Polisi PBT Punca Arak Berjaya Dijual Terbuka Di Bangi

Tinjauan kami di kedai serbaneka dalam DUN Bangi pada Ahad, 16 Disember sebagai susulan daripada pendedahan Media Isma, 12 Oktober yang melaporkan arak telah dijual secara terbuka di 99 SpeedMart, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.
Tinjauan kami di tempat yang sama seperti yang pernah dilaporkan Media Isma mendapati arak masih dijual secara terbuka meskipun dua bulan pendedahan dibuat.
Lampiran foto Jualan arak di 99SpeedMart Seksyen 7, Bandar Baru Bangi yang dirakam pada 16 Disember.


Media Isma telah menghubungi Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) untuk mendapatkan penjelasan tentang polisi kerajaan tempatan (PBT) penjualan arak secara terbuka itu.
Ketua Unit Perancangan Korporat & Perhubungan Awam MPKJ, Shariman Mohd Noor berkata penjualan arak di kedai serbaneka dibenarkan jika kandungan alkoholnya kurang daripada 10 peratus, tetapi jika kandungan melebihi 10 peratus kelulusannya hendaklah dipohon melalui Pejabat Daerah.
“Sebenarnya, kalau ikut arak apa semuanya, minuman keras yang melebihi 10 peratus alkohol, dia bawah Pejabat Daerah…Tetapi kalau kurang 10 peratus alkohol, macam Heineken, Carlsberg, Jolly Shandy apa semua ini, ini (yang) kurang 10 peratus alkohol, ia tak ada masalah, boleh jual di tempat-tempat terbuka,”katanya.
Menurut Shariman tidak menyalahi undang-undang, kedai serbaneka menjual arak secara terbuka kerana polisi PBT membenarkan penjualan arak yang kandungan alkoholnya kurang 10 peratus di premis yang sah.
“Kita boleh minta kerjasama macam 7-Eleven apa semua.. Tapi kalau macam katakan penduduk nak suruh kita hentikan..(jika) Premis tu tak ada masalah, maksudnya dari segi premis, CF semuanya ada, (maka) kita okay.
“Kita boleh ambil tindakan tapi kalau benda tu tidak menyalahi undang-undang, kita hanya boleh nasihat saja,”katanya lagi.
Jawapan Ketua Unit Perancangan Korporat & Perhubungan Awam MPKJ itu mengesahkan perbalahan di antara Dato Dr Hasan Ali, Exco Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur & Kemudahan Awam dengan Ronie Liu, Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan berkenaan dengan penjualan arak secara terbuka di kedai 7 eleven Seksyen 8, Shah Alam pada Ogos 2009 berpihak kepada exco dari DAP itu.
Ronnie Liu ketika membuat penjelasan pada 10 Ogos 2009 berkata tidak ada apa-apa kesalahan penjualan arak yang kandungan alkoholnya kurang daripada 10 peratus, meskipun kawasan itu penduduk itu majoriti Melayu-Islam.
“Beer di sini maksudnya minuman arak yang mengandungi alkohol yang tidak melebihi 8.8 peratus. Itu satu tafsiran dari segi undang-undang, dari segi akta lah. Kalau dari segi agama lain, mungkin ada berlainan sikit lah. Tetapi ini strictly tafsiran atau definisi beer dalam undang-undang.
“Undang-undang ini adalah Akta Eksais 1976. Dan saya difahamkan akta ini telah diadakan pada masa era orang putih, British. Lepas tu kepada UMNO, Perikatan dan Barisan Nasional. Dan sampai hari ini semua negerilah termasuk Selangor menggunakan akta yang sama dalam hal mengawal selia penjualan minuman keras,”katanya.
Walaupun, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan umat Islam dibenarkan meminum minuman yang tidak melebihi 0.01 peratus, namun Ronnie Liu memberi tafsiran berbeza mengikut kaca mata bukan Islam.
“Dalam bahasa Malaysia, dia tak ada perkataan itu untuk liquor, beer pun satu penterjemahan sajalah.. Jadi, benda ini semua bukan masyarakat Muslim yang boleh memahami dengan baiklah.
“Tetapi bagi orang Cina, dia sangat jelaslah, liquor..liquor, beer..beer. Kesan dia pun, orang yang minum dia tahulah, dia tahu.
“Jadi, kalau liquor dia dikategorikan sebagai minuman keras. Dia tak ada definisi yang lebih tepat, jadi dia gunakan definisi ini. Kalau beer, dia beer lah,”katanya.
Menurutnya, penjualan arak yang kandungan alkoholnya melebihi 10 peratus kelulusan lesen dari Pejabat Daerah, manakala arak di bawah 10 peratus kandungan alkoholnya diluluskan PBT.
Berasaskan jawapan Ketua Unit Perancangan Korporat & Perhubungan Awam MPKJ dan Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan yang bertanggungjawab memutuskan polisi PBT, kami berpendapat arak bukan sahaja boleh dijual di kedai serbaneka di Seksyen 8, Shah Alam atau Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, malah boleh dijual lebih menyeluruh di tempat-tempat lain.
Tinjuan kami pada 16 Disember di sekitar DUN Bangi mengesahkan andaian itu.
DUN Bangi dipilih kerana majoriti penduduknya berbangsa Melayu yang dianggarkan kira-kira 80 hingga 90 peratus beragama Islam.
7-Eleven
1.Hentian Kajang


2.Fasa 4, Bandar Baru Bangi


3.Fasa 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi




4.Seksyen 6, Bandar Baru Bangi


5.Seksyen 15, Bandar Baru Bangi


6.Kajang Utama



99SpeedMart
1.Seksyen 7, Bandar Baru Bangi


2.Seksyen 8, Bandar Baru Bangi



3.Kajang Utama






 
 
 
 
 
 

Salman says:

  1. Jika ditinjau lg, begitu juga minuman keras telah mula dijual di Supermarket Billion, Kompleks PKNS, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.
    Saya tidak pasti sama ada di Supermarket Giant Bangi di Warta dan di Putra Kajang serta Supermarket Econsave di Jalan Reko, Kajang ada menjual minuman keras atau tidak.
    Kedua, beberapa kedai serbaneka 7 Eleven di Bandar Baru Bangi yg dipaparkan admin sebenarnya menunjukkan botol air Babricana yg halal dan bukan minuman keras, tetapi air bergas buah-buahan. Produk Babricana botolnya mmg seakan2 botol arak tetapi ia bukan arak dan halal diminum. Tetapi saya tak pasti sama ada terdapat label halal JAKIM pd botol tersebut atau tidak. Ia adalah produk dr negara-negara arab dan banyak dijual di restoran2 Nasi Arab di sekitar KL.
  2. Rakyat Prihatin says:
    ada satu ketika dulu di Bangi Utama sebelum GIANT menjadi supermarket sana.. dulunya Pasaraya Bintang.. dikesan arak2 dijual dan diletakkan di rak bersebelahan rak susu bayi di Pasaraya Bintang Bangi Utama.. sangat2 tidak wajar
  3. hamba Allah says:
    7-Eleven and 99 Speedmart Saujana Impian , Kajang mula-mula ada jual arak. Lepas tu x jual dah. Boleh check dgn pengerusi Surau Saujana Impian, how they did it.
Pemilik 99 SpeedMart Lelaki Kurang Upaya, Sekolah Setakat Darjah 6 - tapi jual arak
99 speedmart
Kita mungkin sudah biasa melihat rangkaian mini market 99 Speedmart yang papan tandanya berwarna hijau gelap dan oren itu. Ramai mungkin tidak tahu siapakah pemilik rangkaian mini market itu.
Untuk rekod, ia adalah milik seorang lelaki kurang upaya (OKU) bernama Lee Thiam Wah.
Lee Thiam Wah
Beliau memiliki lebih 2OO buah cawangan 99 Speedmart di seluruh Malaysia (2011). Lee berkerusi roda semenjak kecil. Sewaktu bayi, Lee lumpuh disebabkan polio dan hilang fungsi kakinya. Bapanya seorang buruh pembinaan dan ibunya seorang penjaja, mereka bekerja keras untuk menyara 11 orang anak.
Mereka cuma mampu menyediakan pendidikan peringkat sekolah rendah kepada Lee. Untuk menghilangkan rasa sunyi, Lee belajar sendiri dengan membaca buku yang dipinjam dari jiran, dan menjual makanan ringan serta snek ditepi jalan.
“Saya perlu menolong diri sendiri. Tiada siapa yang hendak menggaji saya yang mempunyai fizikal yang terhad ini..”
Lee memiliki simpanan RM5,000 ketika 23 tahun dan ianya cukup untuk memulakan sebuah kedai runcit. Dari situ beliau mula belajar tentang perniagaan runcit.
Lee menceritakan :
“saya belajar apa pelanggan mahu, saya kenal siapa pembekal dan harga mereka. Dan saya kaji pesaing saya dengan cermat..”
Beliau telah berjaya menubuhkan 8 pasar mini di sekitar bandar Klang, Selangor pada hujung tahun 1990an walaupun kegawatan ekonomi berlaku pada masa itu.
Kejayaan ini adalah sumber keyakinan kepadan Lee dalam perkembangan perniagaan kedai serbaneka yang mempunyai potensi tinggi.
Pada Ogos 1992, pasar raya 99 yang pertama telah dibuka. Sejak tahun 1995, 7 buah lagi pasar raya yang menggunakan sistem kawalan stok dan inventori yang terkini telah dibuka di beberapa kawasan di Klang. Perniagaan kesemua pasar raya ini berkembang dengan kadar 8 peratus setahun.
Pada masa perniagaannya berkembang, beliau telah memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan barangan serbaneka. Beliau mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap setiap perkara yang melibatkan perniagaan ini seperti layanan pelanggan, pemilihan tempat perniagaan, kebersihan tempat perniagaan, pentadbiran perniagaan, penjualan dan promosi. Ini menghasilkan rangkaian pasaraya berjenama tinggi yang dikenali oleh penduduk Klang.
Daripada pengalaman dan kejayaan Lee dalam perniagaan ini, beliau telah mengilhamkan satu konsep kedai serbaneka moden yang mempunyai segala kemudahan dan keperluan yang boleh dijalankan dengan satu kedai.
Justeru, 99 Speed Mart Sdn. Bhd. telah ditubuhkan untuk mengadakan francais kedai-kedai serbaneka di seluruh Malaysia. Sembilan kedai-kedai serbaneka 99 Speed Mart Sdn. Bhd. telah wujud di sekitar Lembah Klang.
Konsep kedai serbaneka 99 Speedmart telah direka untuk menawarkan kepada pengguna cara membeli-belah dengan mudah, cepat dan selesa tanpa kesesakan orang ramai yang biasanya dapat dilihat di pasar raya atau pasar raya besar. Ia juga menyediakan pelbagai jenis barangan dengan nilai yang terbaik untuk pengguna.
Slogan kedai serbaneka 99 Speedmart Begitu cepat, begitu mudah meliputi idea dan konsep kedai serbaneka 99 Speedmart iaitu Cepat dan Mudah. Ini kerana pengguna boleh mendapatkan barangan yang diperlukan dengan cepat serta mudah dari segi masa, wang dan penginapan.
Bagi menguatkan ‘ikatan’ dengan pembekal, Lee akan menjelaskan bayaran dengan hanya beberapa minit sahaja dengan mereka setiap kali beliau memperoleh barangan yang dipesan. Cara ini menyebabkan pembekal percaya kepada kejujuran Lee.
Di kala ramai OKU yang bergantung sepenuhnya pada bantuan kerajaan, Lee memecahkan tradisi ini. Beliau pada awalnya terpaksa meminta bantuan adik beradiknya untuk menyusun barangan yang berat. Keadaan beliau berkerusi roda tentunya menyebabkan pergerakannya terhad.
“Sudah tentu saya kena bekerja lebih kuat dari orang lain. Saya tidak boleh berbahasa Inggeris, berkerusi roda dan sekolah setakat darjah enam”
“Tapi bila berkerja keras, secara automatik boleh menambahkan rasa keyakinan diri dan ilmu pengertahuan,” kata Lee
Beliau juga tidak menggunakan kecacatan dirinya bagi meminta diskaun dari pembekal. Tiada keistimewaan khas, cuma bisnes dan berurusan seperti orang lain.
Hebat bukan?
Kesimpulannya, jangan kita rendah diri dan cepat putus asa dengan kekurangan terhadap diri kita. Yakinlah Allah s.w.t dekat dengan kita dan jangan sesekali lupakan Dia kerana Allah s.w.t itu maha pemurah lagi maha mengasihani.
Apa yang kita boleh ambil dari perjalanan hidup Lee adalah kita sebagai umat Islam perlulah sentiasa berusaha keras mengubah hidup kita. Jika kita sendiri tidak ingin ubah hidup kita siapa lagi yang nak bantu? Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah mereka yang kurang upaya (OKU) berjaya mencapai kejayaan. Mereka mampu lakukan kita ni yang sempurna fizikalnya takkan tidak mampu lakukan? Tepuk dada tanya selera.
Walau apa pun yang kita lakukan jangan kita lupakan Allah s.w.t. Jika kita yakin kita mampu melakukannya InsyaAllah Allah akan membantu kita. Sentiasa muhasabah diri dan dekatkan diri dengan Allah. Baru Allah akan bantu kita. Jangankan pula bila kita susah baru kita nak minta bantuan Allah.
Sumber : ZonexGroup

Comments

Popular posts from this blog