rahsia dan mendalam. Juga dikurniakan kesihatan yang baik dan dihindari dari penyakit.

b. Orang yang mendapat ilmu hikmah dikurniakan intuisi, gerak hati, ilham, idea-idea kreatif, kebijaksanaan, serta kepintaran dalam berbicara. Mereka diberi faham ilmu yang halus-halus dan sukar-sukar. Hasilnya lahirlah buah-buah fikiran yang bermutu, bernilai tinggi, pelik-pelik lagi aneh yang tidak terfikir oleh manusia biasa. Terpancar cahaya kebijaksanaandari hatinya atas lidahnya sebagaimana yang berlaku kepada Imam Ghazali, Ibnu Rusydi, Ibnu Sina dan para genius Islam.

Fadhilatnya:

1. Ditempatkan di akhirat nanti di tempat yang terpuji.
2. Mendapat keredhaan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ ala.
3. Dapat mendekatkan diri kepada Allah Ta‘ala.
4. Dikabulkan doa dan permohonan serta diampunkan dosanya.
5. Terhindar daripada segala penyakit tubuh badan dan mncegah
     daripada melakukan dosa dan kejahatan.
6. Dijanjikan masuk syurga dengan selamat sejahtera.
7. Mendapat syafa‘at baginya dan ahli keluarganya.
8. Dijadikan orang yang bijaksana dengan dikurniakan pengetahuan yang tinggi.
9. Dibangkitkan daripada kubur dengan wajahnya yang putih bercahaya.
10. Diringankan hisabnya.
11. Dipermudahkan baginya meniti shirat (jambatan) seperti kilat.
12. Diberi buku amalan dengan tangan kanan di akhirat kelak.

    12. Diberi buku amalan dengan tangan kanan di akhirat kelak

Comments

Popular posts from this blog