MRT: tuntutan mengada-ngada tuan tanah
- Kiriman oleh rakyat Malaysia diluar negara
TUNTUTAN tiga pemilik tanah di tiga lokasi berbeza sekitar laluan MRT Kuala Lumpur adalah satu tindakan mengada-ngada, terlalu bersifat mata duitan dan mementingkan diri. Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tidak wajar melayan permintaan mereka sama sekali.
Sebagai golongan hartawan, saya agak pasti kesemua mereka
atau setidak-tidaknya pihak yang berkaitan mereka sudah pernah
berkunjung ke luar negara. Justeru, mengetahui senario yang berlaku di
banyak negara maju dunia. Di Kota Metropolitan London dan bandar
'hartawan dunia' -Monte Carlo contohnya, banyak laluan pengangkutan
kenderaan termasuk keretapi dibina mengguna kaedah terowong bawah tanah.
Ia (pendekatan) seperti apa yang bakal MRT lakukan
untuk kemaslahatan jutaan rakyat Malaysia dan pengunjung Lembah Klang.
Fenemona tersebut bukan setakat berlaku di dua lokasi hebat, malah ia
turut dipraktikan di banyak lagi bandaraya seluruh dunia. Termasuklah di
negara yang sering dijadikan kiblat dalam amalan berdemokrasi di muka
bumi ketika ini iaitu Amerika Syarikat (AS).
Jika tuntutan seperti tiga pemilik tanah ini di
layan oleh pemerintah di negara-negara yang saya sebutkan tadi, maka
sudah tentu kos pembinaanya akan naik melambung tinggi dan menjadikan
cadangan tersebut dibatalkan kerana tidak berdaya saing. Oleh kerana itu
juga berkemungkinan besar, banyak terowong laluan keretapi yang kini
terdapat di seluruh dunia khasnya di negara Kesatuan Eropah, AS dan
Jepun tidak wujud langsung.
Apakah kerana 'hak bawah tanah' tiga pemilik
tersebut maka Putrajaya perlu tunduk kepada desakan mereka dan pada masa
mengabaikan hak 28 juta rakyat Malaysia dari menggunakanya. Amat
malanglah sekali jika episod 'wayang kulit' seperti ini menjadi polemik
dan debat politik berpanjangan hingga terpaksa mengorbankan jutaan wang
pembayar cukai dan agenda MRT untuk negara.
Pendek kata, usah kita pandang terlalu jauh untuk
mencari rujukan terbaik. Lihat saja pada jiran kita -Singapura.
Disebabkan ketegasan kerajaan pimpinan Parti Tindakan Rakyat (PAP) sejak
lebih 50 tahun lalu maka hari ini negara pulau itu menjadi terlalu
hebat dalam pelbagai sudut pencapaian.
Bukan saja diperingkat domestik malah di
arena antarabangsa juga. Dunia lebih mengenali Singapura berbanding
Malaysia. kita kadang- kala agar sukar untuk memahamkan kepada orang
asing tentang dimana terletaknya Malaysia. Tambah malu bila mereka
akhirnya mengetahui dimana kedudukan geografi negara kita dan
dengan secara spontan mengatakan bahawa "Ohh...Malaysia dekat dengan
Singapura rupanya".
Sekian
Comments
Post a Comment