KULIAH USTAZ
MANHAJ HARAKI
AKIDAH
MENJANA MAHABAH
YAKIN RAHMAT
RAHMAT ALLAH
Masuk Syurga Kerana Rahmat Allah. Mengapa Beramal Sekarang?
بسم الله الرحمن الرحيم
Foto dari http://ibnulinggasakti.wordpress.com/
Assalamualaikum
WBT. Pada awal bulan Mei yang lalu, Keluarga HIKMAH telah menganjurkan
"Hari Keluarga HIKMAH" di pantai Bagan Lalang dan terbuka kepada semua
warga Keluarga HIKMAH. Untuk makluman, Keluarga HIKMAH terdiri daripada
cucu-cicit Atuk dan Nenek aku yang sebelah Mak. Kami sekeluarga telah
membentuk organisasi dan diberi nama Keluarga HIKMAH.
Salah
satu dari aktiviti hari keluarga tersebut ialah ceramah dari Prof.
Muhd. Kamil Ibrahim. Beliau berkongsi mengenai pengalaman hidup yang
amat menarik dan sangat menyentuh kalbu. Di penghujung ceramah, seorang
ahli keluarga telah bertanya tentang kemusykilan terhadap ceramah
beliau. Beliau menyatakan, masuk syurga itu adalah dengan rahmat Allah
SWT, bukan kerana amal ibadah yang dilakukan seumur hidup.
Soalan : "Apa gunanya kita beramal ibadah dengan banyak, jika masuk syurga itu hanyalah dengan rahmat Allah semata-mata?"
Jawapan:
"Firman Allah dalam surah Adz-Zaariyat : 56, maksudnya,"Tidak Aku
(Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri
kepada-Ku." Memang kita perlu beramal ibadah kepada Allah kerana itu
tanggungjawab dan tujuan hidup di dunia ini, namun yang memberi keizinan
untuk seseorang itu masuk ke dalam syurga hanyalah Allah semata-semata.
Itulah rahmat Allah.
Wallahu'alam
Comments
Post a Comment