BULUGHUL MARAM : Bab Aurat Wanita
Kita
telah bincangkan pada kelas yang lalu tentang aurat wanita dan
kesimpulannya adalah : keseluruhan tubuh wanita itu kecuali yang boleh
di zahirkan adalah pergelangan tangan dan mukanya. Hukum ini berlaku di
dalam solat ataupun di luar solat. Maka para ulama memberikan beberapa
pendapat dalam bab ini berdasarkan kefahaman mereka dari hadits hadits
yang telah kita bincangkan.
1. Asy Syafie dan Al Auzai’ berpendapat : Wajib ditutup semua badannya selain dari muka dan telapak tangannya. Pendapat ini diriwayatkan dari Ibnu Abbas dab Atha’. Kata Malik bin Anas: Apabila seseorang perempuan solat dengan terbuka rambutnya atau belakang tapak kakinya hendaklah diulangi solatnya itu kalau ada waktu. Menjelaskan bahawa seluruh badan wanita itu aurat kecuali muka dan telapak tangan atau pergelangan tangan, dan menjelaskan bahagian kaki itu jika terbuka semasa solat termasuk dalam aurat. Ini berdasarkan hadits dari Ummu Salamah r.a. ia berkata :
2. Kata Ahmad bin Hambal. Seluruh badan perempuan, sehingga kukunya wajib ditutupi dalam solat. Kata Abu Hanifah dan pengikut pengikutnya : Apabila perempuan solat padahal seperempat atau sepertiga rambut kepalanya terbuka (kelihatan) , ataupun seperempat atau sepertiga bahagian perutnya nampak, maka nilai solatnya kurang, tetapi solatnya tetap sah. Kalau bahagian rambut atau perut yang terbuka kurang dari yang disebutkan di atas, maka nilai solatnya tidak kurang sedikitpun.
2. Al Hafiz Ibnu Hajar pula menjelaskan : Jumhur berpendapat, bahawa menutupi aurat perempuan adalah menjadi syarat sah solatnya.
3. Sebahagian ulama Malikiyiah berpendapat : menutupi aurat (dalam solat) adalah sunnat, solat tidak batal dengan terbukanya aurat.
Segala keterangan yang berhubung dengan masalah aurat, menyatakan bahawa menutup aurat adalah wajib tetapi ianya bukan menjadi syarat sah solat, demikian diperoleh kesimpulan dari hadits-hadits yang ada dalam bab ini. Mengambil dalil untuk mensyaratkan sah solat wanita dengan menutup aurat dari hadits Aisyah r.a. bahawa Rasulullah saw, bersabda :
Diriwayatkan dia oleh LIMA kecuali Nasai, dan disahkan dia oleh Ibnu Khuzaimah.
dapat dipalingkan dengan beberapa jalan. Nabi saw. telah menjelaskan tentang Allah tidak menerima solat budak (hamba) yang lari dari tuannya dan tidak menerima solat orang yang ada arak dalam perutnya, solat orang yang melakukan bid’ah itu tertolak dan Allah tidak menerima solat orang yang mendatangi tukang tilik atau nujum. “Tidak menerima solat” bukan bermakna mereka tidak perlu solat atau tidak sah solat mereka, mereka tetap wajib bersolat sebagaimana diperintahkan syara’ dan solat itu sah apabila cukup syarat-syaratnya tetapi solat tersebut tidak diterima Allah. Ijma’ menetapkan bahawa solat yang dilakukan orang-orang tersebut adalah sah apabila cukup syarat-syarat sah solat.
Maka yang lebih jelas dalam masalah ini adalah pendapat yang menetapkan bahawa menutup aurat itu adalah suatu kewajipan, bukan syarat sah solat. Orang yang solat tetapi tidak menutup aurat dengan sempurna semasa bersolat itu, solatnya sah, demikian ijma’ memandang sah solatnya orang yang ada arak dalam perutnya, orang yang mendatangi tukang tilik dan budak sahaya yang lari dari tuannya, tetapi walaupun sah solatnya tetaplah solat mereka tidak diterima Allah kerana kesalahan yang telah mereka lakukan, itu merupakan hukuman ke atas kesalahan mereka, mereka telah melakukan satu dosa.
Ringkasnya, menutup aurat dalam solat adalah satu kewajipan, bukan syarat sahnya solat. Seseorang yang bersolat dengan terbuka auratnya, solatnya itu sah tetapi ia berdosa kerana tidak menutup aurat.
Dan sepatutnyalah kita dalam melakukan ibadah solat itu menjauhi dosa dan berusaha untuk melakukan solat itu dengan sempurna dan menepati sunnah Rasulullah saw. Jika apa yang tercatat dalam penulisan ini ada yang bertentangan dengan dalil yang sahih sila beri teguran
Soalan : Apakah perlu diulang solat jika terbuka auratnya tanpa sengaja?
Secara keseluruhannya dari himpunan hadits hadits, tidak dapat kita katakan bahawa menutup aurat itu syarat sahnya solat tetapi orang itu berdosa bila melakukan dengan sengaja. Apabila berlaku terbukanya aurat dengan tidak sengaja, maka belum ditemui sebuah hadits pun yang menunjukkan terdapat sunnah daripada Rasulullah saw untuk mengulangi solat tersebut. Imam imam mazhab berselisih pendapat dalam masalah aurat yang terbuka secara tidak sengaja dalam solat :
1. Abu Hanifah dan Ahmad berpendapat : Jika terbuka sedikit aurat di dalam solat, solat tidak batal.
2. Abu Hanifah menjelaskan pendapatnya bahawa jika aurat mughalazah (yang sangat dituntut menutupnya iaitu qubul dan dubur) terbuka sekadar sedirham, atau aurat mukhaffafah (yang dipandang kurang baik terbukanya iaitu peha) terbuka kurang dari seperempat aurat, maka ini tidak membatalkan solat.
3. Ahmad pula berpegang kepada hadits yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan hadits Ashim Al-Ahwal yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Nasai. Hadits hadits ini membolehkan aurat terbuka sedikit dalam solat. Ahmad menolak batas batas sedirham dan seperempat yang dibuat oleh Abu Hanifah, kerana tidak ada keterangan.
4. Kata At Tamimi : Jika auratnya pada satu ketika menjadi jelas dan tertutup pada suatu ketika, solat tak payah diulangi (iaitu seperti di tiup angin, asalnya tertutup kemudian terbuka kerana di tiup angin).
5. Imam Asy Syafei pula berpendapat solat itu batal jika aurat itu terbuka walaupun sedikit.
6. Ahmad dalam satu pendapatnya lagi menjelaskan : Jika aurat itu terbuka dengan tidak sengaja dan ditutup dengan cepat maka menurut pendapat Ahmad, tidak membatalkan solat.
Demikian saya bawakan beberapa pendapat ulama mazhab dalam persoalan di atas. Ambillah pendirian yang kukuh berdasarkan nash yang sahih. Sesungguhnya pendapat ulama itu bukanlah hujah, yang menjadi hujah adalah keterangan dari As Sunnah yang di bawanya.
Adab menutup aurat wanita itu berdasarkan keterangan :
1. Firman Allah :
Kita telah bincangkan tentang perhiasan yang zahir itu pada pelajaran yang lalu iaitu muka, celak di mata, bekas gelang dan cincin.
Hendaklah wanita yang bertudung itu melabuhkan tudungnya atas dada atau melilitkan dengan menutupi bahagian leher dan dada sehingga tidak ternampak padanya perhiasan baik dari tubuhnya mahupun yang dipakainya seperti subang, kalung dan lainnya. Perkataa khumur di ayat di atas adalah beberapa khimar. Dalam tafsir Ibnu Khasier dijelaskan : ‘Khimar itu sesuatu yang di buat tudung atau tutup kepala dan dikenali juga dengan nama miqna’. Miqna’ atau terkenal juga dengan panggilan mugna’ ialah telekung atau kain tudung.
2. Firman Allah : Al-Ahzab ayat 33 [33:33]
3. Firman Allah : Al-Ahzab ayat 59 [33:59]
Setelah memakai tudung yang menutupi kepala dan labuh ke atas dada lalu Allah memerintahkan lagi para wanita agar di pakai lagi sehelai tudung yang di hulurkan sedikit ke atas muka mereka.
Demikian secara terperinci Allah menjelaskan dalam bab aurat wanita yang perlu di tutup dan cara menutupnya. Maka adalah wajib bagi seorang wanita Muslim yang telah baligh itu menutup aurat baik di luar solat atau di dalam solat. Di kecualikan di luar solat itu, orang yang boleh melihat auratnya yang lazim adalah sebagaimana firman Allah : An-Nur ayat 31 [24:31]
Ayat Al Quran ini menjelaskan tentang orang orang yang di bolehkan bagi wanita untuk membuka aurat lebih dari muka dan dua tangan iaitu seperti menampakkan rambutnya. Ini berdalilkan hadits yang diriwayatkan oleh Abu Daud :
Telah berkata Anas : Bahawasanya Nabi saw. pernah memberi kepada Fatimah seorang hamba lelaki, sedang Fatimah berpakaian yang apabila ia tutup kepalanya, terbuka kakinya, dan apabila ia tutup kakinya terbuka kepalanya. Apabila melihat keadaan itu, Nabi saw. bersabda : “Tidak mengapa kerana dia itu tidak lain melainkan (seperti) bapamu dan hambamu.”
Sebagai seorang yang mengaku beragama Islam dan mengamalkan sentiasa berusaha mengamalkan Sunnah Rasulullah saw maka wajar sekali kita memelihara diri kita, isteri kita, anak anak kita dari melakukan perlanggaran hukum sehingga melakukan perbuatan yang haram seperti mendedahkan aurat dan lain lainnya. Bagi kaum wanita contohilah keimanan wanita di zaman Rasulullah saw. yang di ceritakan dalam beberapa hadits :
Betapa ketakwaan wanita di zaman Rasulullah saw., apabila datang hukum kepada mereka tanpa berdolak dalik mereka tunduk dan patuh kepada perintah Allah sehinggakan Aisyah r.a. sendiri kagum dengan mereka. Dalam satu riwayat lain dari Abu Daud :
Berbeza dengan keadaan kita sekarang ini, sejak dari bangku sekolah telah diajar bertudung tetapi apabila meningkat remaja, banyak anak anak gadis yang membuang tudung dengan berbagai alasan menurut hawanafsu. Banyak di antara mereka tahu mendedah aurat itu berdosa tetapi hawanafsunya dapat mengalahkan mereka sehingga mereka merasa selesa melakukan perbuatan dosa dan rimas jika menutup aurat. Dan terdapat pula sebilangan remaja yang menutup aurat tetapi nampak seperti bertelanjang, iaitu nampak susuk tubuhnya secara nyata kerana ketat atau sempitnya seluar dan baju yang dipakai. Sabda Rasulullah saw.:
Riwayat Muslim dengan lafaznya daripadanya.
Maka jadilah wanita yang soleh, yang tunduk dan patuh kepada perintah Allah dan menuruti perintah Rasul-Nya. Jauhilah sifat menurut hawanafsu yang tidak lain hanyalah sifat yang telah berjaya dipengaruhi oleh syaitan dan tidak ada sebarang kebaikan melainkan kerosakan kepada diri kita sendiri. Jangan memandang mudah permasalahan aurat bagi wanita kerana ianya adalah satu dosa yang sepatutnya dijauhi bukan dipandang ringan. Telah menjadi kebiasaan dimasa kini anak anak gadis ke sekolah dengan bertudung dan apabila pulang ke sekolah mereka membuang tudung. Ibu bapa hanya memandang dingin perbuatan dosa yang dilakukan oleh anak anak gadis mereka sedangkan menjadi tanggung jawab mereka untuk mendidik anak anak dan keluarga mereka. Apakah kita rasa kita boleh terlepas dari azab Allah ? Dan apakah ancaman Allah itu satu senda gurauan ?
Didiklah anak anak gadis kita, ahli keluarga kita tentang urusan menutup aurat ini bermula dari usia kanak kanak lagi, semoga ia tidak merasa janggal untuk menutup aurat dan ingatlah segala kegagalan kita sebagai penjaga atau ibu bapa yang di amanahkan oleh Allah untuk mendidik dan menjaga anak anak akan dipertanggungjawabkan kepada kita. Allah membalas setiap apa yang dilakukan oleh hamba-Nya dan tidak akan terlepas dari pengetahuan-Nya biar sebesar zarah. Berusahalah dengan bersungguh sungguh mendidik dengan sepenuh jiwa, ikhlas kerana Allah dan apabila anak anak kita telah dewasa lalu ia memilih jalannya sendiri sedangkan kita telah mendidiknya, moga yang demikian itu kita terlepas dari dosa.
Soalan : Bagaimana aurat wanita yang telah tua dan tidak lagi bernafsu, bolehkah ia membuka tudung di hadapan orang lelaki yang bukan muhrimnya ?
Jawapan : Firman Allah :
Ayat Al Quran itu membolehkan wanita yang telah tua yang tidak lagi bernafsu kepada lelaki untuk dikahwini boleh membuka tudung, tetapi jika ia menjaga auratnya, maka itu lebih baik baginya.
RUJUKKAN KOLEKSI HADITS HUKUM 2 –T.M. HASBI,M.S. 213-249, SOAL JAWAB 2 A HASSAN, M.S.616,644, SOAL JAWAB 3 - A HASSAN,M.S.1085.
1. Asy Syafie dan Al Auzai’ berpendapat : Wajib ditutup semua badannya selain dari muka dan telapak tangannya. Pendapat ini diriwayatkan dari Ibnu Abbas dab Atha’. Kata Malik bin Anas: Apabila seseorang perempuan solat dengan terbuka rambutnya atau belakang tapak kakinya hendaklah diulangi solatnya itu kalau ada waktu. Menjelaskan bahawa seluruh badan wanita itu aurat kecuali muka dan telapak tangan atau pergelangan tangan, dan menjelaskan bahagian kaki itu jika terbuka semasa solat termasuk dalam aurat. Ini berdasarkan hadits dari Ummu Salamah r.a. ia berkata :
سَأَلْتُ
النَّبِيَّ ص: أَتُصَلِّيْ الْمَرْأَةُ فِي دَرْعٍ وَخِمَارٍ وَلَيْسَ
عَلَيْهَا اِزَارٌ. قَالَ: اِذَا كَانَ الدَّرْعُ سَائِغًا يُغَطِّى
ظُهُورَ قَدَمَيْهَا
Aku
telah bertanya kepada Nabi saw. : “Apakah boleh seorang perempuan solat
dengan hanya memakai baju kurung yang dapat menutupi badan dan kakinya
serta memakai khimar dengan tidak lagi memakai kain pinggang ?” Nabi
saw. menjawab : “Sekiranya baju kurung itu panjang dari atas sampai ke
bawah boleh menutupi belakang tapak kakinya (kedua kakinya), tentulah
boleh.” H.R. Abu Daud.2. Kata Ahmad bin Hambal. Seluruh badan perempuan, sehingga kukunya wajib ditutupi dalam solat. Kata Abu Hanifah dan pengikut pengikutnya : Apabila perempuan solat padahal seperempat atau sepertiga rambut kepalanya terbuka (kelihatan) , ataupun seperempat atau sepertiga bahagian perutnya nampak, maka nilai solatnya kurang, tetapi solatnya tetap sah. Kalau bahagian rambut atau perut yang terbuka kurang dari yang disebutkan di atas, maka nilai solatnya tidak kurang sedikitpun.
2. Al Hafiz Ibnu Hajar pula menjelaskan : Jumhur berpendapat, bahawa menutupi aurat perempuan adalah menjadi syarat sah solatnya.
3. Sebahagian ulama Malikiyiah berpendapat : menutupi aurat (dalam solat) adalah sunnat, solat tidak batal dengan terbukanya aurat.
Segala keterangan yang berhubung dengan masalah aurat, menyatakan bahawa menutup aurat adalah wajib tetapi ianya bukan menjadi syarat sah solat, demikian diperoleh kesimpulan dari hadits-hadits yang ada dalam bab ini. Mengambil dalil untuk mensyaratkan sah solat wanita dengan menutup aurat dari hadits Aisyah r.a. bahawa Rasulullah saw, bersabda :
عَنْ عَائِشَةَ اَنَّ النَّبِيَّ ص قَالَ: لاَ يَقْبَلُ اللهُ صَلاَةَ حَائِضٍ اِلاَّ بِخِمَارٍ
Dari Aisyah, bahawasanya Nabi saw. telah bersabda : “Allah tidak terima
solat seseorang yang berhaid (sudah baligh) melainkan dengan (memakai)
tudung (menutup kepala dan leher).”Diriwayatkan dia oleh LIMA kecuali Nasai, dan disahkan dia oleh Ibnu Khuzaimah.
dapat dipalingkan dengan beberapa jalan. Nabi saw. telah menjelaskan tentang Allah tidak menerima solat budak (hamba) yang lari dari tuannya dan tidak menerima solat orang yang ada arak dalam perutnya, solat orang yang melakukan bid’ah itu tertolak dan Allah tidak menerima solat orang yang mendatangi tukang tilik atau nujum. “Tidak menerima solat” bukan bermakna mereka tidak perlu solat atau tidak sah solat mereka, mereka tetap wajib bersolat sebagaimana diperintahkan syara’ dan solat itu sah apabila cukup syarat-syaratnya tetapi solat tersebut tidak diterima Allah. Ijma’ menetapkan bahawa solat yang dilakukan orang-orang tersebut adalah sah apabila cukup syarat-syarat sah solat.
Maka yang lebih jelas dalam masalah ini adalah pendapat yang menetapkan bahawa menutup aurat itu adalah suatu kewajipan, bukan syarat sah solat. Orang yang solat tetapi tidak menutup aurat dengan sempurna semasa bersolat itu, solatnya sah, demikian ijma’ memandang sah solatnya orang yang ada arak dalam perutnya, orang yang mendatangi tukang tilik dan budak sahaya yang lari dari tuannya, tetapi walaupun sah solatnya tetaplah solat mereka tidak diterima Allah kerana kesalahan yang telah mereka lakukan, itu merupakan hukuman ke atas kesalahan mereka, mereka telah melakukan satu dosa.
Ringkasnya, menutup aurat dalam solat adalah satu kewajipan, bukan syarat sahnya solat. Seseorang yang bersolat dengan terbuka auratnya, solatnya itu sah tetapi ia berdosa kerana tidak menutup aurat.
Dan sepatutnyalah kita dalam melakukan ibadah solat itu menjauhi dosa dan berusaha untuk melakukan solat itu dengan sempurna dan menepati sunnah Rasulullah saw. Jika apa yang tercatat dalam penulisan ini ada yang bertentangan dengan dalil yang sahih sila beri teguran
Soalan : Apakah perlu diulang solat jika terbuka auratnya tanpa sengaja?
Secara keseluruhannya dari himpunan hadits hadits, tidak dapat kita katakan bahawa menutup aurat itu syarat sahnya solat tetapi orang itu berdosa bila melakukan dengan sengaja. Apabila berlaku terbukanya aurat dengan tidak sengaja, maka belum ditemui sebuah hadits pun yang menunjukkan terdapat sunnah daripada Rasulullah saw untuk mengulangi solat tersebut. Imam imam mazhab berselisih pendapat dalam masalah aurat yang terbuka secara tidak sengaja dalam solat :
1. Abu Hanifah dan Ahmad berpendapat : Jika terbuka sedikit aurat di dalam solat, solat tidak batal.
2. Abu Hanifah menjelaskan pendapatnya bahawa jika aurat mughalazah (yang sangat dituntut menutupnya iaitu qubul dan dubur) terbuka sekadar sedirham, atau aurat mukhaffafah (yang dipandang kurang baik terbukanya iaitu peha) terbuka kurang dari seperempat aurat, maka ini tidak membatalkan solat.
3. Ahmad pula berpegang kepada hadits yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan hadits Ashim Al-Ahwal yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Nasai. Hadits hadits ini membolehkan aurat terbuka sedikit dalam solat. Ahmad menolak batas batas sedirham dan seperempat yang dibuat oleh Abu Hanifah, kerana tidak ada keterangan.
4. Kata At Tamimi : Jika auratnya pada satu ketika menjadi jelas dan tertutup pada suatu ketika, solat tak payah diulangi (iaitu seperti di tiup angin, asalnya tertutup kemudian terbuka kerana di tiup angin).
5. Imam Asy Syafei pula berpendapat solat itu batal jika aurat itu terbuka walaupun sedikit.
6. Ahmad dalam satu pendapatnya lagi menjelaskan : Jika aurat itu terbuka dengan tidak sengaja dan ditutup dengan cepat maka menurut pendapat Ahmad, tidak membatalkan solat.
Demikian saya bawakan beberapa pendapat ulama mazhab dalam persoalan di atas. Ambillah pendirian yang kukuh berdasarkan nash yang sahih. Sesungguhnya pendapat ulama itu bukanlah hujah, yang menjadi hujah adalah keterangan dari As Sunnah yang di bawanya.
Adab menutup aurat wanita itu berdasarkan keterangan :
1. Firman Allah :
وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
“Janganlah mereka (wanita wanita) itu menampakkan perhiasan melainkan
apa yang zahir saja dan hendaklah mereka ulurkan tudung kepala mereka di
atas dada mereka.” Q.S. An Nur ayat 31 [24:31]Kita telah bincangkan tentang perhiasan yang zahir itu pada pelajaran yang lalu iaitu muka, celak di mata, bekas gelang dan cincin.
قَالَ ابنُ عَبَّاسٍ: الزَّانِيَةُ الظَّاهِرَةُ الْوَجْهُ وَكُحْلُ الْعَيْنِ وَخِضَابُ الْكَفِّ وَالْخَاتَمُ
Telah berkata Ibnu Abbas : ‘Perhiasan yang zahir itu ialah muka, celak
di mata, inai di tapak tangan dan cincin.’ H.R. Ibnu Jarier.Hendaklah wanita yang bertudung itu melabuhkan tudungnya atas dada atau melilitkan dengan menutupi bahagian leher dan dada sehingga tidak ternampak padanya perhiasan baik dari tubuhnya mahupun yang dipakainya seperti subang, kalung dan lainnya. Perkataa khumur di ayat di atas adalah beberapa khimar. Dalam tafsir Ibnu Khasier dijelaskan : ‘Khimar itu sesuatu yang di buat tudung atau tutup kepala dan dikenali juga dengan nama miqna’. Miqna’ atau terkenal juga dengan panggilan mugna’ ialah telekung atau kain tudung.
2. Firman Allah : Al-Ahzab ayat 33 [33:33]
وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى
“Dan janganlah kamu (isteri isteri Nabi) menampakkan perhiasan sebagaimana hal jahiliyah yang dahulu.
قَالَ
مُقَاتِل: التَّبَرُّجُ اَنَّهَا تُلْقِي الْخِمَارَ عَلَى رَأْسِهَا
وَلاَ تَشُدُّهُ فَيُوَارِيَ قَلاَئِدَهَا وَقُرْطَهَا وَعُنُقَهَا
Telah berkata Muqaatil : Perkataan Tabarruj (nampakkan perhiasan) yang
tersebut di ayat itu, ialah seorang wanita bertudung dengan tidak
membelitkan dia (melainkan) hingga tertutup kalung leher, subang dan
tengkuknya.3. Firman Allah : Al-Ahzab ayat 59 [33:59]
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ
“Hai Nabi ! Suruhlah isteri isterimu dan anak anak mu dan perempuan
perempuan Islam menghulurkan tudung sarung mereka atas (muka) mereka.”Setelah memakai tudung yang menutupi kepala dan labuh ke atas dada lalu Allah memerintahkan lagi para wanita agar di pakai lagi sehelai tudung yang di hulurkan sedikit ke atas muka mereka.
Demikian secara terperinci Allah menjelaskan dalam bab aurat wanita yang perlu di tutup dan cara menutupnya. Maka adalah wajib bagi seorang wanita Muslim yang telah baligh itu menutup aurat baik di luar solat atau di dalam solat. Di kecualikan di luar solat itu, orang yang boleh melihat auratnya yang lazim adalah sebagaimana firman Allah : An-Nur ayat 31 [24:31]
وَلَا
يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ
بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا
لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آَبَائِهِنَّ أَوْ آَبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ
أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ
بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ
مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ
مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى
عَوْرَاتِ النِّسَاءِ
“Janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, melainkan kepada (1)
suami suami mereka (2) bapa bapa mereka (3) bapa bapa bagi suami mereka
(4) anak anak mereka (5) anak anak bagi suami suami mereka (6) saudara
saudara lelaki mereka (7) anak anak bagi saudara saudara lelaki mereka
(8) anak anak bagi saudara perempuan (9) wanita wanita Islam (10) hamba
hamba mereka (12) orang orang gaji yang tidak berkemahuan kepada wanita
(12) atau anak anak yang belum mempunyai keinginan kepada wanita.”Ayat Al Quran ini menjelaskan tentang orang orang yang di bolehkan bagi wanita untuk membuka aurat lebih dari muka dan dua tangan iaitu seperti menampakkan rambutnya. Ini berdalilkan hadits yang diriwayatkan oleh Abu Daud :
قَالَ
أَنَسٌ: اِنَّ النَّبِيَّ ص أَتَى فَاطِمَةَ بِعَبْدٍ قَدْ وَهَبَهُ لَهَا
وَعَلَى فَاطِمَةَ ثَوبٌ اِذَا قَنَّعَتْ بِهِ رَأْسَهَا لَمْ يَبْلُغْ
رِجْلَيْهَا وَاِذَا غَطَّتْ بِهِ رِجْلَيْهَا لَمْ يَبْلُغْ رَأْسَهَا
فَلَمَّا رَأَى النَّبِيُّ ص مَا تَلْقَى قَالَ: اِنَّهُ لَيْسَ عَلَيْكِ
بَأْسٌ اِنَّمَا هُوَ اَبُوكِ وَغُلاَمُكِ
Telah berkata Anas : Bahawasanya Nabi saw. pernah memberi kepada Fatimah seorang hamba lelaki, sedang Fatimah berpakaian yang apabila ia tutup kepalanya, terbuka kakinya, dan apabila ia tutup kakinya terbuka kepalanya. Apabila melihat keadaan itu, Nabi saw. bersabda : “Tidak mengapa kerana dia itu tidak lain melainkan (seperti) bapamu dan hambamu.”
Sebagai seorang yang mengaku beragama Islam dan mengamalkan sentiasa berusaha mengamalkan Sunnah Rasulullah saw maka wajar sekali kita memelihara diri kita, isteri kita, anak anak kita dari melakukan perlanggaran hukum sehingga melakukan perbuatan yang haram seperti mendedahkan aurat dan lain lainnya. Bagi kaum wanita contohilah keimanan wanita di zaman Rasulullah saw. yang di ceritakan dalam beberapa hadits :
قَالَتْ
عَائِسَةُ: يَرْحَمُ اللهُ نِسَاءَ الْمُهَاجِرَاتِ الأَوَّلَ لَمَّا
اَنْزَلَ اللهُ – وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ –
شَقَقْنَ مُرُوطَهُنَّ فَاخْتَمَرْنَ بِهَا
Telah berkata Aisyah r.a.: ‘Mudah mudahan Allah beri rahmat atas wanita
wanita Muhajirin yang dahulu. Di waktu Allah turunkan ayat tudung itu,
mereka koyak kain mereka yang belum berjahit dan mereka buat tudung.’
S.R. Bukhari.Betapa ketakwaan wanita di zaman Rasulullah saw., apabila datang hukum kepada mereka tanpa berdolak dalik mereka tunduk dan patuh kepada perintah Allah sehinggakan Aisyah r.a. sendiri kagum dengan mereka. Dalam satu riwayat lain dari Abu Daud :
قَالَتْ
صَفِيَّةُ بِنْتُ شَيْبَةَ: بَيْنَا نَحْنُ عِنْدَ عَائِشَةَ فَذَكَرْنَ
نِسَاءَ قُرَيْشٍ وَفَضْلَهُنَّ فَقَالَتْ عَائِشَةُ: اِنَّ لِنِسَاءِ
قُرَيْشٍ لَفَضْلاً وَاِنِّيْ وَاللهِ مَا رَاَيْتُ اَفْضَلَ مِنْ نِسَاءِ
الأَنْصَارِ اَشَدَّ تَصْدِيْقًا لِكِتَابِ اللهِ وَاِيْمَانًا
بِالتَّنْزِيْلِ لَقَدْ اُنْزِلَتْ سُورَةُ النُّورِ – وَلْيَضْرِبْنَ
بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ – اِنْقَلَبَ رِجَالُهُنَّ اِلَيْهِنَّ
يَتْلُونَ عَلَيْهِنَّ مَا اَنْزَلَ اللهُ .... فَمَا مِنْهُنَّ امْرَأَةٌ
اِلاَّ قَامَتْ اِلَى مِرْطِهَا الْمُرَحَّلِ فَاعْتَجَرَتْ بِهِ
تَصْدِيْقًا وَاِيْمَانًا بِمَا اَنْزَلَ اللهُ مِنْ كِتَابِهِ
Telah berkata Shafiyah binti Syaibah : Di waktu kami bersama sama Aisyah
mereka sebut wanita wanita Quraisy dan kelebihan mereka. Maka Aisyah
berkata : ‘Sesungguhnya wanita wanita Quraisy itu mempunyai kelebihan,
tetapi sesungguhnya aku, Demi Allah ! tidak aku lihat yang lebih mulia
dari wanita wanita Anshar : sangat sangat mereka membenarkan kitab Allah
dan sangat kuat iman mereka kepada wahyu yang diturunkan. Waktu
diturunkan surah An Nur, ayat yang menyuruh bertudung, lelaki mereka
pulang, lalu membacakan kepada mereka apa yang diturunkan Allah itu,
lantas tiap tiap seorang daripada wanita wanita mereka mengambil kain
mereka yang berlukis, lalu mereka jadikan tudung kepala kerana
membenarkan dan percaya kepada apa yang diturunkan oleh Allah di
kitabNya.’Berbeza dengan keadaan kita sekarang ini, sejak dari bangku sekolah telah diajar bertudung tetapi apabila meningkat remaja, banyak anak anak gadis yang membuang tudung dengan berbagai alasan menurut hawanafsu. Banyak di antara mereka tahu mendedah aurat itu berdosa tetapi hawanafsunya dapat mengalahkan mereka sehingga mereka merasa selesa melakukan perbuatan dosa dan rimas jika menutup aurat. Dan terdapat pula sebilangan remaja yang menutup aurat tetapi nampak seperti bertelanjang, iaitu nampak susuk tubuhnya secara nyata kerana ketat atau sempitnya seluar dan baju yang dipakai. Sabda Rasulullah saw.:
عَنْ
اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله ص: صِنْفَانِ مِنْ اَهْلِ
النَّارِ لَمْ اَرَهُمَا، قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَاَذْنَابِ الْبَقَر
يَضْرِبُوْنَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيْلاَتٌ
مَائِلاَتٌ رُءُوْسَهُنَّ كَاَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ
يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيْحَهَا .....
Di terima dari Abu Hurairah, katanya : Telah bersabda Rasulullah saw.
“Ada dua golongan penghuni neraka yang tidak pernah saya lihat, suatu
kaum yang membawa cambuk-cambuk (cemeti) seperti ekor-ekor sapi yang
mereka pukulkan kepada manusia, dan wanita wanita yang berpakaian tetapi
telanjang, mempengaruhi orang dan menarik ke jalannya, kepala mereka
laksana punuk unta yang miring letaknya (sanggul di kepala). Mereka
tidak akan masuk syurga dan tidak akan menemukan harum baunya………”Riwayat Muslim dengan lafaznya daripadanya.
Maka jadilah wanita yang soleh, yang tunduk dan patuh kepada perintah Allah dan menuruti perintah Rasul-Nya. Jauhilah sifat menurut hawanafsu yang tidak lain hanyalah sifat yang telah berjaya dipengaruhi oleh syaitan dan tidak ada sebarang kebaikan melainkan kerosakan kepada diri kita sendiri. Jangan memandang mudah permasalahan aurat bagi wanita kerana ianya adalah satu dosa yang sepatutnya dijauhi bukan dipandang ringan. Telah menjadi kebiasaan dimasa kini anak anak gadis ke sekolah dengan bertudung dan apabila pulang ke sekolah mereka membuang tudung. Ibu bapa hanya memandang dingin perbuatan dosa yang dilakukan oleh anak anak gadis mereka sedangkan menjadi tanggung jawab mereka untuk mendidik anak anak dan keluarga mereka. Apakah kita rasa kita boleh terlepas dari azab Allah ? Dan apakah ancaman Allah itu satu senda gurauan ?
Didiklah anak anak gadis kita, ahli keluarga kita tentang urusan menutup aurat ini bermula dari usia kanak kanak lagi, semoga ia tidak merasa janggal untuk menutup aurat dan ingatlah segala kegagalan kita sebagai penjaga atau ibu bapa yang di amanahkan oleh Allah untuk mendidik dan menjaga anak anak akan dipertanggungjawabkan kepada kita. Allah membalas setiap apa yang dilakukan oleh hamba-Nya dan tidak akan terlepas dari pengetahuan-Nya biar sebesar zarah. Berusahalah dengan bersungguh sungguh mendidik dengan sepenuh jiwa, ikhlas kerana Allah dan apabila anak anak kita telah dewasa lalu ia memilih jalannya sendiri sedangkan kita telah mendidiknya, moga yang demikian itu kita terlepas dari dosa.
Soalan : Bagaimana aurat wanita yang telah tua dan tidak lagi bernafsu, bolehkah ia membuka tudung di hadapan orang lelaki yang bukan muhrimnya ?
Jawapan : Firman Allah :
وَالْقَوَاعِدُ
مِنَ النِّسَاءِ اللَّاتِي لَا يَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ
جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ
وَأَنْ يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَهُنَّ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
“Wanita wanita tua yang tidak ada kemahuan kahwin itu, tidak mengapa
membuka tudung tudung mereka dengan tidak menampakkan perhiasan
perhiasan ; tetapi kalau mereka mau menjaga kehormatan mereka, maka ia
itu lebih baik bagi mereka.” Q.S. An Nur ayat 60 [24:60]Ayat Al Quran itu membolehkan wanita yang telah tua yang tidak lagi bernafsu kepada lelaki untuk dikahwini boleh membuka tudung, tetapi jika ia menjaga auratnya, maka itu lebih baik baginya.
RUJUKKAN KOLEKSI HADITS HUKUM 2 –T.M. HASBI,M.S. 213-249, SOAL JAWAB 2 A HASSAN, M.S.616,644, SOAL JAWAB 3 - A HASSAN,M.S.1085.
Comments
Post a Comment