Khusyuk dalam sembahyang
Dr. Udah Mohsin
 

Maksud khusyuk :Daripada Ibn `Abbas ialah takut kepada Allah dan tenang. Daripada Ali bin Abu Talib ialah khusu` hati. Daripada al-Hasan al-Basri, khusu` dalam hati, merendahkan pemandangan dan tunduk. Kata Muhammad Ibn Sirin: Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. ketika dalam sembahyang mereka memandang kelangit maka apabila turun ayat: قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ . الَّذِينَ هُمْ فِي صَلاتِهِمْ خَاشِعُونَMereka menundukkan pandangan mereka ke tempat sujud.Maksud ayat di atas ialah: Sesungguhnya telah mendapat kejayaan orang-orang yang beriman. Yang mereka itu khusu` dalam sebahyang mereka.Kata Ibn Sirin lagi, mereka berkata: Seseorang yang sembahyang itu matanya tidak memandang melebihi tempat sembahyangnya. Menurut Ibn Kathir: Khusyuk dalam sembahyang didapati oleh orang yang hatinya dikosongkan dari yang lain dari hanya untuk sembahyang dan dia hanya tertumpu kepadanya, dan megutamakannya dari yang lain. Ketika itu sembahyang itu menjadi kerehatan baginya dan penenang hatinya. Ini selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w.حُبِّبَ إِلَيَّ مِنْ الدُّنْيَا النِّسَاءُ وَالطِّيبُ وَجُعِلَ قُرَّةُ عَيْنِي فِي الصَّلَاةِسنن النسائي – (12 / 288)Bermaksud: Dicintakan kepadaku dari dunia ini, wanita/isteri, bau-bauan wangi dan dijadikan ketenangan jiwaku dalam sembahyang.
 
Dan sabdanya lagi:يا بلال أرحنا بالصلاة تعليق شعيب الأرنؤوط : رجاله ثقات لكن اختلف على سالم بن أبي الجعد في إسنادهمسند أحمد بن حنبل – (5 / 364) (Ibn Kathir 1999, 5: 461.).Bermaksud: wahai Bilal! Rehatkan kami dengan semabahyang.Dari dua nas di atas menunjukkan bahawa sembahyang itu menjadikan jiwa menjadi tenang, tenteram rehat dan redha.Daripada Abu al-Darda’ khusyuk ialah:إعظام المقام وإخلاص المقال واليقين التام وجمع الاهتمام Mengagongkan kedudukan sembahyang, menumpukan sepenuhnya apa yang dibaca, yakin dengan sepenuhnya dan menghimpunkan segala cita-cita/kehendak (terhadap sembahyangnya). (Al-Alusi t.t.,  13: 157).Kata al-Imam al-Ghazali mengenai khusyuk dalam sembahyang:أن المصلي مناج ربه عز و جل كما ورد به الخبر والكلام مع الغفلة ليس بمناجاة ألبتة(al-Ghazali t.t. 1: 166).Bermaksud: Bahawasanya orang yang sedang sembahyang itu adalah bermunajat kepada Tuhannya `a.w.j. sebagaimana yang telah warid dari hadith Rasulullah s.a.w. bercakap dengan lalai tidak boleh sekali-kali dinamakan munajat.Kata al-Imam al-Ghazali lagi mengenai khusyuk:اعلم أن الخشوع ثمرة الإيمان ونتيجة اليقين الحاصل بجلال الله عز و جل ومن رزق ذلك فإنه يكون خاشعا في الصلاة وفي غير الصلاة بل في خلوته وفي بيت المال عند الحاجة فإن موجب الخشوع معرفته اطلاع الله تعالى على العبد ومعرفة جلاله ومعرفة تقصير العبد فمن هذه المعارف يتولد الخشوع وليست مختصة بالصلاة(al-Ghazali t.t. 1: 177.).Bermaksud: Ketahuilah bahawasanya khusu` itu adalah buah kepada iman dan natijah kepada yakin yang hasil dari mengagongkan Allah `a.w.j.  maka sesiapa yang dikurniakan yang demikian itu dia adalah khusu` dalam sembahyang, dan dalam yang lain dari sembahyang, bahkan ketika berseorangan dan ketika berada di tempat simpanan wang ketika dia memerlukannya ???,  dan bahawasanya yang menjadikan seseorang itu khusyuk ialah dia mengetahui bahawa Allah amat mengatahui terhadap hamba-Nya, dan dia mengetahui keagongan-Nya dan Allah mengetahui kecuaian seseorang hamba, maka dari sini timbullah khusyuk dari orang itu. Ia bukan hanya khusus dengan sembahyang. (al-Ghazali t.t. 1: 177. ).Kata al-Imam al-Fakhr al-RaziOrang yang khusyuk dalam sembahyangnya tidak dapat tidak mesti ada perkara-perkara yang berkaitan dengan hati, iaitu benar-benar merendah diri dengan sepenuhnya kepada yang disembah iaitu Allah s.a.w., hati dan perasaan tidak terlintas kecuali mengagongkan kepada-Nya.  Khusyuk juga ada kaitan dengan anggota badan iaitu tidak bergerak-gerak, dan memandang ke tempat sujud, dia juga tidak memandang  ke kanan atau kiri. (Al-Fakhr al-Razi t.t. 11: 161.).Di atas tadi adalah pandangan yang diberikan oleh setengah-setengah sahabat Rasulullah, tabi`in dan ulama-ulama selepas mereka, mengenai khusyuk.
 
Suruhan khusyuk dalam sembahyangTerdapat  beberapa nas al-Quran yang menyuruh kita khusyuk dalam sembahyang. Antaranya firman Allah:{وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي (14)} [طه : 14]Bermaksud: Dan hendaklah engkau mendirikan sembahyang untuk ingat kepada-KuDalam ayat ini Allah telah menjelaskan bahawa mendirikan sembahyang itu adalah untuk ingat kepada Allah. Oleh itu orang yang sedang mengerjakan sembahyang ingatannya hedaklah semata-mata kepada Allah.Firman-Nya lagi:{ وَلَا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ } [الأعراف : 205]Bermaksud: Dan janganlah engkau dari kalangan orang-orang yang lalai.Jika dalam setiap masa dikehendaki supaya ingat kepada Allah, pagi dan petang maka apatah lagi dalam sembahyang.Firman-Nya lagi:{أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا (24) } [محمد : 24 ، 25]Bermaksud: Adakah mereka tidak mentadabbur al-Quran atau terdapat penutup-penutup yang mengkunci  hati mereka.Ayat di atas adalah menyuruh supaya mentadabbur al-Quran iaitu mentadabbur ayat-ayat yang dibaca. Oleh itu orang yang sedang sembahyang hendaklah mentadabbur iaitu memahami dengan sebaik-baiknya akan ayat-ayat al-Quran yang dibaca. Selain dari ayat-ayat yang dibaca dia  hendaklah memahami segala lafaz-lafaz yang dibaca, sama ada zikrullah, doa selawat dan lainnya.Firman-Nya mengenai kelebihan orang yang khusyuk`:قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ (1) الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ (2)} [المؤمنون : 1 ، 2]Bermaksud:  Sesungguhnya telah mendapat kejayaan orang-orang yang beriman. Yang mereka itu khusu` dalam sebahyang mereka.Ayat di atas menunjukkan bahawa orang Mukmin yang khusyuk dalam sembahyang telah mendapat kejayaan. Khusyuk ialah hati orang yang sembahyang itu sentiasa ingat kepada Allah dan takut akan azabnya, disertai dengan segela angota-angotanya menunjukkan kepada yang demikian itu. Anggota-anggotanya patuh mengerjakan perkara-perkara yang disuruh  dalam sembahyang, dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah dalam sembahyang.Hadith-hadith Rasulullah mengenai khusyuk pula antaranya ialah:عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا صَلَّى يُنَاجِي رَبَّهُ فَلَا يَتْفِلَنَّ عَنْ يَمِينِهِ وَلَكِنْ تَحْتَ قَدَمِهِ الْيُسْرَىصحيح البخاري – (2 / 360)Bermaksud: Daripada Anas bin Malik katanya, Nabi s.a.w. bersabda: Bahawasanya seseorang kamu  itu apabila dia berada dalam sembahyang dia bermunajat dengan Tuhannya oleh itu maka janganlah dia berludah disebelah kanannya, akan tetapi hendaklah di bawah tapak kaki kirinya. Nas di atas menunjukkan bahawa seorang yang sedang sembahyang itu  bermunajat dengan Tuhannya, Allah s.w.t. Sifat seseorang yang bermunajat kepada Allah hendaklah tumpuannya hanya kepada Allah semata-mata. Hatinya sentiasa tertumpu kepada Allah dan anggota-anggotanya juga mematuhi apa yang telah digariskan.Dalam satu hadith qudsi Rasulullah s.a.w. bersabda:قَالَ اللَّهُ تَعَالَى قَسَمْتُ الصَّلَاةَ بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي نِصْفَيْنِ وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ فَإِذَا قَالَ الْعَبْدُ{ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ }قَالَ اللَّهُ تَعَالَى حَمِدَنِي عَبْدِي وَإِذَا قَالَ{ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ }قَالَ اللَّهُ تَعَالَى أَثْنَى عَلَيَّ عَبْدِي وَإِذَا قَالَ{ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ }قَالَ مَجَّدَنِي عَبْدِي وَقَالَ مَرَّةً فَوَّضَ إِلَيَّ عَبْدِي فَإِذَا قَالَ{ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ }قَالَ هَذَا بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ فَإِذَا قَالَ{ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ }قَالَ هَذَا لِعَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَصحيح مسلم - (2 / 352)Dalam satu riwayat     
قَالَ اللَّهُ تَعَالَى قَسَمْتُ الصَّلَاةَ بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي نِصْفَيْنِ فَنِصْفُهَا لِي وَنِصْفُهَا لِعَبْدِيصحيح مسلم - (2 / 352)
Bermaksud: Allah telah menjelaskan:  Aku bahagikan sembahyang itu di antara-Ku dan di antara hamba-Ku dua bahagian, dalam satu riwayat, separuhnya untuk-Ku dan separuhnya untuk hamba-Ku-. Bagi hamba-Ku apa yang dia minta. Apabila hamba itu berkata:
{ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ }Allah berkata: Hamba-Ku memuji Aku. Dan apabila hamba itu berkata:{ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ }Allah bekata: Hamba-Ku memuji Aku. Dan apabila hamba itu berkata:{ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ }Allah berkata: Mengagongkan Aku oleh hamba-Ku, pada satu kali pula, hamba-Ku telah meyerahkan (dirinya) kepada-Ku. Dan apabila hamba itu berkata:{ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ }Allah berkata: Ini adalah di antara-Ku dan di antara hamba-Ku, oleh itu bagi hamba-Ku apa yang dia minta. Dan apabila hamba itu berkata:{ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ }Allah berkata: Ini adalah untuk hamba-Ku maka bagi hamba-Ku apa yang dia minta.Nas di atas menunjukkan bahawa sembahyang itu adalah munajat hamba kepada Tuhannya dan Allah memperakui bahawa hamba-Nya telah memuji dan mengagongkan-Nya serta menyerahkan dirinya kepada-Nya, oleh itu bagi hamba itu apa yang dia minta. Permintaan hamba itu ialah: اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ }Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka. Bukan jalan orang yang Engkau murka ke atas mereka dan bukan jalan orang yang sesat.Rasululah s.a.w. ada menyebut bahawa pahala yang didapati oleh seseorang yang mengerjakan sembahyang berbeza-beza, ada yang lebih ada yang kurang.عن عبد الله بن عنمة قال : رأيت عمار بن ياسر دخل المسجد فصلى فأخف الصلاة قال فلما خرج قمت إليه فقلت يا أبا اليقظان لقد خففت قال فهل رأيتني انتقصت من حدودها شيئا قلت لا قال فإني بادرت بها سهوة الشيطان سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول ان العبد ليصلى الصلاة ما يكتب له منها الا عشرها تسعها ثمنها سبعها سدسها خمسها ربعها ثلثها نصفها مسند أحمد بن حنبل – (4 / 321)تعليق شعيب الأرنؤوط : حديث صحيحBermaksud: Daripada Abd Allah bin `Anamah katanya: Aku melihat `Ammar bin Yasir masuk ke masjid dan sembahyang lalu dia mencepatkan sembahyangnya, kata Abd Allah, apabila dia keluar aku pun pergi kepadanya maka aku berkata: Wahai bapa al-Yaqazan! Sesungguhnya engkau telah sembahyang dengan cepat, jawabnya: Adakah engku melihat aku telah mengkurangkan sesuatu dari rukun-rukunnya? Jawabku, tidak. Katanya, maka sesungguhnya aku telah mendahului dengannya akan sahwat saytan, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Bahawassanya seseorang hamba mengerjakan sembahyang  tiada ditulis untuknya dari sembahyang itu kecuali 1/10, 1/9, 1/8, 1/7, 1/6, 1/5, ¼, 1/3, atau ½.Hadith di atas menunjukkan bahawa pahala yang diperolehi oleh seseorang yang sembahyang itu berbeza-beza. Ini kemungkinan disebabkan antara lain ialah tidak khusyuk. Orang yang sembahyang dengan khusyuk serta benar-benar faham apa yang dibaca serta menepati syarat dan rukun-rukunnya akan mendapat pahala yang lebih, bahkan kemungkinan mencapai kepada 9/10 atau lebih dari itu.
 
Di antara perkara-perkara yang menghalang dari khusyukUntuk mendapat khusyuk dalam sembayang maka ditegah ketika sembahyang :Memakai pakaian yang bertanda.  Sabda Rasulullah s.a.w.:عَنْ عَائِشَةَأَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى فِي خَمِيصَةٍ لَهَا أَعْلَامٌ فَقَالَ شَغَلَتْنِي أَعْلَامُ هَذِهِ اذْهَبُوا بِهَا إِلَى أَبِي جَهْمٍ وَأْتُونِي بِأَنْبِجَانِيَّةٍصحيح البخاري – (3 / 198Bermaksud; Daripada `Aishah Bahawa Nabi s.a.w. sembahyang dengan memakai pakaian yang bertanda-tanda maka Baginda berkata: Tanda-tanda ini menggangguku, bawalah ini kepada Abu Jahm dan bawakan kepada aku pakaian yang tidak bertanda-tanda.
 
Dilarang  menulih dalam sembahyangوَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَكُمْ بِالصَّلَاةِ فَإِذَا صَلَّيْتُمْ فَلَا تَلْتَفِتُوا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْصِبُ وَجْهَهُ لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِي صَلَاتِهِ مَا لَمْ يَلْتَفِتْسنن الترمذى – (10 / 89)Bermaksud: Bahawasanya Allah menyuruh kamu mendirikan sembahyang, apabila kamu mendirikan sembahyang janganlah berpaling, kerana Allah memacakkan muka-Nya kepada muka hamba-Nya dalam sembahyang selama dia tidak berpaling.Maksud Allah memacakkan muka-Nya kepada muka hamba-Nya dalam sembahyang, memberi ganjaran yang amat besar. (wa Allah a`lam).Mengenai larangan menulih dalam sembahyang juga ada diriwayatkan:عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْسَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الِالْتِفَاتِ فِي الصَّلَاةِ فَقَالَ هُوَ اخْتِلَاسٌ يَخْتَلِسُهُ الشَّيْطَانُ مِنْ صَلَاةِ الْعَبْدِصحيح البخاري – (3 / 197)Bermaksud: Daripada `Aishah r.a. katanya: Aku bertanya Rasulullah s.a.w. mengenai berpaling dalam sembahyang, Jawab Baginda: ia adalah mencuri pandang dengan cepat yang dilakukan oleh saytan terhadap sembahyang seorang hamba.
Dilarang memandang ke langit dalam sembahyang. أَنَّ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ حَدَّثَهُمْ قَالَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا بَالُ أَقْوَامٍ يَرْفَعُونَ أَبْصَارَهُمْ إِلَى السَّمَاءِ فِي صَلَاتِهِمْ فَاشْتَدَّ قَوْلُهُ فِي ذَلِكَ حَتَّى قَالَ لَيَنْتَهُنَّ عَنْ ذَلِكَ أَوْ لَتُخْطَفَنَّ أَبْصَارُهُمْصحيح البخاري – (3 / 195)
Bermaksud: Bahawasanya Anas bin Malik menyampaikan kepada mereka katanya, Nabi s.a.w. bersabda: Mengapa orang ramai mengangkatkan pandangan mereka ke langit ketika dalam sembahyang, lalu Baginda mengkasarkan  perkataannya mengenai yang demikian itu sehingga Baginda bersabda: Hendaklah mereka berhenti dari yang demikian atau mata mereka akan disambar.
 
Dilarang meletakkan tangan di lambung/rusuk ketika sembahyang.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَنَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُصَلِّيَ الرَّجُلُ مُخْتَصِرًاصحيح البخاري – (4 / 428)
Bermaksud; Daripada Abu Hurayrah r.a. katanya: Nabi s.a.w. menegah bahawa seseorang itu sembahyang dengan meletakkan tangannya pada  rusuknya Hadith yang lain:عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ –صلى الله عليه وسلم- قَالَ :« الاِخْتِصَارُ فِى الصَّلاَةِ رَاحَةُ أَهْلِ النَّارِ »السنن الكبرى للبيهقي وفي ذيله الجوهر النقي – (2 / 287)
Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Meletakkan tangan pada pinggang dalam sembahyang adalah kerehatan ahli neraka.Nas di atas menunjukkan kepada larangan keras dari meletakkan tangan di rusuk ketika sembahyang (cekak pinggang).
 
Dilarang menggerak-gerakkan hujung anggota-anggota badannya dalam sembahyang.عن أسماء بنت أبى بكر عن أم رومان قالت : رآنى أبو بكر أميل فى الصلاة فزجرنى زجرة كدت أنصرف من صلاتى ثم قال سمعت رسول الله  - صلى الله عليه وسلم -  يقول إذا قام أحدكم فى الصلاة فليسكن أطرافه ولا يتميل تميل اليهود فإن تسكين الأطراف من تمام الصلاة (ابن عدى ، وأبو نعيم فى الحلية ، وابن جامع الأحاديث – (25 / 50)Bermaksud: Daripada Asma’ binti Abu Bakr daripada Umm Ruman katanya: Abu Bakr melihat aku bergerak-gerak dalam sembahyang, lalu dia memarahi aku dengan bersungguh-sungguh, aku hampir beredar dari sembahyangku, kemudian katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila kamu berdiri dalam sembahyang janganlah kamu menggerak-gerakkan hujung-hujung anggota kamu dan jangan bergerak-gerak seperti orang Yahudi bergerak, maka bahawasanya mendiamkan hujung-hujung anggota adalah dari kesempurnaan sembahyang.
 
Dilarang mencantumkankan/memegang pakaian dan rambut dalam sembahyangعَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَاعَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أُمِرْنَا أَنْ نَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ وَلَا نَكُفَّ ثَوْبًا وَلَا شَعَرًاصحيح البخاري – (3 / 295)Bermaksud: Nabi s.a.w. menyuruh kami untuk sujud di atas tujuh anggota, dan kami tidak mencantumkan/memegang pakaian dan  rambut.
 
Tidak menyapu tempat sujud ketika dalam sembahyang.عَنْ مُعَيْقِيبٍ أَنَّ النَّبِىَّ –صلى الله عليه وسلم- قَالَ « لاَ تَمْسَحْ وَأَنْتَ تُصَلِّى فَإِنْ كُنْتَ لاَ بُدَّ فَاعِلاً فَوَاحِدَةً تَسْوِيَةَ الْحَصَى ».سنن أبى داود، الصلاة))Bermaksd: Daripada Mu`ayqib bahawa Nabi s..w. bersabda: Jangan engkau menyapu (tempat sujud) ketika sembahyang maka jika tidak dapat tidak engkau lakukan juga maka sekali sahaja, maksudnya ialah menyapu batu kecil.
 
Kesimpulan Dari apa yang telah dibincangkan menunjukkan bahawa tuntutan untuk khusyuk dalam sembahyang itu adalah telah sabit melalui al-Quran dan al-Sunnah.  Khusu` itu ada kaitan dengan hati, anggota badan dan pakaian.  Hati seseorang yang sembahyang itu hendaklah tertumpu sepenuhnya kepada sembahyang, dengan mentadabbur  iaitu memahami dengan sebaik-baiknya akan ayat-ayat al-Quran, zikrullah, selawat doa dan lain-lain yang dibaca dalam sembahyang. Ini menjadikan orang yang sembahyang itu sentiasa ingat kepada Allah s.w.t. dan mengagongkan-Nya dengan sepenuh-penuh keagonggan, tunduk dan merendah diri kepada-Nya dengan sepenuhnya,  dan takut akan azab-Nya.Di samping khusyuk itu ada kaitan dengan hati ia juga ada kaitannya dengan anggota-anggota yang zahir seperti tunduk ke tempat sujud, tidak menulih ke kiri dan kanan, tidak mendongak ke langit, tangannya tidak merayau-rayau memegang baju, serban, songkok atau lainnya dan tangannya tidak merayau-rayau memegang anggota-anggotanya,  tidak menggoyangkan badan, tidak meludah, tidak meletakkan tangannya ke rusuk, tidak mencantumkan/memegang pakaian dan rambutnya, tidak berpanca dan lain-lain.  Khusyuk juga ada kaitan dengan pakaian yang dipakai ketika sembahyang. Seseorang yang sembahyang itu tidak memakai sesuatu pakaian yang  ada gambar-gambar, berbelang-belang, atau apa sahaja pakaian yang boleh mengganggu khusyukkan sembahyang. 

RujukanAbu Daud, Suliman bin al-Ash’ath di dalam Abadi. 1969/1389. Sunan Abi Daud.di dalam ‘Awn al-Ma’bud. Al-Madinh al-Munawwarah: al-Maktabah al-Salafiyyah.Abu Daud, Suliman bin al-Ash’ath. T.T. Sunan Abi Daud. Al-Maktabah al-ShamilahAhmad bin Hanbal. 1978/1397. Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal. Bayrut: al-Maktab al-Islami.Ahmad bin Hanbal. 1999/1420. Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal, tahqiq al-Arnawut. Muassasah al-RisalahAl-Alusi, al-Sayyid Mahmud. T.T. Ruh al-Ma’ani Fi Tafsir al-Quran al-‘Azim Wa al-al-Sab’ al-Masani.al-Maktabah al-Shamilah.Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail di dalam Ibn Hajar, T.T. Sahih al-Bukhari di dalam Fath al-Bari. Al-Qahirah:Al-Maktabah al-salfiyyah.Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. T.T. al-Jami` al-Sahih al-Musnad Min Hadith Rasul Allah S.A.W.  Wa Sunanih Wa Ayyamihn (Sahih al-Bukahri).  Al-Maktabah al-Shamilah.Al-Fakhr al-Razi, Muhammad  bin `Umar. 1981/1401. Tafsir al-Fakhr al-Razi. Bayrut: dar al-Fikr.Al-Fakhr al-Razi, Muhammad  bin `Umar. T.T. Tafsir al-Fakhr al-Razi. Al-Maktabah al-Shamilah.Al-Ghazali, Muhammad bin Muhammad, Abu Hamid. T.T. Ihya’ Ulum al-Din.  Al-Qahirah:  `isa al-Babi al-HalabiIbn Kathir, Ismail bin Umar bin Kathir. 1999/1420. Tafsir al-Quran al-`Azim. Dar Tayyibah Li al-Nashr Wa al-Tawzi`.Muslim bin al-Hajjaj. 1955/1374. Sahih Muslim, tahqiq Muhammad Fuad Abd al-Baqi. Al-Qahirah: ‘Isa al-Babi al-Halabi.Muslim bin al-Hajjaj. T.T. al-Jami` al-Sahih al-Musamma Sahih Muslim. Al-Maktabah al-ShmilahAl-Nasa’i, Ahmad bin Shu’ayb. T.T. al-Sunan al-Kubra. Al-Maktabah al-Shamilah.Al-Nasa’i, Ahmad bin Shu’ayb. 1991/1411. . al-Sunan al-Kubra,tahqiq Dr. Abda al-Ghaffar Sulayman. Bayrut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah.Al-Tirmidhi, Muhammad bin `Isa bin Surah. 1937/1356. Sunan al-Tirmidhi, tahqiq Ahmad Muhammad Shakir. Al-Qahirah: Mustafa al-Babi al-Halabi.Al-Tirmidhi, Muhammad bin `Isa bin Surah. T.T. Sunan al-Tirmidhi. Al-Maktabah al-Shamilah.

http://alistiqamahsgmerab.blogspot.com/feeds/posts/default

Comments

Popular posts from this blog