Azab Tidak Menutup Aurat Dengan Sempurna
BISMILLAAHIRRAHMAANIRRAHIIM
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
Maksudnya:
Dan
Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh
mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup
belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka,
atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau
anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi
saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara
mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba
mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak
berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti
lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki
untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka;
dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang
beriman, supaya kamu berjaya.
(Surah An Nur Ayat 31)
Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud:
“Ada
dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya
itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai
buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang
berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan
mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar
punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat
akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh
perjalanan demikian dan demikian.”
(Riwayat Muslim)
Balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah, ialah azab yang amat pedih, antaranya:
- Balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya.
- Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya.
- Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang..pedihnya tidak terkira.
Wanita
di luar rumah di tuntut supaya memakai pakaian seperti pakaian dalam
sembahyang. bezanya, mungkin pendek sedikit bagi tujuan memudahkan
pergerakkan. Tidak boleh terlalu ketat, sehingga menampakkan gerak
punggung. sekalipun tebal seperti seluar jeans, tidak nipis atau jarang
sehingga memperlihatkan apa yang di dalam. berseluar panjang boleh
tetapi hendaklah dilabuhkan pakaian luarnya.
Gambaran Siksaan
Diriwayatkan
oleh Bukhari dari Samurah bin Jundub : "Pada suatu hari Rasulullah SAW
sesudah solat mengadapkan muka beliau kepada kami dan berkata : "Siapa
di antara kamu yang bermimpi malam tadi ?" Orang yang bermimpi
menerangkan mimpinya. Mendengar itu, Rasulullah SAW bersabda :"Masha
Allah !" Di hari yang lain, tiada siapapun yang bermimpi. Rasulullah SAW
berkata kepada kami, kebetulan saya bermimpi malam tadi.
"Saya
melihat dua orang lelaki datang kepadaku, kedua orang itu memegang
kedua tanganku, membawa aku keluar ke bumi suci. Tiba-tiba saya melihat
seorang lelaki duduk sementara seorang lagi berdiri. Dia memegang alat
yang dibuat dari besi dan mecocokkanya ke mulut hingga ke kerongkong
kemudian dicabut kembali dan diulangi semula. Begitulah yang dikerjakan
oleh keduanya silih berganti". Lalu aku bertanya : "Siapakah mereka
ini". Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah
menyuruhku terus berjalan.
"Sambil
berjalan, tiba-tiba saya melihat seorang lelaki sedang berbaring
terlentang dan seorang lagi lelaki berdiri di sampingnya memegang batu
sebesar penumbuk. Lalu dihempapkannya batu itu ke kepala pemuda
berbaring tadi sehingga berkecai kepalanya. Setelah itu digulingkannya
batu itu lalu diambil oleh pemuda yang dihempap batu tadi dan kepalanya
normal semula. Kemudian diserahkan kebali batu itu kepada lelaki tadi
dan dia menghempap semula kepala lelaki terlantang tadi dengan tidak
berhenti-henti". Lalu aku bertanya : "Siapakah mereka ini". Kedua orang
(malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku terus
berjalan.
"Tiba-tiba
kami sampai ke sebuah jurang seperti tungku yang sempit di bahagian
atasnya, tengahnya luas dengan nyalaan api dengan 2 orang yang telanjang
dibakar api, seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-duanya hampir
tercampak keluar akibat dari gelojakan api tersebut, tiba-tiba api
terpadam dan kedua-dua terjatuh ke dasar jurang tersebut. Kemudian api
dinyalakan semula dan hal ini terus berlaku berulang-ulangkali." Lalu
aku bertanya : "Siapakah mereka ini". Kedua orang (malaikat) yang
membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku terus berjalan.
"Kemudian
kami sampai ke sebuah sungai darah. Terdapat 2 lelaki di dalam sungai
tersebut di mana lelaki yang pertama memegang seketul batu berada di
tengah-tengah sungai. Sementara lelaki yang kedua mengadap lelaki yang
pertama, dia mahu keluar dari sungai itu. Namun setiap kali dia cuba
keluar dia dilempar dengan batu oleh lelaki yang pertama tadi dan
terjatuh semula ke dalam sungai. Keadaan ini terjadi berulang-ulang
kali." Lalu aku bertanya : "Siapakah mereka ini". Kedua orang (malaikat)
yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku terus berjalan.
"Tiba-tiba
saya sampai di taman yang hijau dan terdapat sebatang pohon yang besar.
Di bawah pohon itu terdapat seorang lelaki tua yang sedang menyalakan
api bersama-sama dengan beberapa orang anak. Kedua-dua malaikat yang
membawaku, lalu membawaku naik ke atas pohon itu. Kemudian keduanya
membawaku memasuki gedung yang amat indah yang belum pernah aku lihat.
Di dalamnya ada golongan tua dan ada yang masih muda."
Aku
dibawa naik lagi. Tiba-tiba aku memasuki gedung yang lebih indah lagi.
Ketika itu aku bertanya kepada kedua lelaki yang membawa aku: "Kamu
telah membawa aku jauh mengembara pada malam ini, terangkan kepadaku apa
yang telah aku lihat"
Keduanya
menjawab : "Orang yang engkau lihat memasukkan alat besi sampai ke
kerongkongnya adalah pembohong yang sedang berbohong. Ia disiksa begitu
hingga hari qiamat." "Orang yang dipecahkan kepalanya dengan batu adalah
orang yang pandai membaca al-Quran, tetapi dia tidur dengan al-Quran di
malam hari (tidak membacanya) dan tidak mengamalkannya di siang hari.
Begitulah siksaannya hingga hari qiamat". Orang yang engkau lihat di
dalam jurang adalah penzina dan di dalam sungai adalah pemakan riba.
Orang tua yang berada di bawah pohon adalah Nabi Ibrahim sedangkan
anak-anak yang berada di sisinya adalah anak-anak manusia. Yang
menyalakan api adalah Malik, penjaga Neraka. Gedung indah yang pertama
ialah untuk semua orang-orang beriman sementara gedung yang lebih indah
adalah untuk para syuhada'. Saya adalah Jibril dan ini Mikail."
Kemudian
mereka menyuruh aku mengangkat kepala lalu aku melihat mahligai seperti
awan tingginya. Kedua maliakat itu berkata : "Itulah tempat bagimu"
Lalu aku berkata : "Biarkan aku memasukui mahligaiku" Jawab mereka :
"Umurmu masih ada, sesudah engkau wafat, barulah engkau dibenarakan
masuk"
Berikut adalah gambaran siksaan dan pembalasan yang diperlihatkan kepada Rasulullah SAW semasa peristiwa Isra' dan Mikraj.
Peristiwa Isra'
1. Orang yang bercucuktanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat.Gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah
2. mencium bau yang wangi iaitu bau tukang sikat Firaun yang beriman kepada Allah
3.
Sekumpulan manusia menghempap kepala masing-masing dengan batu
berulangkali. Gambaran orang yang berat melakukan solat fardhu.
4.
Kumpulan manusia telanjang memakan rumput berduri, buah zakkum yang
sangat pahit dan makan bara api Jahannam. Balasan orang yang tidak suka
menderma, bersedeqah dan tidak mengeluarkan zakat.
5. Orang yang mengguntingkan lidah tidak berhenti-henti. Balasan orang yang bercakap tetapi tidak mengamalkannya.
6.
Ssekumpulan manusia makan daging busuk sedangkan ada daging baik,
balasan orang yang berzina sedangkan dirinya ada isteri yang sah.
7. Orang yang tenggelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan batu. Balasan orang yang makan riba.
8. Kumpulan manusia mencakar-cakar muka dan dada dengan kuku yang tajam. Balasan orang yang suka mengumpat.
9.
Orang yang membawa berkas kayu yang banyak tidak terangkat olehnya.
Balasan oarang yang menerima amanah tetapi tidak sanggup
melaksanakannya.
10.
Seekor lembu keluar dari lubang kecil tetapi tidak dapat masuk semula
ke dalam lubang tersebut. Gambaran orang yang suka bercakap besar.
Peristiwa Mi'raj
1.
Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup
membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.
2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)
3.
Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima
berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran
dan membuat dusta.
4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.
5.
Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang
serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul
hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan
takabur kepada orang ramai.
6.
Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar
hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan
mencaci.
7)
Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya
lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat
untuk membunuh janin.
8.
Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api
dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat
bertaubat.
9.
Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu
keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.
10.
Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas
ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha
ke arah pergaduhan sesama manusia.
Tutuplah aurat sebelum terlambat....sebelum anda dikafankan..!!
Suatu petang pukul 6.30 ptg. Ustazah telah menerima call dari sahabatnya.
Member: "Ko tulis apa tadi kat facebook?!"
Ustazah: "Assalamualaikum. Aku tengah goreng pisang ni."
Member: "Ko pekak ke? Aku tanya ko tulis apa kat facebook tadi?!!"
Ustazah: "Eh aku tertekan loudspeaker ke ni? Oh! Status tadi. Pasal nasihat tudung untuk sahabat tu ya."
Member: "Ko tak payah lah buat-buat poyo! Aku tahu la perangai buruk ko!
Aku tahu la status ko buat tu nak tuju kat aku. Aku sorang je member ko
yang tak pakai tudung kat facebook. Agak-agakla. Aku tahulah ko keje
ustazah, tapi elok ke nak aibkan orang kat public?!"
Ustazah: "Aku takde tulis nama siapa-siapa pun."
Member: "Tak payah nak berdalihlah! Lidah bercabang! Kawan tikam kawan!
Depan aku ko cakap baik-baik, belakang aku ko fitnah-fitnah. Cilake
betul! Woiii!! Ko ingat sikit, mak bapak aku tak pernah tegur pun aku
nak pakai tudung ke tak pakai ke. Dorang lagi memahami tudung ni bukan
kena paksa-paksa. Pakai bila dah rela hati, dah ikhlas hati."
Ustazah: "Baik. Jadi ko call aku ni semata-mata nak marah aku la ni?
Baik, aku minta maaf kalau ko terasa. Aku nak goreng pisang ni."
Member: "FFFFFuUuuuUu (muka troll 9gag) toll la ko ni! Aku tak habis
cakap lagi. Ko dengar sini nasihat aku ni. Ko nak jadi ustazah, ko
ngajar budak-budak sekolah rendah ko tu je lah. Ko ngajar j-Qaf kan? Ha,
ko ngajar fardhu ain alif ba ta kat budak-budak sekolah tu je lah. Tak
payah ko nak sindir-sindir, kutuk-kutuk orang. Ko ingat mulia sangat
cara ko nak nasihat orang tu?! Boleh terima nasihat aku ni? Boleh?
Boleh?!"
Ustazah: "Baik. Boleh. Cuma aku nak minta dua benda dengan ko baru aku ikut cakap ko."
Member: "Orait. Pe bende? Baguslah kalo ko dah insaf. Suka ati aku dengar."
Ustazah: "Satu, aku nak minta ko ameenkan doa aku ni. 'Allahummaghfirlaha warhamha wa 'aafiha wa' fu 'anha'. Ameen"
Member: "Ok boleh. Ameen. Doa apa tu?"
Ustazah: "Maksud dia 'Ya Allah, berikanlah ampunan kepadanya, sayangilah
dia, maafkan dan ampunilah dia.' Doa untuk jenazah wanita. Doa ni untuk
hati ko yang dah mati. Ok permintaan aku yang kedua pls."
Member: "Grrrrrrr!! Ha cepat cakap! Panas hati aku ni lama2 cakap ngn ko!"
Ustazah: "Doakan aku umur panjang. 'Ya Allah! Panjangkanlah umur ustazah j-Qaf ni. Ameen."
Member: "Ok boleh. Ameen."
Ustazah: "Terima kasih. Moga-moga aku panjang umur sebagaimana yang
didoa. Sebab kalau ko mati dan aku masih hidup, aku lah yang akan
pakaikan ko tudung nanti dengan kain kapan. Dan...masa tu ko akan
berterima kasih pada kawan ko ni. Sebab ko dah tak boleh pakai sendiri,
aku yang tolongkan. Baiklah, aku nak goreng pisang ni sampai habis.
Kalau nak, mai la umah. Wslm."
Member : "Nanti..nanti!! Aku tak habis cakap lagi!!!"
"............"
---
Keesokan harinya member ustazah tu digilis lori.
Guess siapa yang pakaikan tudung?
----
"Allahuakbar" - cerita oleh Rusydee Artz
http://fazakkeer.blogspot.com/2012/01/azab-tidak-menutup-aurat-dengan.html
Comments
Post a Comment