BUAH-BUAHAN TRADISIONAL



Buah Kerekup


kerekup
Saya ada menerima email dari kak Norish yang telah mengirimkan gambar buah kerekup. Tujuannya adalah untuk membezakan antara buah rukam dan buah kerekup. Bukan apa, ada yang menyatakan buah rukam dan buah kerekup adalah buah sama. Daripada rujukan saya pun, memang buah rukam dan kerekup adalah spesis yang berbeza. Buah Kerekup nama saintifiknya Flacourtia jangomas manakala buah Rukam adalah Flacourtia rukam. Walau bagaimanapun, sekali pandang kedua-dua buah ini memang mengelirukan.

Daripada rujukan dipercayai air rebusan buah boleh diminum bagi merawat masalah hempedu atau hati, sakit kepala, mual dan makanan tidak hadam. Walau bagaimanapun, wanita yang mengandung tidak sesuai mengambil ubat herba buah kerekup atau terlalu banyak makan buah ini.

Walau apapun saya ucapkan terima kasih kepada pengirim gambar ini. Jika anda gambar yang bagus untuk dikongsi bersama. Bolehlah kirimkan kepada saya. Terutama tumbuhan yang jarang dijumpai atau dilihat. Tidak kiralah buah-buah nadir ataupun sayur-sayuran tradisional.

Buah Bertam


buah-bertam1
Dah lama tak update artikel baru mengenai buah nadir. Kebetulan saya menerima satu email bertanyakan mengenai buah Mokyu. Katanya, dia sedang mencari benih buah tersebut untuk ditanam. Oleh kerana saya baru pertama kali mendengarnya, saya pun try buat carian di Google. Memang tidak jumpa. Cari punya cari rupanya buah ini juga disebut dengan panggilan buah Muyu. Tapi sayang, tiada gambar mengenai buah Muyu ini. Tetapi terjumpa pula si buah Bertam. Anda biasakah terjumpa pokok ini atau makan buah ini?

Di harap dapatlah anda berkongsikan sesuatu mengenai buah Bertam atau buah Muyu ini..

Buah Rambai & Buah Tampoi


2 hari lepas saya berkesempatan ke Hulu Langat di atas jemputan kenduri kahwin oleh seorang sahabat. Dah terlanjur ke sana, saya pun menuju ke Sg. Congkak. Dah lama tidak merasai kenikmatan  mandi air sungai. (sampai sana tak sempat mandi pun). Dipendekkan cerita, on the way ke sana, terjumpa orang kampung  jual buah rambai dan buah tampoi.
buah-tampoi2
Sempat juga bertanya kepada makcik yang menjual buah tampoi tu, di mana dia mendapatkan buah tampoi tersebut. Katanya, orang dari Pangsun ( nama tempat yang terletak di kawasan Hulu Langat) yang hantar. Oleh kerana dah tanya, kena lah beli 2 ikat. Walau pun buah tidak berapa molek, dapat jugalah rasa buah tampoi bagi tahun ini. ( kali terakhir makan semasa di Bidor, hujung tahun 2009).


Tetapi sayang, sebab tidak sempat nak rasa buah rambai. Bukan apa, tidak berapa minat sangat sebenarnya (malas nak turun beli). Sempat ambil gambar je la sebagai tatapan mata anda..
buah-rambai2
Kepada yang mengidam kedua-dua jenis buah ini, bolehlah pergi ke sana ( selagi stok masih ada). Mungkin di tempat anda buah tampoi ,  buah rambai atau buah-buah lain juga sedang berbuah. Di harap bolehlah dikongsikan di sini. Boleh saya mengadakan lawatan ke sana (kalau sempat la).

Buah Berembang


berembang-221

Pernah anda melihat buah ini? Buah ini digelar dengan nama buah berembang (Sonneratia alba) atau ada juga yang memanggilnya buah gedabus dan buah perepat. Pokok berembang ini selalunya tumbuh ditepi pantai dan tepi-tepi sungai yang ada air masin . Saya sendiri boleh pernah mencuba makan buah ini tetapi daripada rujukan, rasa buahnya masam. Cara makannya pula cuma cicah dengan garam atau kicap bercampur cili api dan sedikit gula.
buah-berembang31
Yang menariknya tentang buah ini ialah ianya mempunyai kaitan dengan permainan gasing. Ini kerana menurut sumber, gasing berasal daripada permainan memusing buah berembang. Dalam permainan buah berembang pula, buah ini akan dipusingkan dengan menggunakan tangan. Buah berembang yang berpusing paling lama dan paling ligat, pemusingnya dianggap sebagai pemenang. Buah berembang berbentuk bulat, licin dan agak leper ini selalu digunakan oleh ahli silat sebagai satu latihan untuk menguatkan tangan.

Begitulah serba sedikit tentang buah berembang. Mungkin anda pernah makan buah ini atau mengetahui khasiat lain buah berembang, di harap anda boleh kongsikannya di sini.

Di Perlis ada satu tempat namanya Sungai Berembang iaitu dekat Kampung Tanjung Gelam, Simpang Empat diambil namanya sempena dengan buah Berembang.

Buah Goncar


buah-goncar
Siapa biasa mendengar buah yang dikenali dengan nama Buah Goncar. Kalau orang sebelah utara menyebutnya buah Goncaq. Buahnya kecil dan sekali pandang seakan buah anggur. Rasanya pula masam-masam manis dan apabila masak ia bertukar bewarna merah. Menurut rujukan, di sesetengah tempat buahnya dibuat masak pedas.
buah-goncar2
Saya sendiri belum pernah rasa buah ini. Ada yang memberi komen buah ini juga ada dijumpai di kawasan paya bakau. Saya rasa pokok ini masih banyak terdapat dikampung-kampung. Mungkin anda boleh kongsikan sesuatu mengenai buah ini.

Asam Kandis


asam_kandis
Asam Kandis atau Garcinia xanthochymus merupakan pokok yang jarang dijumpai di Malaysia. Apa yang diketahui Asam Kandis adalah salah satu bahan yang seringkali ditambahkan dalam masakan sahaja.
Mungkin pokok ini ada di tempat anda. Harap anda maklumkan jika pokok ini masih ada di kawasan  anda. Selain anda juga boleh kongsikan kegunaan buah atau pokok ini kepada pembaca yang lain.

asam-kandis
Saya ada mendapat email maklumbalas dari seorang pembaca yang menyatakan bahawa gambar saya sertakan mula-mula dahulu adalah bukan buah asam kandis sebaliknya buah asam kandis adalah seperti gambar di atas. Saiz buah adalah sebesar limau kasturi. (garispusat sebesar siling 20 sen).

Asam Kelubi


asam-kelubi
Asam Kelubi atau juga dikenali dengan Asam Paya terkenal dikalangan orang Melayu kerana buahnya yang masam. Bagi yang pertama kali melihatnya sudah tentu menyangka buah salak. Kebiasaannya buah kelubi dijadikan jeruk dan air jeruk ini boleh dijadikan cuka. Daripada rujukan, buah kelubi juga boleh dijadikan sambal kelubi dan dicicah bersama ulam-ulaman. Bagi yang tidak mengenali pokoknya, pokok kelubi sejenis palma yang seakan pokok nipah dan banyak didapati di kawasan berpaya. Setahu saya, pokok ini memang jarang ditanam kerana ianya tumbuh liar di kawasan berpaya.

Bagi yang biasa melihat atau pernah makan buah ini, harap berkongsikan pengalaman anda di sini. Mungkin ada rahsia lain yang orang tidak tahu tentang buah ini.

Buah Cermai


cermai
Cermai atau nama sainsnya Phyllanthus acidus merupakan salah satu buah yang biasa dijadikan jeruk. Sudah tentu ramai wanita di luar sana yang kecur air liur bila disebut tentang jeruk.
cermai2
Buahnya yang kekuningan menjadi tarikan sesiapa sahaja yang memandangnya. Namun, jika apabila dimakan sudah tentu anda mengerutkan dahi dek kerana rasa masamnya.
cermai3
Kegunaan lain pokok atau buah ini saya sendiri tidak pasti. Mungkin daun pokok ini ada khasiatnya tersendiri. Kalau mengikut rujukan memang daun cermai ada khasiatnya tersendiri bagi mengubati batuk, menguruskan badan dan sebagainya. Mungkin ada petua anda sendiri.. Harap dapat dikongsikan bersama.

Daun cermai dapat mengatasi masalah jerawat


lidahbuaya
Saya menggunakan lendir dan isi lidah buaya untuk dijadikan minuman bagi menghilangkan kesan-kesan luka di dalam badan serta menyejukkan badan. Sehingga kini,  saya masih mengamalkannya kerana mudah didapati dan memberikan kesan yang positif.
cermaidauncermai
Daun cermai yang ditumbuk halus pula dapat dijadikan bedak bagi mengatasi masalah jerawat dan kulit berminyak.Kiriman E-Mel:  gjoule_85 @yahoo.com

Gula Apong dari Pokok Nipah


nipah21
Pokok Nipah adalah sejenis palma yang tumbuh di kawasan hutan bakau atau di tempat pasang surut dekat tepi laut. Daun pokok Nipah yang panjang dan lembut banyak digunakan masyarakat tempatan untuk membuat atap nipah dan digunakan dalam seni anyam-menganyam bakul dan jerami.
nipah
Jika Melaka terkenal dengan gula Melaka atau gula merah, Sarawak pula terkenal dengan gula apong, yang juga hampir menyerupai gula merah. Bezanya, gula melaka dihasil menggunakan nira pokok kelapa, sedangkan gula apong dihasilkan menggunaka nira nipah, yang sememangnya banyak di Sarawak.
gula-nipah1
Penggunaan gula apong oleh penduduk tempatan pula sangat popular sebagai bahan membuat pelbagai jenis kuih muih tradisional masyarakat Sarawak.  Antaranya ialah seperti kuih Celorot(gambar di bawah), kuih Keria, dan kuih Bongkol. Selain itu, ia juga sedap di campur dalam minuman cendol.


Oleh kerana proses menghasilkan gula apong agak rumit dan pengeluarannya dikatakan agak terhad, maka tidak hairanlah ianya dijual dengan harga yang tinggi.
gula-apong
Ada sesiapa orang Sarawak di sini yang biasa menggunakan gula apong, di harap bolehlah kongsikan sedikit cerita anda tentang gula apong..

 Buah Keriang Dot

keriang-dot1
(Gambar yang anda lihat ini telah disunting dari sumber - internet)

Artikel mengenai buah keriang dot pernah muncul di  salah sebuah akhbar tempatan yang bertajuk ” Buah Keriang Dot yang semakin Pupus”.  Jadi, tanpa melengahkan masa, biarlah saya ringkaskan serba sedikit mengenai buah ini. Bagi mereka yang tinggal di kawasan utara tanah air sudah pasti mengenali buah ini. Namun, ramai lagi generasi masa kini tidak lagi mengenali pokok dan buah keriang dot kerana pokok  ini semakin sukar diperoleh. Jika dahulu ia  mudah didapati di kawasan hutan dan pinggir kampung, kini  buah ini semakin lama semakin berkurangan.

Dipercayai, pokok keriang dot hanya berbuah sekali dalam setahun sekitar bulan April hingga Mei dan buahnya akan bertukar menjadi warna hitam apabila benar-benar masak serta meninggalkan kesan berwarna hitam pada lidah apabila dimakan. Buah ini mempunyai rasa sedikit kelat namun manis apabila benar-benar masak dan kaya dengan khasiat daripada segi perubatan.

Apa yang menarik mengenai buah ini ialah gugusan buah keriang yang masak kelihatan sama dengan buah anggur. Dari segi khasiat perubatan, ia membantu mengurangkan kadar gula dalam darah  bagi pesakit kencing manis. Selain itu, biji buah keriang dot juga boleh dikeringkan, ditumbuk dan dibancuh dengan air panas untuk diminum.

Bagi sesiapa yang pernah mencubanya, anda pasti mempunyai sesuatu pengalaman untuk dikongsikan…

Buah ceri Aserola

aserola
Pernahkah anda melihat Buah ceri Aserola? Buah ini  mempunyai kegunaan tersendirinya dalam membantu manusia mengelakkan diri daripada pelbagai jenis penyakit.  Buah ini  mengandungi vitamin C yang mampu menyihatkan dan menyegarkan badan lalu mengelakkan diri daripada ancaman makanan yang berkalori tinggi dan berkarbohidrat.
Buah ini sesuai dimakan oleh orang-orang tua, wanita-wanita yang hamil, mereka yang berdiet, mereka yang memakan ubatan, perokok, peminum dan mereka yang terdedah pada kawasan-kawasan yang tercemar kerana kebolehannya dalam mengubati sel-sel badan yang rosak akibat kekotoran.
aserola2
Buah ini menghasilkan sejenis asid terpena yang menambah enzim lalu membantu memusnahkan bahan-bahan yang merbahaya dalam tubuh badan manusia. Ia juga mampu mengubati pelbagai jenis penyakit seperti lemah jantung, sakit badan dan lain-lain lagi.
Jika anda biasa makan buah ini atau mempunyai cerita-cerita menarik tentang buah ini di harap bolehlah kongsikan pengalaman anda.

Buah Rotan


buahrotan
Siapa pernah makan buah rotan? Buah Rotan merupakan sejenis buah yang jarang sekali didengari dan ia memang banyak di dalam hutan. Kepada yang biasa masuk hutan terutamanya abang-abang askar, sudah tentu mengenali pokok ini. Penulisan mengenai buah ini sememangnya amatlah kurang. Daripada maklumat yang ditemui, buah ini akan berwarna putih kuning apabila sudah masak. Saya tidak pasti, adakah buah rotan ini mempunyai pelbagai spesis. Anda perlu membuang kulit untuk mendapat isinya. Rasa buah ini dikatakan manis-manis kelat. Mungkin seperti rasa buah salak.

Pokok Nam Nam


nam_nam
Pernah ke korang semua tengok pokok ini? Aku percaya pokok ini masih banyak di tanam di halaman rumah terutama di kawasan kampung. Ada artikel yang aku baca juga ia banyak terdapat di kawasan di sebelah utara dan pantai timur. Sejauh mana kebenaran itu aku tidak pasti. Walau bagaimanapun, pokok ini dahulu memang ada di tanam di kampung aku di Teluk Intan tetapi sekarang dah tak ada sebab sudah di tebang.
daun_nam_nam
Pokok Nam-nam atau nama saintifiknya Cynometra Cauliflora merupakan tumbuhan yang berbuah dipangkal pokok dan mempunyai  ketinggian kira-kira diantara 2.5 hingga 3 meter sahaja.
nam_nam2
Di sesetengah tempat ada juga orang yang mengelarkannya sebagai buah katak puru. Mungkin disebabkan kulitnya yang kurang menarik dan seperti kulit katak puru agaknya.. Buahnya pula mempunyai rasa masam kelat ketika muda dan akan berubah menjadi masam manis apabila masak.
nam_nam3
Selain daripada makan begitu sahaja, saya sendiri tidak pasti apa lagi kegunaan pokok atau buah tumbuhan ini. Jika pokok ini terdapat di halaman rumah anda, harap dapat dikongsikan bersama.. Diharap anda beritahu di mana lokasi pokok ini jika ia terdapat di kawasan berhampiran anda..

Senyuman Siapa Paling Menawan?; kambing

Senyuman Siapa Paling Menawan?

Manis tak senyuman kambing ni.. He.. he.. Jangan marah !! Bukan apa.. Kita sebagai manusia kadang-kadang susah sangat nak berikan senyuman kepada sesama manusia. Tetapi kambing ni, langsung tidak kedekut nak beri senyuman kepada kita. Mungkinkah Senyuman kambing ni memberi petanda kepada kita manusia di zaman sekarang susah nak senyum... :-)

http://fazlisyam.com

Comments

  1. Kampung sy ada pokok nanam ni. Di mata ayer perlis

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
    💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog