Doa-doa
Penawar
Letakkan tangan anda ke tempat yang sakit lalu baca doa di
bawah.
Jika orang lain yang sakit, letakkan tangan anda ditempat yang
sakit lalu berdoa seperti di bawah: ... بسم الله الر حمن الر حيم Dengan
Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang (Dibaca 3 kali)
اَعُوذُ بِعِزَّةِ اللهِ وَبِقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِمَا اَجِدُ وَاُحَاذِرُ
Aku berlindung dengan kebesaran Allah dan kekuasaanNya dan kejahatan apa
yang aku deritai dan aku khuatirkan.
Sisakit hendaklah
memperbanyakkan bacaan berikut:
لا اِلهَ اِلا اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ ,
لا اِلهَ اِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , لا اِلهَ اِلا اللهُ لَهُ
الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ لا اِلهَ اِلا اللهُ ,لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ
الا بِاللهِ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Besar
Tiada Tuhan melainkan Allah sendiriNya Tiada sekutu bagiNya, Tiada Tuhan
melainkan Allah bagiNyalah Pemerintahan dan Kerajaan dan bagiNya segala
pujian Tiada Tuhan melainkan Allah Tiada daya dan upaya melainkan
dengan kehendak Allah.
Rasulullah s.a.w. menyapukan tangan baginda
ketubuh ahli keluarga yang sakit dengan tangan kanan lalu membaca
اَللهُمَّ رَبِّ النَّاسِ مَذْهِبَ البَأسِ اِشفِ اَنْتَ الشَّافِى لا
شَافِى اِلا اَنْتَ شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمَا
Ya Allah, Tuhan segala
manusia, yang menghilangkan penyakit sembuhkanlah. Engkaulah penyembuh
selain Engkau sembuh yang tidak meninggalkan sakit lagi.
Riwayat Muslim
Doa untuk menyembuh bisul dan ketumbuhan
اَللهُمَّ مُصَغَرَ الْكَبِيرِ
وَمُكَبِّرَ الصَّغِيرِ صَغِّرْ مَابِى
Ya Allah, Tuhan yang mengecilkan
yang besar dan membesarkan yang kecil kecilkanlah apa yang tumbuh pada
badanku.
Doa untuk sembuhkan pening dan demam
بسم الله الر حمن الر
حيم, بسم الله الْكَبِيرِ نَعُوذُ بِاللهِ الْعَظِيْمِ مِنْ شَرِّعَرقٍ
نَعَّارٍ وَمِنْ شَرِّحَرِّ النَّارِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang, Dengan nama Allah yang Maha Besar kami berlindung
dengan Allah dari kejahatan peluh yang mendidihkan darah dan dari
kejahatan kepanasan neraka.
Doa sebelum makan/minum ubat
بِسْمِ اللهِ
الرَّ حْمَنِ الرَّ حِيْمِ أَذْهِبِ الْبَائْسَ رَبَّ النَّاسِ اِشْفِ
اَنْتَ الشَّافِى َلا شَافِىَ اِلا اَنْتَ اَللهُمَّ اِنِّى اَسْئَلُكَ
الْعَافِيَةَ
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Wahai Tuhan manusia, hilangkanlah derita, sembuhkanlah, Engkaulah yang
Maha Penyembuh. Tiada Penyembuh kecuali Engkau Ya Allah aku mohon sihat
afiat kepadaMu.
Doa selepas makan/minum ubat
اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِى
كَفَانَا وَاَرْوَانَا غَيْرَمَكْفِيَ وَلا مَكْفُورِ
Segala puji bagi
Allah yang telah memberi kepada kami kecukupan dan kepuasan yang tidak
terabaikan dan tidak tertolak.
Doa supaya lekas sembuh
اَسْاَلُ اللهَ
الْعَظِيْمَ اَنْ يَشْفِيَنِى شِفَاءً لا
يُغَادِرُ سَقَمًا
Aku mohon
kepada Allah yang Maha Agung agar menyembuhkanku benar-benar sembuh yang
tidak terabaikan dan tidak tertolak.
Allah menjadikan penyakit dan
Allah telah menyediakan penawarnya Berusahalah mencari penawar. Iringi
dengan doa dan tawakkal kepada Allah.
Comments
Post a Comment