Air Tangan Orang Tidak Solat Lebih Hina Dari Air Kencing Anjing Hitam
Sesungguhnya orang Islam yang meninggalkan solat adalah
berdosa,malahan lebih hina dari khinzir.Betapa hinanya kita kalau
meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa A.S.
Begini kisahnya,pada zaman Nabi Musa,ada seorang lelaki yang sudah
berumah tangga,dia tidak mempunyai zuriat,lalu terdetik dalam hatinya
(nazar).
“Kalau aku dapat anak,aku akan minum air kencing anjing hitam.”Dengan
izin Allah S.W.T,akhirnya isteri si lelaki tadi hamil dan melahirkan
anak.Bila sudah mendapat anak,lelaki ni pun runsinglah.Dia sudah
bernazar dan terpaksa minum air kencing anjing hitam.Syariat pada zaman
Nabi Musa berbeza dengan syariat yang diturunkan untuk umat Nabi
Muhammad S.A.W.Jika umat Nabi Muhammad S.A.W bernazar benda yang
haram,maka tak payah lakukan.Tapi kena bayaran dam(denda) atau
sedekah.Tapi pada zaman Nabi Musa A.S,sesiapa yang bernazar,walaupun
haram,tetap kena laksanakan nazar itu.Lalu,si lelaki yang mendapat anak
itu,dengan susah hati pergi bertemu dengan Nabi Musa.
Dia menceritakan apa yang terjadi ke atas dirinya.Lalu,Nabi Musa
menjawab bahawa lelaki itu tak perlu minum air kencing anjing
hitam,tetapi dikehendaki minum air yang lebih hina dari air kencing
anjing hitam.Nabi Musa A.S perintahkan lelaki tersebut untuk pergi
menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat
dan minum air tersebut.Justeru itu,lelaki tersebut pun merasa senang
hati dan terus menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Kisah ini menunjukkkan bahawa betapa hinanya orang yang tidak
solat,sehingga dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya lebih hina
dari air kencing anjing hitam.Itu baru air bumbung rumah,belum air
tangan orang yang tidak solat lagi.Justeru itu jangan sesekali kita
meniggalkan solat dengan sewenag-wenangnya kerana azab yang akan
diterima nanti amtalah siksa dan pedih.Solat perkara pertama yang akan
dihisab oleh Allah di hari Akhirat nanti adalah Solat.Baik amalan solat
maka amalan lain pun akan menjadi baik dan akan dipermudahkan.Jika solat
kita ada malsah maka amalan lain pun akan turut bermasalah.Kerana aolat
itu merupakan tiang agama kita,jika runtuh solat maka runtuhlah
agama,ibarat membina rumah rumah tanpa tiang.
Menyentuh bab air tangan ini,umat islam jangan sesekali meninggalkan
solat.Jika meninggalkan solat tanpa keuzuran,air tangan akan menitik ke
dalam masakan dan orang yang memakannya akan gelap hati kesan dari
kekotoran air tangan itu.
Seandainya seseorang itu makan makanan yang mengggelapkan
hati, tiadalah cahaya diwajahnya, tak berseri tanpa mekap dan liat hendak
membuat kerja-kerja yang baik.Jaga apa yang kita makan betapa beratnya
amalan solat ini, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad
melalui israk dan Mikraj, sednagkan kewajipan-kewajipan lain memadai
diutus melalui Jibril a.s.
Ketika saat Rasulullah S.A.W nazak,baginda sempat berpesan kepada
Saidina Ali (untuk umat islam) bermaksud, “Solat,solat jangan sekali
kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah
tanggunganmu.”
http://mindailmu.com/air-tangan-orang-tidak-solat-lebih-hina-dari-air-kencing-anjing-hitam/
Comments
Post a Comment